Hai.... salam semua hehehe. Sori lama tak update resepi kan. Nak kata apa erk.... malas kot hahaha. Entah lah.... bukan malas dan bukan tak masak tapi.... lu pikir lah sendiri (ni pinjam ayat Nabil jap) hahahaha. Resepi kek kukus wangi ni aku amik dari HaSue di MyResepi. Kalau ada yang pernah buat eloklah, tapi yang belum tu mehlah cuba kek ni yg sedap dan cepat untuk disediakan. Resepi aku CnP jer dari MyResepi. Jom skodeng resepi ni yokkkkk!!
Kek Kukus Wangi
Resepi dari MyResepi.com
Bahan-bahan: (utk 1 loyang 8x8 / 20cm)
330 gm mentega/marjerin
2 gelas/cawan gula
6 biji telur gred A (gred C kena gunakan 7 biji)
1 penutup botol perisa pisang
2 1/2 gelas/cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau dan kuning
1 bungkus haw flakes/manisan keranji yang dipatahkan kecik2, gaul dengan sedikit tepung (optional je.. tak nak letak takpe, tapi kek lagi cantik kalau letak ler)
Cara-cara:
1. Pukul mentega/marjerin dengan gula dan masukkan telur satu persatu.(Pukul sebati baru masukkan telur seterusnya)
2. Kemudian masukkan perisa pisang, gaul rata dan masukkan tepung gandum. Pukul hingga adunan sebati.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian kemudian masing2 di warnakan hijau & kuning.
4. Tambahkan haw flakes yang dah dipatah halus ke dlm adunan kuning. (sila abaikan step ini kalau tak nak letak haw flakes).
5. Griskan loyang dengan mentega dan ditabur rata dengan tepung. Masukkan adunan ikut suka.. nak masukkan secara berselang seli ke.. nak masukkan habis adunan hijau baru masukkan adunan kuning pun boleh.
6. Pastikan air pengukus sudah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil ( atau letak kain atas penutup pengukus). Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. ( nak tau msk ke tidak, cucuk lidi hingga dasar kek. kalo keluar bersih, tak ada kek melekat.. dah masak la tu) SELAMAT MENCUBA! :)
cantiknya kek kukus tu kak. lawa aje tang kale kuning tu ha. siap beralun2. terer akak melapis.
ReplyDeleteKak CT kalau buat kueh semua nampak mengancam jer... terliur nengokkan kek kukus cantek tue...
ReplyDeleteMenarik ni...harus di cuba.. ^_^
ReplyDeleteain...kalau beralun tu jiwa orang yang buat tenah tak keruan lah tu hahaha
ReplyDeleteIjan.... mengancam tang mana tu..? tang kuih or orang nya hehehe
ReplyDeleteCath J...jom cuba jangan tak cuba gerenti tak menyesal :-)
ReplyDeletekek2 kukus ni le yg senang ek..nk bakar2 ni leceh nk jaga api dan suhu..hehehehe
ReplyDeleteLin...kukus ni ada gak payahnya..kalau kukus tu kecik harus tgk2 gak air tu kang rentung lak periuk tu hahahaa
ReplyDeletesedapnye tengok kek kukus wangi ct...tentu sedapkan...bolehcuba gak ni...
ReplyDeletesalam...cantiknya kek akk rasa nak cuba wat lak. mesti sedapkan kak?
ReplyDeletemalam rabu karang try buatlah..hehee
ReplyDeleteIma..meh lah cuba resepi ni..apa salahnya kita kongsi sama kan hehehe
ReplyDeleteAzura... salam juga.cuba lah baru tau sedap ker tidak nanti :-D
ReplyDeleteNanak...bila dah buat nanti,bagitau k.ct okey :-D
ReplyDeletealahai...tak tahan masuk dapur kak CT nie
ReplyDeletesalam kakct
ReplyDeletecantik jadi lapis2 tu
kalau saya mmg surrenderlah lapis2 ni tak reti buat tau makan je
Suspen jerr...ingatkan ada bubuh minyak wangi dalam bahan2... sbb tengok nama kek kukus wangi he he he.. lawak jer naaa. Cantik kek CT...Sesuai dengan kalernya sekali.
ReplyDeleteFida....lapis tu pun nampak berombak2 coz main masuk semua sekali hehehe
ReplyDeleteRinn.....hahaha tu ler coz bau wangi tu lah yang tertarik nak mencuba resepi ni hehehe tr kasih Rinn
ReplyDeletehijau lumut sgt cun.. :)
ReplyDeleteFadlah....lama x jengah blog padlah..apa kata buat jer kek kukus tu hehehe
ReplyDeleteCombi... hijau tu kan kedamaian, sejuk mata memandang kan..kan..
ReplyDeleteThanks sudi cuba resepi ni yer kak..mmg mudah sangat nak mmbuatnya..kalo nak dijadikan buah tangan atau kuih muih untuk kenduri mmg sesuai sebab budget murah jer tp kek tetap lembut..harap memenuhi citarasa akak sekeluarga :)
ReplyDeleteterima kasih ya Hasue..k.ct suka kek ni memang sedap dan lembut jer :-)
ReplyDelete