Saturday, May 2, 2009

Ketam Lemak Cili Api




Ini menu untuk family di hujung minggu... ketam masak lemak cili api. Lepas makan mesti berapi2 telinga tu hua hua hua. Dah seminggu nak masak lemak ketam ni. Dok cari kat kedai tapi asyik tak ada jer, hari Jumaat pagi dapat msj dari budak kedai... "Akak CT, hari ni ada ketam... ". Apa lagi terus mandi2 ajak my laling gi kedai. Dapat lah nak melepaskan ngidam yang tak 'berisi' tu ngehh..ngehhh... Disebabkan dah janji dengan anak2 utk makan kat luar semalam, tak dapat nak masak ketam tu. Lepas bersih2 kan je, simpan dalam petiais dulu. Jadi hari ni lah dapat memasaknya hehehe. Pesanan utk En. Kasawari, lepas ni jangan ler kecur2 lak ya. Pegi cari ketam dan suruh Cik Linda pulak masak hehehe. Yang lain, jom kita ratah ketam ni ya :-D


Ketam Lemak Cili Api
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
5 ekor ketam sederhana besar (dibersihkan)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang cili merah*
20 batang cili padi* (kepedasan ikut suka)
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 sudu besar ketumbar*
1 batang serai (dititik)
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
sedikit garam dan gula
(bahan bertanda * - dikisar halus)

Cara-cara:
1. Masukkan bahan2 yg dikisar, serai, santan dan air kedalam periuk. Gaul rata kemudian masukkan ketam.
2. Masak dengan api sederhana dan dikacau selalu agar tak pecah santan.
3. Setelah hampir mendidih, tambahkan garam dan juga sedikit gula.
4. Kacau lagi hingga mendidih dan perasakan. Bolehlah ditutup api.

5 comments:

  1. ketam..oh ketam...
    akak hati-hati makan ketam tuh, kalu sedut jangan panjang2, kang tersedak !.
    heheheh ( bak sikit..)

    ReplyDelete
  2. hahaha Linda bab2 makan ketam ni kan, kalau makan nasi nak kena sikit jer.sbb kalau dah ratah ketam tu,nasi sampai naik sejuk dalam pinggan hahaha

    ReplyDelete
  3. bru mkn ketam..tp dh lama x mkn ketam msk cili api ni,nk kena ketam besar2 bru sedap kan..yum3x...

    ReplyDelete
  4. Salam Ct...,mai ler post 3-4 ekor ketam tu kat cni....betapa susah nyer nak dpt ketam nie....hehehe balik mesia nti nak mkn ketam puas2 ler...hehehe.terliur ler..meleleh air mulut nih....

    ReplyDelete
  5. tgh mencari2 resepi ketam masak lemak, terjumpa pula blog ni. komen sket ye... ketam tu nampak sangat menyelerakan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...