Salam semua... maaf lah dah berapa hari Dapur CT ni sepi jer kan. Badan aku tak berapa sihat, pening kepala jer 2-3 hari ni. Tapi bukan 'uwek uwek' ya, bagi tau awal2 hehehe. Tu yang mood nak memasak tu kurang sikit. Tapi hari ni aku masak nasi tomato berlaukkan ayam masak merah. Tapi cuma tu jer sebab nak masak lebih2 cam tak larat rasanya. okey jom kita intai resepi dari Mat Gebu ni ya, cam biasa lah... CnP jer... tak larat hehehe.
Nasi Tomato
Resepi dari MatGebu
Bahan-bahan:
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*
Air, ikut sukatan beras ( lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa
(bahan bertanda* - rempah tumis)
Bahan Hiasan:
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....
sedapnya....nak bayang bau dia kejap..mesti wangikan...
ReplyDeletewah..kak ct baik sakit terus masak nasi tomato . cayalah...
ReplyDeleteApepun.. saya doakan moga akak benar2 sembuh okeh . senyummmm...
kak CT sakit apa kak..??dh sihat betul ke ni...??rajinnya akak baik2 sakit terus masak sedap2. kalu saya, sakit sikit...seminggu dapur pun sakit..huwahahaha!!!
ReplyDeletekak CT!!!!.. kita mmg suka nasik tomato nih... mmg suka giler... kak!!!... kalo x penin pasai uwek2 baik pi jumpa doc ina mana tau drah tinggi ke??? hehehe...Haaaa... aritu sempat cek highblood camne naik x????... muhahahahha...
ReplyDeleteblhla saya cuba nnti akak... heheheh TQ 4 the resepi...
ReplyDeleteFadlah: kalau setakat cium bau jer bole sampai kat sana ker hahaha
ReplyDeleteLinda: Tr kasih linda.. sakit x sakit kena masak juga. kang kelaparan ank2 ngan abg mat kat umah ni hehehe
ReplyDeleteAin: alah fening2 kepala jer ni. tak tau lah kalau HB naik kot.tapi still makan ubat ni. kalau dapur k.ct cuti parah lah ank2 kat umah ni ani :-D
ReplyDeleteAnawahid: tu lah rasanya ubat x pernah tinggal. harap k.ct cepat sihat lah ya. doa2 kan lah ya
ReplyDeleteMrs SM: Bole lah cuba untuk makan dihujung minggu nnt ya. selamat mencuba :-D
ReplyDeletect..apa salahnya 'uwek uwek'. cm mesti senyum memanjang..hehehe
ReplyDeletesalam kak ct,wah...baru sihat dari sakit dah sedap cam gini masaknya...cayalah memang rajin nih.
ReplyDeleteermmm sodappnye la..
ReplyDeletelama dh x bt ns tomato ni,nk lg sedap kena pakai berasmathi kan,lg enek...mkn dgn ayam merah ke,dging kurma ke...yum3x...ngencessss
saya bc kat column about CT tu mmg btmbah bersemangat nak masak bila akak sebut anyone can cook..saya mmg xreti masak smpai la saya dah kawin baru saya masak..alhamdulillah, saya belajar skit2.skrg, asal masak je sedap, husband suka..syukur..
ReplyDelete