Tuesday, March 31, 2009

Rainbow Butter Cake



Lama sungguh dapur CT tak berasap kan? Kesihatan yg kurang baik dan diikuti pulak dgn kesibukan bergather-gather dan coti-coti mesia dgn geng-geng blogger menyebabkan dapur CT tak keluar asap kahkah.. Hari ni baru CT dapat memasak dan sibukkan diri semula didapur. Tapi, bukan tak berasap langsung ehh.. ada lah juga, cuma tak publish kat blog ni sebab masak campak-campak jer. Petang tadi teringin nak makan kek, so terus cari2 kat buku resepi dan blog kengkawan dan terjumpa satu resepi kek yang simple dan sedaplah juga. Resepi ni diamik dan di Copy&Paste dari blog MamaFami. Sebenarnya ada gak buat muffin tapi tak sempat nak amik gambo dah sapan dibelasah anak2 kat umah ni. Jadi gambo kek aje lah yang sempat di tayang kat sini. Tak apa kan.. yang penting berasaplah juga Dapur CT ni kan hehehe


RAINBOW BUTTER CAKE
Resepi dari MamaFami

Ingredients :
250g butter
200g sugar
5 eggs
210g flour
1/2 teaspoon baking powder
1 teaspoon vanilla essence
* 1/2 teaspoon rose essence
* food coloring : pink, yellow, green, blue
(those marked with * are the ones I added)

Method :
1. Sift flour and baking powder, trice. Set aside.
2. Cream butter and sugar till light and fluffy. I did it manually.
3. Add in eggs, one at a time and mix evenly.
4. Add vanilla essence and rose essence and cream the batter till smooth and light.
5. Fold in the flour till well blended.
6. Scoop a small portion of the batter into 4 separate bowls.
7. Add in a bit of food coloring into each bowls. Fold in to mix it evenly.
8. Scoop 2 tablespoons of yellow color onto the center of the baking tin.
9. Top it with 2 tablespoons of pink color onto the center of the yellow batter.
10. Do the same with the green and blue color and repeat the process till all the batter are used.
11. Bake in a preheated oven at 180 C for 45 to 50 minutes.

Monday, March 23, 2009

Puding Kastard Jagung Berkoktel



Salam buat semua... Lama dah dapur CT ni tak berasapkan? Tuan punya dapur ni diserang demam selsema berhari2, tu yang jarang nak online dan tak berasap dapur tu hehehe. Hari ni dah kebah sikit jadi dapatlah rajinkan diri. Kena gak bersenam biar keluar peluh2 yang dok bertapa tu kan. Dan hari ni tekak nak makan puding lah pulak... nasib baik masih ada lagi tepung kastard. Lepas makan tengah hari terus jer buat, tadaaa... emm ku deko sikit puding tu letak buah-buahan campuran. Dan sedap sungguh kalau makan sejuk2 kan, tapi.. apalagi.. batuk pun datang balik ler.. hehehe.. CT amik resepi ni dari Kak Ummi tapi diubah-suai sket.


Puding Kastard Jagung Berkoktel
Resepi dari Kak Ummi

Bahan utk Puding:
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis(dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin

Cara-cara:
1. Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan utk puding kedalam periuk/casserol dan kacau mesra.
3. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
4. Angkat dan tuangkan kedalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.
5. Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sejuk.

Friday, March 20, 2009

Apam Mekar



Ayoyo.. kuih apam mekar dah keluar dah.. dan sangatlah mekar hehehe.. Cuma apam ni tak selembut macam yang aku biasa beli kat pasar tani tu.. yang aku beli tu lebih lembut. Mungkin kerana tepung yg aku gunakan agaknya. Tak apa lah lain kali kena cuba lagi sampai apam ni lembut macam kat pasar tani tu. Tapi yang ini pun dah ok gak, dan tersengih semacam jer kan hehehe.


Apam Mekar
Resepi dari Hanieliza

Bahan-bahan:
250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna biru dan purple
Acuan kertas

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna biru dan purple dalam setiap adunan dan 1 adunan lagi dibiarkan dalam warna asal.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag utk setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap adunan berwarna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Bila telah masak, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Nota:
Jika tak suka warna-warni, atau tak suka warna biru dan purple, boleh gunakan warna pilihan sendiri.

