Yang ini lak sambal udang cik CT ya... nak lawan ngan masak lemak pucuk ubi tu. Ingat nak campur ngan petai hehehe. Tapi disebabkan kat umah ni semuanya tak boleh nak terima petai, jering dan yang sewaktu dengannya, jadi tak letak apa2 lah dalam tu, cuma udang saja2. Resepi ni pun menu yang dah biasa orang masak. Nak letak resepi gak ker? emmmm.... letak jer lah ehh kot2 bole bagi panduan utk yg baru2 nak belajar memasak tu ye tak.. hahaha. Layan jer lahhhh
Sambal Udang
Resepi Original CT
Bahan-Bahan:
500 gm udang - dibuang kulit dan dibersihkan.
1 ulas bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1 1/2 cawan lada kisar
1/2 cawan air asam jawa
minyak
sedikit garam dan gula
(Bahan bertanda * - ditumbuk lumat)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan bahan2 yang ditumbuk lumat hingga naik bau.
2. Goreng sebentar dan masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau rata.4. Masukkan udang dan biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali, perasakan garam, gula dan sesuaikan rasa kemudian bolehlah ditutup api.
kalau letak petai.. perghhh lagi power seh.. he he
ReplyDeletetapi kat rumah ni,semua nya x makan petai lah beep beep.kalau ada pun konpem tolak tepi jer hahaha
ReplyDeletesedapnyer...rajin lak buang kulit udang tu..
ReplyDeletetu lah Siti...kalau x kopek kang ank2 bujang k.ct tu x nak makan udang tu.jadi kena lah merajinkan diri mengopek udang2 tu semua hehehe
ReplyDeleteini makanan favorite naz..klu msk sambal udang boleh dia sorg..tp udang nye dia x mkn..hahahaha
ReplyDelete