Tuesday, June 2, 2009

Kek Kukus Berinti Daging




Pagi tadi aku takde idea nak masak apa... so aku dok jalan2 kat blog kawan2. Lepas masuk kat umah RinnChan, terus teruja nak mencuba resepi terbaru dari Rinn. Resepi asalnya dari Chef Zubaidah Chepa. Kebetulan semua bahan2 yang nak buat ada dalam simpanan. Petangnya terus jer aku buat, tapi nak mintak maaf kat Rinn sebab aku ubah sikit resepi tu... maaf ya Rinn. Tapi rasanya tetap sedap (aku terus masuk mulut rasa setelah masak). Kalau kawan2 nak cuba jom lah kita intai resepi ni ya, senang jer tu. Tapi Kalau nak tahu step2 yg lebih detail boleh tengok kat FP RinnChan ya. Jommmm....


Kek Kukus Berinti Daging
Resepi dari RinnChan Fp

Bahan untuk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
Secubit garam
100gm tepung superfine (CT guna tepung Hong Kong)
1/4 tsp baking powder
Sedikit pewarna kuning (ni CT tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.


Bahan untuk inti daging:
250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.


Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.

10 comments:

  1. cantik je nmpk kek kukus tu...sure rasanya lbh sedap... ;) errmmm, lapar la plak

    ReplyDelete
  2. Cantik2 je kek kukus Kak CT ni... gerenti sodap ni...:)

    ReplyDelete
  3. cttttt...cantikkkkkkkkkkkkkkkk...boley buat nihhhhh..muwahhhh ;))

    ReplyDelete
  4. klu lin...dh gerenti color pepel aku letak ni....hahahahaha,mmg sedap,lin dh try bt,tp dr myrespi...

    ReplyDelete
  5. wahhh..pantasnyer ct nak try resepi ni..

    ReplyDelete
  6. Teha.. sedap gak lah..kalau dah cuba buat nnt bagi tau k.ct lak ya :-)

    ReplyDelete
  7. Ijan... kalau senang2 mesti cuba buat ya..pada k.ct sedap x tau lah org lain kan hehe

    ReplyDelete
  8. nekPP... harus cuba tu nekPP.makan time sejuk pun dia lembutttt jer :-)

    ReplyDelete
  9. Lin... macamana kalau color purple erk..?

    ReplyDelete
  10. Are... cuba lah buat senang jer bahan2 x banyak mana tu hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...