Saturday, April 18, 2009

Puding Kastard Berkuah




Salam Petang.... Hari ni aku dapat order dari my laling CM, suh buat puding kastard ni. Memang dah lama nak buat sebenarnya, disebabkan cuaca sejak2 ni yg agak panas dan kering, kalau buat puding atau agar2 pun memang sesuai kan. Cuaca panas2 ni memang best dapat makan benda2 sejuk macam ni. Balik je dari sekolah anak tadi, terus jer buat... tak lah susah mana, cuma tenggek periuk atas dapur, kacau jer dah siap hehehe. Meh kita layan tekak jommmm...


Puding Kastard Berkuah
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Bahan utk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yg kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (Tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.


10 comments:

  1. saya ada satu kemushkilan..semalam ada buat brownies(btol ker eja cam nie?)apa yang tension nya...brownies tu bentatla..kenapa ble jadi cam tu yer?akak tau tak kenapa?

    ReplyDelete
  2. sedapnya puding kastad tu...memang sedap bila cuaca panas...sini dah makin sejuk...tapi mcm nak buat je...terliur ni....

    ReplyDelete
  3. kak ct cantik bak delima merkah...(ewah-ewah, ayat mengampuuuu)

    saya dah buat dah...saya sukaaa, anak2 sukaaa..suami sukaaa..

    sekeluarga suka-suka. hahahhaha

    ReplyDelete
  4. cuaca panas skrg ni pekena dgn puding kastard yg sejuk..emm sedapnya.

    p/s: slalu je tak brapa jadi bila masak kastard nya.

    ReplyDelete
  5. Terliur dibuatnya. Izan datang ni...nak pinjam resepi, halalkan eh cik CT yang manja jelita (bodek kena lebey..hihi.)Tq.

    ReplyDelete
  6. slm..kak CT..sy musykil la..wkt buat puding 2,kna letak susu cair x?sbb ada resepi letak,n resepi akk,xletak..so,mcmane ye..?

    ReplyDelete
  7. kuah tu x masukkan telur pon x pe ke?
    ade resepi yg masokkan telur.

    ReplyDelete
  8. klu buat puding tu nak lg lembut pudingnya, letak susu pekat...x yah letak gula pasir.....
    nnti puding tu jadi lembut n sdp....
    try la.....

    ReplyDelete
  9. Baru nak buat.... bismillah... hrp2 jadi! Tq kak ct.... mtk share resepi ye....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...