Thursday, March 19, 2009

Kentang Bersalut Telur



Hari ni rasa kurang selesa nak memasak seperti biasa. Kalau dah kena selsema ni agak payah nak buat kerja kan. Maklumlah kalau dah bersin setiap masa agak menganggu tugas seharian. Tapi nak dijadikan cerita, tekak ni teringin plak nak makan kentang telur ni. Lama dah tak makan.. dapat resepi ni dari mak mertuaku.. mak kepada my laling CM. Masa duk kat kampung dulu, kalau nak rasa makanan ni cuma time bulan puasa jer. Dan bila mak mertua masak kita dok perati jer. Mak dan arwah bapak mertua suka sangat hidangan ni. Dah lama2 aku mencuba makin sedap pulak.. kena ngan selera tekak ni. Ni yg aku kongsi kat sini untuk semua. Tak tau apa nama resepi nie so aku bagi jer nama Kentang Bersalut Telur. Sedap dimakan begitu saja. Jom layan resepi yang ringkas tetapi sedap ni ya :-)


Kentang Bersalut Telur
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
5 biji kentang
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 biji bawang merah (dihiris)
2 biji telur
sedikit daun sup
sedikit garam

Cara-cara:
1. Kentang dikupas kulit, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Bila sudah empuk toskan dan dipotong dadu.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali hingga cair, masukkan bawang merah dan digoreng hingga layu. Kemudian masukkan serbuk lada sulah tadi dan sedikit garam dan gaul rata.
3. Masukkan kentang dan gaul lagi hingga kentang sebati dengan bawang tadi.
4. Ketepikan kentang sedikit, pecahkan telur dalam kuali dan gaul telur supaya hancur sedikit sebelum digaul lagi bersama dengan kentang tadi.
5. Setelah mesra , masukkan hirisan daun sup. Gaul lagi sampai sebati kemudian bolehlah ditutup api dan hidangkan.

Kek Coklat 2 Minit



Semalam dok fikir nak buat kek apa untuk anak2 makan. Belek punya belek jumpa resepi yang mudah dan simple ni. Kek coklat 2 minit resepi dari mamafami, memang senang dan cepat jer nak sediakan nya. Emm.. tak tau nak kata apa, lepas sejuk terus jer ngap! hehehe


Kek Coklat 2 Minit
(Resepi dari MamaFami)

Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula superfine
2 sudu besar(paras rata) serbuk koko
secubit garam halus
1/4 cawan mentega cair
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara membuat Kek:
1. Masukkan bahan-bahan di atas mengikut turutan ke dalam mangkuk adunan. Pukul selama 2 minit.
2. Tuangkan ke dalam tin pembakar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 C (oven kecil) sehingga kek masak, lebih kurang 25-30 minit.


Untuk Topping:
100 gm coklat masakan
50 ml UHT whipping cream
1 camca teh mentega

Cara membuat Topping:
1. Satukan coklat masakan dan UHT whipping cream dlm mangkok tahan panas.
2. Cairkan secara double boiler. Bila semua dah larut matikan api.
3. Kemudian masukkan mentega gaul rata hingga mentega cair.
4. Biarkan suam, kemudian tuang atas kek coklat tadi.

Wednesday, March 18, 2009

Nasi Ayam



Dah lama tak buat nasi ayam. Kebetulan anak aku Daniel, demam. Jadi boleh lah buatkan sup ayam untuk dia sekali. Kat umah ni kalau buat nasi ayam memang tak pernah cukup, sebab semuanya suka. Aku buat nasi ayam ni untuk makan malam semalam. Emm.. jom lah menjamu selera ya.

Nasi Ayam
Resepi Original CT

Bahan Untuk Sup:
1/2 ekor ayam (potong kecil dan dibersihkan)
2 1/2 liter air (untuk rebus ayam)
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
Rempah tumis
1 bungkus sup bunjut
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh serbuk lada putih
garam
sedikit minyak
(*ditumbuk halus)

Bahan Untuk Sos:
5 biji lada merah* (dibuang biji)
2 biji bawang putih*
1 sudu besar cuka makan
1 cawan air
sedikit garam
sedikit gula pasir
(*diblender halus)

Bahan Untuk Perap Ayam:
1 sudu besar kicap (CT guna kicap manis jer)
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar madu

Bahan Hiasan:
3 biji buah tomato
1 batang timun
Daun salad


Cara memasaknya:
1. Untuk membuat sup (stok ayam). Mula-mula panaskan minyak, tumiskan rempah tumis bersama bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam, kacau lagi dan tambahkan air. Kemudian masukkan ayam, sup bunjut dan garam. Masak sehingga ayam empuk. Setelah itu, keluarkan ayam dan toskan.
2. Untuk membuat nasinya, ambil anggaran 4 1/2 cawan stok ayam tadi untuk dimasak bersama 4 cawan beras yg telah dibilas bersih dan ditoskan. Masak nasi seperti biasa.
3. Untuk bahan sos pula, masukkan semua bahan2 sos dalam periuk kecil dan masak menggunakan api kecil hingga agak pekat, rasa masam dan manisnya, matikan api.
4. Untuk ayam pula, perapkan ayam yg telah ditoskan tadi dengan bahan perap selama 10 minit. Kemudian bolehlah digoreng seperti biasa, tapi jangan terlalu lama takut hangus pula.
5. Hidangkan kesemua bahan diatas untuk santapan yg menyelerakan.

