Thursday, August 20, 2009

Brownies Kukus




Brownies kukus ni aku buat petang tadi sebab dah tak tahan perut lapor hehe. Dok belek2 dalam petiais tak ada benda nak makan sob.. sob... Mini popia dah habis kena bedal haritu juga, jadi kenalah rajin dok belek2 resepi. Dok masuk kat umah RinnChan... ada resepi baru BROKUS (brownies Kukus) ni. Aku tengok cam senang jer nak disediakan, dan semua bahan2 dia pun ada dalam simpanan. Apa tunggu lagi teruskan projek untuk mengisi perot ngehh... ngehh... Aku buat dua versi, satu dalam loyang dan satu guna papercup hehehe.


Brownies Kukus
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm gula castor
150 ml susu cair
100 ml susu pekat manis
150 gm majerin

50 gm serbuk koko

150 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit garam
2 biji telur gred A

Cara-cara:
1. Masak di atas api, gula castor, susu pekat, susu cair dan majerin hingga larut.
2. Larutkan koko dengan beberapa sudu adunan susu dan majerin tadi. Tuang kesemua adunan susu dan kacau sebati hingga larut kesemuanya. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonate dan secubit garam.
4. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan koko.
5. Tuang dalam loyang dan kukus selama 45 minit - 1 jam. Sejukkan dahulu sebelum dituang ganache.

Choc ganache:
150 gm whipping cream
200 gm cooking chocolate
1/2 sudu besar majerin
1 sudu kecil madu utk mengilatkan ganache

Masak whip cream hingga berbuih. Angkat dari api dan masukkan cooking choc yg telah dikiubkan. Kacau sebati. Masukkan majerin dan madu. Kacau rata.

Nota dari Rinn: Simpan semalaman dalam petisejuk. Hasilnya, brownies ini menjadi lebih lembap daripada baru-baru dikeluarkan dari loyang.

6 comments:

  1. Brownie pra raya ke kak CT? heheh.. bestnye... anyway, selamat menyambut Ramadhan AlMUbarak utk akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  2. amboi ct...sedapnya brokus tu! esok nak cubalah.. selamat menyambut ramadhan utk ct & keluarga.

    ReplyDelete
  3. betullah kata ijan..brownie pra yara la nie ekh??? akak kena buat open house tau..hihi

    ReplyDelete
  4. CT ni memang express laaa.... cakap2 aje terus buat. Yg dlm papercup tu montok2 chomei pulak yee.....
    Sempena tibanya Ramadhan, Rinn mohon maaf zahir batin ya. Selamat berpuasa.....

    ReplyDelete
  5. aduoiiii laporr nihhh bahan plaks x dek kak ctiii oiii hehe..

    ReplyDelete
  6. alamak...sodapppnye....hrjd CM nnti bt le 1 kek yek..jemput kita di JB tau!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...