Thursday, March 12, 2009

Kuih Pau



Buat kuih pau ni sebab rindu kat Hana lah ni hehehe. Puan Hana ni duk kat Jepun, tapi sekarang dah balik ke Malaysia utk bercuti sebulan. Tu yang tak sabar nak jumpa dia, tapi tak tau lah bila dapat jumpa Hana ni. Oleh kerana tak dapat kacau2 Hana buat masa nie, dapat buat 'Pau Hana' pun jadilah. Tak tau nak kata apa lagi.. meh ler kita layan pau ni ya :-)


Kuih Pau
(Resepi dari Hana)

Bahan-bahan:
250 gm (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (guna tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 gm (1/2 sudu teh) baking powder
50 gm (4 sudu makan) gula castor
20 gm (1 sudu makan) lemak sayuran
2 gm (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam


Cara-cara:
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
  4. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Letak adunan pada suhu yg suam2..
  5. Tumbuk2kan supaya keluar angin. bulatkan kecik2 & masukkan inti pilihan.
  6. Biarkan lagi naik pau tu barulah masukkan ke dalam kukusan. Pastikan air kukusan sudah mendidih. Alaskan tutup periuk dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh.
  7. Kukus lebih kurang 10minit.

3 comments:

  1. ada lg x pau CT...eh bkn pau CT le,kue pau daaaa..ishhhh..smlm abg blk beli pau segera roslan tu 3 paket CT,dia tau cuti sekolah dh bermula,keh3

    ReplyDelete
  2. pau roslan tu sedap kan lin..bila lah dpt makan lagi pau roslan tu erk..

    ReplyDelete
  3. salam yeke pau roslan tue sedap...sy tau kedai n penggedar die kat mane...kedai die kat JB n pengedar die kat puchong kalu nak tanye or nak order leh hubungi

    En.Roslan - 0197566525
    Pn.Rasimah - 0172462802 (puchong)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...