Thursday, December 10, 2009

Serimuka Pelangi




Kuih Serimuka Pelangi. Menu pagi merangkap kepetang. Kekadang aku takde idea nak buat kuih apa untuk anak2 dan my laling kat rumah ni. Walau pun dorang semua tak kisah, apa yang aku buat semua dorang makan, tapi nak jugak aku buat kuih yang sedap dan enak untuk keluarga. Akhirnya aku cari buku2 resepi yang dah lama dalam simpanan. Jumpa resepi kuih serimuka pelangi ni dari satu buku masakan. Kebetulan bahan nak membuatnya iaitu beras pulut ada, jadi bolelah terus buat. Cuma bila dah siap, aku tengok belang kuih ni dah rupa macam lampu trafik light lak hehehe. Suka tengok berkale2 ingat nak buat lagi tinggi kale2 tu. Kang anak2 dok belek2 lak time nak makan nanti hehehe. Okeylah. layan terus resepi ni ya. Jap lagi nak berkemas baju utk balik kampong pulak, sebab anak sedara nak kawin. Kali ni tak dapat nak CnP tapi kena taiplah pulak,nasib baik tengah datang angin rajin... hehehe.


Serimuka Pelangi
Sumber dari Buku "Koleksi Aneka Talam & Kuih Lapis"

Bahan lapisan bawah:
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam

Bahan lapisan pelangi:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu makan gula pasir
Sedikit garam
Pewarna, kuning, hijau dan merah (ikut suka)

Cara membuatnya:
1. panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Masukkan semua lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
3. Apabila telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat. (CT alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan nanti).
4. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan setiap mangkuk dengan satu warna.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Lapiskan dengan warna merah dan kukus selama 10 minit. Buat lapisan seterus nya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua adunan kukus selama 30 minit. Sejukkan betul2 baru dipotong.
10. Hidang kan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba.


5 comments:

  1. CT, sana hujan ke? Timbul pelangi pulak dah ni? Camne nk gi KL petang nih, alahaiii...hehe...Mintak lah tiga2 ketuiii tuh...akak suka serimuka..heheh..

    ReplyDelete
  2. cantiknya serimuka kak CT. nak sikit la. buat minum ptg gak!!!

    ReplyDelete
  3. ayuuuu..yumyummmm...seayu ci cttt..
    errr ada lagiii???? heeeheeee;))

    ReplyDelete
  4. Rajinnya CT buat pelangi segala. Rinn nak buat yang tak de pelangi pun bercintaaaa...... wahahahaaa....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...