Tuesday, March 17, 2009

Kuih Getas



Inilah kuih kesukaan aku time duk kat kampong zaman anak2 dara sunti dulu. Arwah mak memang rajin gak buat kuih walau pun sibuk dengan kerja. Kalau buat bukan sikit2 tau, tapi haa.. satu plastik tepung pulut mak kasi habis.. maklum lah adik beradik ramai. Buat kuih ni teramat lah senang, kalau tutup mata pun bole jadi. Tapi tutup sebelah je lah..hehe Tapi hati2 kang tertumpah lak tepung tu hehehe.



Kuih Getas
Resepi Original CT

Bahan-bahan:

250 gm tepung pulut
150 gm kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam

Bahan untuk sira:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul sebati. Kemudian tambah air sedikit demi sedikit dan gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Kepalkan bulat2 adunan dan dileperkan sedikit (saiz, ketebalan dan bentuk boleh dibuat ikut suka). Buat sampai habis.
3. Goreng hingga kekuningan, kemudian ketepikan.
4. Untuk membuat sira, didihkan air dalam kuali kemudian masukkan gula dan gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.
5. Setelah sira pekat, kecilkan api dan masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Gaul kuih sehingga sira rata keseluruh permukaan kuih. Bila gula mula mengeras matikan api. Sedia utk dihidangkan.

Bingka Roti Berjagung



Salam semua.. Semalam ada tetamu dari Johor datang kerumah.. satu family, adik my laling CM ler. Kebetulan petang tu ada buat bingka roti berjagung ni. Jadi dapatlah diaorang merasa bingka roti ni. Masa buat bingka ni memang harum baunya, sampai anak dara aku tak sabar2 nak merasa. Tapi dah larut malam baru bingka tu sejuk dan sesuai utk dipotong. Tapi sebab dah lama sangat dia tunggu, aku potongkan gak ler bingka ni utk dia rasa walaupun dah tengah malam. Dan oleh kerana pagi tu tak sempat nak amik gambo sebab segan ngan tetamu kan, kena tunggu sampai diaorg balik baru dapat snap. Tu pun dah tinggal sikit jer tu.. hehehe tak apa lah yang penting masih sempat nak tayang kat Dapur CT ni kan. Memang sedap bingka ni. Cubalah :-)

Bingka Roti Berjagung
(Resepi dari RinnChan)

Bahan-bahan:
3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (cairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gamdum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar)
200gm jagung krim dalam tin

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek.
( Guna loyang biasa pun boleh)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih- kurang sejam.

Sunday, March 15, 2009

Puding Buah Kukus Bersos Karamel



Kali ni aku mencuba resepi dari majalah saji pulak.. lama dah simpan resepi ni, tapi baru kali ni aku cuba membuatnya. Aku kongsikan resepi ni kat sini utk yg lain mencuba juga. Aku buat puding ni malam semalam, dan malam tu gak dah abis dibedal anak-anak hehehe.. Semua nya suka puding ni sebab sedap kot.


Puding Buah Kukus Bersos Karamel

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan buah campuran
2 sudu kecil parutan kulit oren
125 gm mentega atau marjerin
1/2 cawan gula kastor
2 biji telur
1/4 cawan jus oren

Bahan sos:
10 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air panas
sedikit butter

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung, buah campuran dan parutan kulit oren, gaul rata dan ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula sehingga ringan dan kembang. Campurkan telur, sebiji demi sebiji, pukul sebati.
3. Kaup balikkan campuran tepung berselang-seli dengan susu cair dan jus oren.
4. Masukkan kedalam cawan atau mangkuk acuan yg telah disapukan gris. Kukus selama 15-20 minit.
5. Hidangkan puding bersama sos karamel.
6. Untuk menyediakan sos, larutkan gula pasir kedalam air panas yg dicampur sedikit butter dan masak diatas api yg perlahan, kacau selalu sehingga sos sedikit pekat.

