Wednesday, June 3, 2009

Meehoon Goreng Lada Hitam




Salam buat semua.... Hari ni aku masak menu yang sedap dan ringkas jer untuk lunch. Bukan malas nak masak.... tapi saje nak makan meehoon hari ni. Dah lama nak buat sebenornya, tapi baru hari ni nak masaknya. Lagi pun semua dah ada kat umah, termasuk daling CM kita ni. Dah amik cuti siang2 sebab nak balik kampong nanti kan. Resepi ni aku amik dari umah Hana, dan resepi asalnya dari cik kak Anawahid lah sape lagi huhuhu. Terima kasih kepada kedua2 nya kerana memberikan resepi yang sedap lagi enak utk dicuba.. hehehe tocehhh.... :-D Ni nak CnP jer dari umah Hana jangan mareee mak yong ye.. ngeh... ngehhh...


Meehoon Goreng Lada Hitam
Sumber dari myResepi.com


Bahan-bahan:
1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam (rendam terlebih dahulu)
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
4 sudu besar udang kering *
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu (kecil)
1 paket fish ball dibelah dua (boleh ganti dgn fish cake)
1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci (CT ganti ngan sawi)
2 genggam taugeh (CT tak letak sebab tak suka hehe)
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak
(bahan bertanda * - direndam terlebih dahulu dan dikisar halus)

Cara-cara:
1. panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan.
2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit.
3. masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar.
4. masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak.
5. masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap.
6. akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati.

10 comments:

  1. mee hoon lada hitam..ltk tauchu byk2 sedapp nyeeee..
    shai jap lg mesti ketuk pintu tu..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. alamak!
    terus perut jadi lapar neh..
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah, sangat bangus utk cuti2 nie.

    Hahaha sweet lah akak buat telor tuh jd gulung2. Kalu saya tak nyempatnya..

    ReplyDelete
  4. dah dimasak dihias cantik2... nampak berselera je.

    ReplyDelete
  5. Lin... meehoon ni buat sekejap jer da licin..semua suka kat umah ni.

    ReplyDelete
  6. Linda yang manis.... kena buat ada seni siit nak tarik perhatian ank2 ni hehehe

    ReplyDelete
  7. Zue... alah zue, kalau tak dihias pun kena ank2 kat umah ni cepat jer bersih hehe

    ReplyDelete
  8. Kreatifnye simpulan telur dadar Kak CT tue... boleh tiru ni..hehe

    ReplyDelete
  9. Kak sdpnya tgk mskan nih.tp bile igtkan daging tuh trus ilang selera. Kalo tukar ayam pon blhkan. Hik3 ngada2 jek amy kan. Hik3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...