Salam semua :-) ... semoga sihat semua ya. Dah dua hari Dapur CT ni tak berasapkan. Jadi, aku buatlah puding roti nenas bersos ni. Walaupun mula2 tu malas gak nak masak2, tapi aku gagahi juga. Tak bole dibiarkan berlarut kemalasan ni kan. Puding Roti Nenas ni aku buat malam semalam... tengok kat umah K.Ummi tu rasa kecur lak air liur hehehe. Lepas tu, sambil nak menunggu puding tu masak, aku dok jalan2 pulak kat umah Dr.Inahar. Nampak dia buat pulut kuning macam teringin lak nak buat juga. Bila dah tengok tu rasa cam semuanya nak buat...hehe tapi sape lak nak kasi perabis semua tu nanti hahaha. Berbalik pada menu ni... aku C&P jer resepi nie dari umah K.Ummi. harap dihalalkan ya.. hehehe.
Puding Roti Nenas Bersos
Resepi dari Kak Ummi
Bahan-bahan:
30 gm mentega - untuk disapu pada roti
8 keping roti putih/Gardenia - tak buang kulit tepi pun tak apa
3/4 cawan nenas dalam tin - cincang
4 sudu besar gula halus
2 biji telur - dipukul ringan
1 sudu teh esen vanila
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan nenas + jus yang dikisar halus
secubit garam
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sediakan loyang (7"x7") yang disapu marjerin.
2. Roti disapu mentega dan dipotong dua bentuk tiga segi.
3. Susun roti satu lapisan dalam loyang dan taburkan nenas cincang, kayu manis dan gula halus.
4. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, esen vanila, susu dan nenas kisar.
5. Tuangkan campuran tadi keatas roti dan biarkan terendam sebentar selama 5 minit.
6. Kemudian baru lah dibakar selama 30-40 minit/hingga keperangan.
Bahan Sos:
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
Bahan Sos:
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
Masak bahan di atas hingga pekat. Sejukkan. Tuangkan ke atas puding yang telah dipotong semasa menghidang.
bestnye fav. puding roti ni
ReplyDeleteermm sedap nye...cmne la rasenye tuh...
ReplyDeletePuding ni..apa2 perasa memang sedap.nnt nak buat puding lagi hehehe
ReplyDeleteLin..rasanya macam puding lahhh..cuma ada rasa nenas tu sikittt jer.yang buat sedap makan ngan sos kastard emmm yummy!
ReplyDeletesukaaa.. sukaaa.. dan sangat suka . Saya dah cuba buat dah . memang sodappp...
ReplyDeletesama lah..anak2 mmg suka bab2 puding ni hehee
ReplyDeleteerrmmm... memang dah terlintas nak try puding ni... masam-masam manis... sure sedap.. yummyyyy...!!!
ReplyDeletehai... ni yang tak seronok dok ofis ni sebab kena tahan terliur. kalau dok rumah boleh la jugak tiru-tiru. sedapnya puding tu.
ReplyDelete