Salam hari minggu buat semua. Hari ni aku masak Asam Pedas Tetel resepi dari MatGebu. Haritu masa balik kampung aku singgah kat umah MatGebu di Sedenak dan salah satu menunya ialah masakan ni. Masa darling aku makan dia kata sedap sangat2, tu yg aku mintak resepi dari Mat. Sebenarnya hari ni aku masih malas nak kedapur tapi oleh kerana hari ni last day my laling cuti, aku masakkan menu ni utk dia. Selamat menjamu selera dan meh kita layan resepi ni yg aku CnP dari umah MatGebu.
Asam Pedas Tetel
Resepi dari MatGebu
Bahan-bahannya:
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*
Air secukupnya
(bahan bertanda* - dikisar halus)
Cara-cara Membuatnya:
1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
Asam pedas mmg sedap!!!
ReplyDeleteWah akak pun dah balik dari cuti ek... ritu nampak kat umah Mat Gebu..memang nampak best betulla daging nie..
ReplyDeletewahh.... tetel asam pedas. Gluppp ! glupp ! tertelan air liur .
ReplyDeletepadahal arituh baru jek makan kat umah mak . Tapi tetel masak kari + daging.
sebut betul-betul..TETEL :)
ReplyDeletejgn salah sebut tau..babap kang ^_^
mama...apa yang tak sedap kalau masak asam pedas ni kan ..sume sedap2 hehe
ReplyDeletekerana tu hari makan kat umah mat gebu..tu yang kena masak lak bila balik ni huhuhu
ReplyDeleteIngat kalau masak kari tu boleh makan ngan roti ker apa2 lah..tapi k.ct ni x suka kari..so abg mat suh masak asam pedas jer hehe
ReplyDeleteTETEL... betul ker sebutan nya tu combi hehehe
ReplyDelete