Friday, May 15, 2009

Marble Cheese Cake




Hip hip hurrayyy... ! Dah siap pun marble cheese cake ku ini. Semalamlah gara2 ke rumah Hana, dan ternampak kat umah K.Nor juga. Kebetulan dalam peti ais tu ada cream cheese yang dah lama beli, terpaksalah ku perabiskan juga dari terus expired lagi lah haru kan... kan... Bagi yang nak berdiet tu... tengok jerlah kek cheese ni ya. Tapi kalau setakat nak merasa sepotong dua tu, takder hal lah kan hehehe. Resepi ni asal dari myResepi.com, tapi yg ni aku ambil dari umah Hana jer, yang dok jauh kat Jepun tu hehe. Thanks hana... sayang kamu muahhh!! Jom layan kek yang boleh membawa kegemukan jika tidak berdiet ni ya hua hua hau... Tapi aku tak gemuk kan... kan... (^ J ^)


Marble Cheese Cake
Resepi dari Hana

Bahan-bahan: (A)
185 gm butter - dicairkan
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan-bahan: (B)
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Masukkan serbuk koko ke dalam butter cair dan kacau sebati, biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dengan gula dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4. Tuangkan adunan koko berselang seli dengan cream cheese ke dalam acuan yang dilenser ngan butter. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek sejuk atau semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak mois dan memang sedap, selamat mencuba...

11 comments:

  1. nak tanya la...cake nie lepas masak tu dia jadi lembut ker pejal?

    ReplyDelete
  2. kek ni lembut (mois) lepas masak. tapi yang sedapnya kalau kita buat petang esoknya baru makan,memang sedap cuba lah :-)

    ReplyDelete
  3. satu lagi..bakar tu suhu berapa ek?170 ke...padlah dah try buat seblum nie..tapi cam pejal2 jer..sepatutnya dia lembut..entah la..nanti padlah try..bahan2 tak cukup tu...hehehe

    ReplyDelete
  4. a'ah..k.ct bakar suhu 170C 40-45 minit bergantung oven padlah lah ya.semoga berjaya dan SELAMAT HARI GURU hehe

    ReplyDelete
  5. Haaaa makanlah cheese banyak-banyak..ketagih nanti susah nak berhenti tauuuu !!! heh heh.... Kek ni mmg sedap, dah buat beberapa kali...

    ReplyDelete
  6. ermm klu dpt cheese kek dh x ingt diet dh CT...bkn kate sepotong dua...kasi sebijik pun lin bedal licin..hehehehe

    ReplyDelete
  7. Di sana cheese, di sini cheese, di situ cheese, di sinun cheese... namun cream cheese ku tetap tak berganjak dari dalam peti sejuk ku itew.... hahaha...

    ReplyDelete
  8. Rinn... tu lah makan cheese ni tak bole selalu kang naik ketagih lak hehehe naik badan tu yang seram haha

    ReplyDelete
  9. memang lah lin... kalau makan cheese cake ni apa pun, kesedapan nya amat terserlah nyummm!!

    ReplyDelete
  10. MamaFahmi... sama lah ngan ct..lama dah beli.dari dok expired baik ct buat kek.kang dah terlepas habis buang2 duit jer kan hehehe

    ReplyDelete
  11. kak..maaf tny..sy baca dr http://myqza.blogspot.com/2010/08/bila-periuk-kukus-cik-tedi-berasap.html ckp KUKUS..tp bila baca akk tls bakar..klu kukus ley jd ke??sy xreti bakar2 ni..asyk hangit je..hu3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...