Wednesday, August 26, 2009

Kuih Lompat Tikam




Kuih yang lembut2 ni memang kegemaran seisi rumah. Lembut jer dia masuk tekak. Kalau makan sejuk2 pun perghhh.... sodap tu. Resepi ni dari halaqah.net. Ni datang malas sebab tu guna loyang jer. Kalau datang rajin aku mesti deko dalam daun pisang hehehe. Malas nak pi cari daun tu yang dok tepek dalam loyang jer. Aku buat dua adunan dari resepi dibawah. Jom sila menjamu selera dan mata ya :-)


Kuih Lompat Tikam
Sumber dari halaqah.net

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
6 helai daun pandan (CT campur sedikit warna hijau)
2 cawan air
1 cawan santan + secubit garam

Bahan untuk Air Gula Merah:
1 cawan gula merah *
2 sudu besar gula *
2 cawan air *
(Bahan bertanda* dimasak hingga gula larut dan tapis)



Cara-cara membuatnya:

lapisan hijau:
1. Daun pandan dimesin dengan 2 cawan air dan tapis.
2. Masukkan 1 cawan tepung beras dalam air daun pandan dan kacau sebati.
3. Masak hingga pekat/masak. Tuang dalam loyang atau acuan yang disukai ratakan.

lapisan putih:
1. 1/2 cawan tepung beras digaul bersama 1 cawan santan dan garam.
2. Kacau sentiasa sehingga masak dan tuangkan keatas adunan hijau tadi dan ratakan.
3. Sejukkan. Dan masukkan dalam fridge. Hidang dengan air gula.

4 comments:

  1. ni fav anak dara sy ni. memang sedappp!!!

    ReplyDelete
  2. nsb 1 rmh ni x suke..hehehehehhe klu x terliur gak..hehehehe

    ReplyDelete
  3. dah macam tepung talam pulak ye kak... :D

    ReplyDelete
  4. Tau nama je kuih ini ... makan tak pernah ! Bila lihat foto dan menu yang Sis bagi ... mmmm ... barulah tahu begini rupanya Kuih Lompat Tikam ... Yeayyy ... Boleh lah suruh wife cuba bikin ... TQ Sis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...