Saturday, December 19, 2009

Mee Hoon Goreng




Smileeee......hehehehe. Salam siaran terus dari Dapur Ct. Selamat tahun baru dan salam Maal Hijrah 1431 juga buat kawan2 semua. Semoga semua nya sihat dan sejahtera sentiasa ya. Pagi ni macam biasa anak2 dan my laling awal dah bangun walaupun hari cuti. Lapar nak sarapan agaknya kot hehe. Tapi awal2 lagi dah plan nak buat mee hoon goreng untuk sarapan pagi sabtu ni. Lepas bersiap2 terus berperang kat dapur, lama gak tak buat mee hoon goreng. Tengok jer lah deko kat mee goreng tu, ada sepasang mata dan senyum lagi hahaha. Saje jer suka suki nak mendeko pagi2 kan. Okeylah asal kenyang perut syukur alhamdulillah. Resepi dah ada dalam senarai resepi, so ini kiranya ulang tayanglah ni ye hehe. Yok kita makan duluuuuu.....


MEE HOON GORENG
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
300 gram bihun (rendam hingga lembut)
3 sudu besar minyak masak utk menumis
2 sudu besar tomato Sos
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit garam
sedikit gula
6 keping Fishcakes
15 biji Fishball
3 keping Tauhu (digoreng)
250 gm Daging (direbus dan simpan airnya)
sawi (sedikit)

Bahan utk dikisar:
10 gm Ikan bilis
10 gm Udang kering
3 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
10 tangkai Lada Kering
1/2 inci Kunyit hidup

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan daging berserta tomato sos, cili sos, sos tiram, kicap manis. Kacau hingga mendidih.
3. Selepas mendidih masukkan pula fishcake, fishball, tauhu, hirisan daging dan sawi. Kacau lagi hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan garam, gula dan gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan bihun dan kacau rata hingga masak.

4 comments:

  1. slm maal hijrah kak CT. nak sikit mee hoon, boleh takk..??? sedap lah nmpak!!!

    ReplyDelete
  2. ain :

    Dah habis lah ain. kena cari kat warung terdekat lah gaya nya tu hehehe.

    ReplyDelete
  3. Salam kak CT... akak apa khabar? lama tak sempat nk jenguk umah akak ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...