Friday, May 29, 2009

Almond Cookies




Petang yang indah tadi, anak bujang aku Haqim ada buat satu permintaan. "Mama... boleh tak buat biskut hari ni"... dengan tersenyum simpul dia cakap hehehe. Alahai... aku suka sangat tengok dia senyum, dengan lesung pipit dia tu hehehe. Aku pun apalagi, terus la cari resepi biskut. Dok belek2 resepi, terjumpa satu resepi biskut ni... dari blogger Nina. Harap tuan punya resepi ni halalkan ya. Biskut ni senang nak buat dan banyak gak dapatnya. Specialnya sebab Haqim sendiri yang tabur badam atas tu. Dah macam Haqim gak, comel2 jer cookies tu hehehe. Terasa macam nak raya lak buat biskut2 ni kan. Tapi, puasa tak habis bayar lagi ni. Nampaknya kene bayar cepat sebab dah nak sampai bulan puasa balik dah hahaha. Jom lah layan resepi ni ya.


Almond Cookies
Resepi dari Nina

Bahan-bahan:
120 gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
60 gm badam kisar
180 gm tepung gandum
badam flake (ct guna badam cincang)
kuning telur untuk sapuan


Cara-cara:
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan acuan kesukaan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


8 comments:

  1. ble buat biskut raya dah nie..jom simpan stok buat biskut raya..
    p/s:takut harga barang naik la....

    ReplyDelete
  2. aikk dh raya ke nih...wah2 bt persiapan awal ni kak ct,...bwk ke JB nnti tu..

    ReplyDelete
  3. siti pun baru dok trpkr nak buat biskut tu mia...dr dia dok sibuk gigit kaki mak dia ni, baik dia gigit biskut...

    ReplyDelete
  4. Padlah... Jom kita bisness biskut raya nak ..jual kat skola hahahaha

    ReplyDelete
  5. Persiapan raya ker Lin..hehehe insyaAllah kalau sempat ct buat bwk balik JB ya :-)

    ReplyDelete
  6. Kak Ijan... ya lah kak.bulan 8 dah puasa hehe

    ReplyDelete
  7. Siti...apa lagi ditunggu.pi lah buat mana tau biskut tu akan jadi kuih raya nanti hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...