Wednesday, April 8, 2009

Fudge Brownies




Apa lagi projek hari ni kalau bukan Fudge Brownies. Teringin nak buat sendiri, sebab tengok orang buat macam sedap jer kat tekak ni. Ada sekali tu nampak kat kedai kek, dia jual sepotong brownies ni dengan harga RM4.90 sen. Kalau buat sendiri alangkah muai jer kan. Dapat makan dengan puas dan berulang2 lagi. Aku jalan2 kat blog RinnChan tadi, macam2 ada... terus jer cuba buat Fudge Brownies ni. Emmm... memang tak mengecewakan, memang sedap sangat2.Dah sekali buat menjadi lain kali bolehlah buat lagi. Bagi yang suka makan brownies, cubalah buat juga ya :-D


Fudge Brownies
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
1 cawan butter (cairkan)
1 cawan serbuk koko
1 3/4 ke 2 cawan gula castor (tahap kemanisan ikut suka)
1 1/2 tsp vanila
4 biji telur
1 1/3 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam halus
1 cawan pelbagai kekacang atau chocolate chips (CT letak badam cincang dan choc chips)


Cara-cara:
1. Di dalam satu bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko.
2. Masukkan gula, esen vanila dan telur. Kacau semua hingga sebati.
3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yang telah diayak bersama.
4. Akhir sekali masukkan kekacang dan choc chips yang telah digaul dengan sedikit tepung.
5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30-40 min, bergantung kepada oven masing-masing.

Bahan Topping: ( yang ni CT tambah sendiri)
100 gm chocolate masakan
1/2 cawan krim masam (sour cream)

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan cara double boil, alihkan coklat dari air panas dan biar selama 2 minit.
2. Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
3. Sapu ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan kekacang di atasnya. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

14 comments:

  1. Alamak ai sedapnye..rajin tul akak ni wat pemakan...

    ReplyDelete
  2. waduh-waduh... kok brownies nya bisa membuat diriku ini tergoda sih...

    ReplyDelete
  3. ermmm mmg sedap tu...boleh mkn selalu,mau tembam lak pipi lin ni....

    ReplyDelete
  4. hai MD..k.ct ni suka masak2 coz ank2 yang bole perabiskan hehehe..tapi kesian lak kalau dah duk bukak petiais,almari cari makan ..mcm x der jer kesiannnn.tu yang rajin kan diri ni :-)

    ReplyDelete
  5. kakchik..first time ct buat brownies ni..ank2 kata sedsap lah mama..nest time buat lagi tang besar hua hua hua..lebih2 dah tu hehehe

    ReplyDelete
  6. Cat...kena duk pantang lagi ker tu..kalau x meh pi umah makan sama2 ehh :-)

    ReplyDelete
  7. Alalala...jgn dok kuar liuq dain el..buat lah,mintak ank2 dara datin tu tolong hehehe

    ReplyDelete
  8. LIn...meh ler datang KL..kita nmakan2 lagi kat taman.ct buat banyak2 ehh keh3

    ReplyDelete
  9. ctttt...kena tadah ngan baldi air lioq kuar tgk brownies ct tawww...
    uhukk...uhukk...

    ReplyDelete
  10. kak zarra..jgn tadah nagan baldi..x cukup tu,nnt ct amikkan tempayan ya hahaha gurau jer kak zarra hehehe

    ReplyDelete
  11. Tengok kek ni rasa nak menangis sebab nampak sedap sangat..
    Rajinnya Puan Ct masak.. macam2 resepi

    ReplyDelete
  12. k.ct. kalau nk kukus blh x kek ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...