Saturday, May 2, 2009

Fruit Tartlet




Jom singgah ke Dapur CT, mari... mari... masih banyak dan masih panas lagi hehehe. Tersangat lah sukanya my laling dan anak2 makan fruit tart ni. Dah lama gak nak membuatnya, tapi disebabkan aku yang kemalasan tu yang tertangguh2 jerrrr. Banyak gak yang dapat tapi simpan separuh dalam bekas. Mana lah tau bila anak2 nak makan tinggal nak letak filing jer kan. Projek petang tadi... disebabkan tak kemana2 terjadi lah resepi fruit tart ni. Jom kita layan tekak untuk hari ini... layannnn


FRUIT TARTLET
Kredit utk Chef Alex Goh & RinnChan
Resepi dari Kak Zai


Bahan-bahan utk Kulit Tat:
(A) 200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

(B) 1 biji telur

(C) 420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Cara membuat Kulit Tat:
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Bahan-bahan utk inti Custard:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad* atau tepung jagung
8 sudu besar gula
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
*(CT guna tepung kastard)

Cara membuat inti Custard:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.


Kaedah penyediaan Fruit Tartlet:
Masukkan inti custard dalam piping bag, picit kedalam kulit tat dan hiaskan dengan buah-buahan kegemaran.


4 comments:

  1. resepi yang memerlukan kesabaran yang tinggi nie..huhuhu

    ReplyDelete
  2. bru je mkn fruit tart ni td kt uma kenduri yassin..order dr kak lina..sedap jgk..sama mcm ni...heheheh

    ReplyDelete
  3. Salam..CT,wah..wahh..sedap nmpk tartlet nie...klu tak sarat nie dah buat dah...hehehe kena tunggu BB kuar dulu pas tu tunggu pantang abih dulu...lama tu..huhuhuh...........

    ReplyDelete
  4. salam akak,

    sy baru nk cuba-cuba buat tart. tp saya ade nak tny sikit pasal resipi akak ni...

    yang untuk bahan untuk kulit tat tu, yang (C) 420g tepung, tu nk kene guna tepung apa? tepung gandum ok ke? dan 1 sudu besar susu tepung. apa2 susu tepung pon ok ke?

    dan satu lagi, resipi akak untuk berapa pax?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...