Thursday, August 13, 2009

Kuih Koci




Salam mesra semua.... hari ini aku buat kuih koci. Aku suka kuih ni "liat2 manja" gitu ahakss.. makin liat makin sedap ngeee.... Intinya awal2 dah buat dah, tapi baru hari ini sempat nak membuat kuihnya. Maklumler daun pisang ni kalau nak beli kena ikut musim gak. Kalau ada kat kedai, bolehlah beli. Kalau tak ada kena rembat pokok pisang orang ler gayanya kan hehehe. Resepi kuih koci ni amik di MyResepi oleh Mat Gebu. Tengah mood buat kuih2 tradisional pulak dahhh... hari tu buat kuih nagasari. Tapi tak sempat nak publish kat dapur ni dah pinish.


Kuih Koci
Resepi dari MyResepi.com

Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

Bahan untuk inti:
1 biji kelapa berkulit basah (yang tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan air

Bahan lain:
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara:
1. Untuk inti : Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
2. Untuk doh : Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
3. Untuk membuat kuih koci : Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
4. Tutup inti dengan doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

11 comments:

  1. LAme tak jumpa koci neh... mujur akak buat... leh makan kat sini jer lah...hehehe

    ReplyDelete
  2. wah2 sodapnye kuih koci...cikitttt...

    pstt daun pisang tu mesti dh lama kan?heheh

    ReplyDelete
  3. Ijan: meh sini k.ct tolong suapkan nak..nganga mulot tu ehh...

    ReplyDelete
  4. Lin: Haaa...tau tak per lin,payah nak cari kat kedai arr..tu yang ada balun jer lah hahaha

    ReplyDelete
  5. sedapnya kuih koci...lama tak buat. sini ada je daun pisang frozen tapi bila beli jenuh nak menghabiskan...
    tak pernah buat lg kuih koci letak pulut hitam ni...

    ReplyDelete
  6. haaa...koci ni kita anak beranak suka sgt. nebor sebelah jual kuih muih, koci dia mmg kaw! selalu order ngan nebor je. x yah susah2 nak buat. hehe

    ReplyDelete
  7. suzi: K.ct ni tak ler rajin sgt nak buat bungkus2 ni suzi..ni pun coz dah teringin nak makan.Senang gak lah kalau kat sana ada jual erk.

    ReplyDelete
  8. Ain: Ain..nnt tanya lah nebor tu apa petua nak bagi lagi sedap hehehe

    ReplyDelete
  9. k ct oii owang baru baik demam nii sume nak makannn...terliorrrrr..

    ReplyDelete
  10. NekPP: alah sian nya sakit ya.makan ubat sentiasa bior cepat baik.pas tu leh makan sedap2 ehh ;-)

    ReplyDelete
  11. kuih koci ! tadi exam kh kuar soalan ni.hahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...