Monday, April 20, 2009

Kuih Kole Kacang




Teringin..... Bukan mengidam okey hihihi. Aku buat kuih ni petang tadi. Citernya semalam aku mintak my laling antor pegi OTK utk beli barang2 keperluan untuk masak. Sambil tu tangan ni capai gak tepung kacang hijau. Kalau nak menumbuk sendiri kacang hijau ni mana nak sanggup. Dah ada yang segera tu, amik jer lah kan. Teringin nak makan kuih kole kacang. Kuih ni memang sedap... kat rumah ni semua suka. So terus je aku cari resepi dan terus jer buat. Walau pun leceh sikit, tapi sedap sangat so aku buat aje lah ye tak. Aku C&P resepi ni dari Che'Iza di MyResepi.com. Terima kasih daun keladi utk Che'Iza, kalau ada resepi kongsi lah lagi :-) Jom layannnn...


Kuih Kole Kacang
Resepi dari Che'Iza - MyResepi.com

Bahan-bahan:
1 cawan santan pekat #
1 cawan gula merah *
2 sudu besar gula pasir *
1 cawan air *
Beberapa helai daun pandan - simpul *
2 cawan santan
1 cawan kacang hijau
secubit garam


Cara-cara:
1. Masak bahan bertanda # sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ketepikan tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.
2. Masak bahan bertanda * sehingga gula larut, sejukkan dan ketepikan dulu.
3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas, kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.
5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, tapi terlebih dulu taburkan dengan tahi minyak. Boleh dihidang sebagai minum petang atau sarapan pagi.

7 comments:

  1. ini lah kuih kegemaran lin CT....yum3x

    ReplyDelete
  2. Aslkm,how r u ?nice blogging ler,erm jom ler dtg ke knduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye

    ReplyDelete
  3. salam ct ..nasib baiklah kat umah ni tak minat kueh lembek mcm ni..kalau tidak akak dah buat...

    nak dtg umah..kena buat appointment..terutama hari sabtu dan ahad...bzzzz pasal anak beranak..

    ReplyDelete
  4. kuih kegemaran ct jugak lin..meh lah buat lin..senang jer tu :-)

    ReplyDelete
  5. W'Salam... ohh..ada kenduri apa tu hehehe..nnt k.ct ke sana ehh,okey :-)

    ReplyDelete
  6. K.ina..kuih ni x lah lembik sgt pun.kalau nak keras ejas lah tepung dia tu.Ct buat pun okey jer x lembik sgt :-)

    Main2 jer lah k.ina...mahu nya CM tu bertandang umah org,kalau saja2 jer huhuhu

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan Puan Ct

    Blog ini sangat menarik dan informatif....
    Kuih ini memang kegemaran saya... sebenarnya saya memang suka banyak kuih tradisional begini...

    Insya ALLAH satu hari nanti saya akan cuba.

    selamat maju jaya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...