Kari Ayam



Menu hari ni ialah kari ayam. Kat umah aku, kari ayam ni fevret anak2 dan suami. Walaupun aku kurang gemar dgn kari ayam, tapi demi anak2 dan suami aku masak kan lah juga. Untuk yg gemarkan kari, selamat mencuba resepi ini yer. Layann..


Kari Ayam
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
1/2 ekor Ayam (potong ikut suka)
4 biji kentang saiz sederhana (dibelah 4)
1 batang terung panjang (dipotong serong)
2 batang lada hijau (dibelah 2)
1 keping asam gelugor
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
3 cawan air
garam secukup rasa

Bahan tumis:
sedikit minyak untuk menumis
sedikit rempah tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 tangkai daun kari

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan halus
2 biji besar ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah korma
1 bungkus kecil rempah kari ayam (25 gm)

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga terbit bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau sebentar. Setelah itu masukkan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, tambahkan air dan masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sehingga ayam empuk.
3. Setelah ayam empuk, masukkan santan cair, kentang, terung dan asam gelugor. Biarkan seketika lagi hingga kuah mendidih dan kentang empuk.
4. Akhir sekali, masukkan santan pekat, lada hijau dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tunggu hingga mendidih. Matikan api, sedia untuk dihidangkan.


Saturday, March 14, 2009

Sotong Masak Asam Rebus



Inilah resepi fevret aku. Masakan asam rebus resepi original CT. Untuk masakan ni, kadang2 aku guna ikan tongkol. kadang2 aku guna sotong. Terpulang pada selera tekak. Kalau nak bagi terangkat lagi, masa nak makan tu patahkan lagi cili padi kat dalam kuah tu.. Pergh.. Mak mentua lalu sebelah pun tak perasan..hehe jom layannn..

Sotong Masak Asam Rebus
Resepi Original CT

Bahan-bahan:
10 ekor sotong (sederhana besar)
*Sotong dibersihkan dan dibuang kulitnya supaya kuah tak merah
1 liter air
15 batang kacang bendi
1 keping asam gelugor
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan utk ditumbuk:
3 biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
10 batang cili padi
1 batang lada merah
1 batang serai (dihiris halus)
1 sudu kecil ketumbar
sedikit belacan

Cara-cara memasaknya:
1. Rebus air bersama bahan-bahan tumbuk tadi hingga mendidih.
2. Setelah mendidih masukkan sotong bersama asam gelugor, gula dan garam.
3. Biarkan seketika hingga sotong empuk, kemudian masukkan kacang bendi.
4. Setelah bendi layu sedikit, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, March 13, 2009

Apam Ice-Cream Kukus



Sebenarnya buat apam ni dah kali yg kedua.. dulu penah buat gak tapi guna loyang jer. Baru kali ni guna papercup.. itu pun tak ada papercup yang cawan so guna aje la cupcake punya papercup. Tak apa lah guna apa pun tak kisah yang penting rasa dia memang sedap. Amik resepi dari RinnChan@FP.. jom kita layannnn

APAM ICE-CREAM KUKUS
(Resepi dari RinnChan)

Bahan-bahan

Bahan A:
250gm gula kastor ( Boleh dikurangkan sedikit utk kurangkan manis)
1 sudu besar ovallet
3 biji telur

Bahan B:
300gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder

Bahan C:
200ml air ice-cream soda

Pewarna Jingga.. atau apa2 warna yg anda suka
*CT tambahkan 1 sudu kecil orange paste utk menerbitkan sedikit rasa

Cara-cara:
1. Pukul Bahan A sehingga kembang dan pekat. (5 minit dengan mixer hi-speed)
2. Ayak Bahan B ke dalam adunan telur tadi dan kaup-balikkan sehingga rata.
3. Akhir sekali, masukkan air ice-cream soda dan kacau sebati.
4. Ambil sebahagian adunan dan warnakan dengan warna jingga. (CT perisakan dengan orange paste).
5. Sudukan adunan asal ke dalam papercup dan bubuh sedikit adunan jingga.
6. Kukus selama 10min - 15min. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.

Thursday, March 12, 2009

Kuih Pau



Buat kuih pau ni sebab rindu kat Hana lah ni hehehe. Puan Hana ni duk kat Jepun, tapi sekarang dah balik ke Malaysia utk bercuti sebulan. Tu yang tak sabar nak jumpa dia, tapi tak tau lah bila dapat jumpa Hana ni. Oleh kerana tak dapat kacau2 Hana buat masa nie, dapat buat 'Pau Hana' pun jadilah. Tak tau nak kata apa lagi.. meh ler kita layan pau ni ya :-)


Kuih Pau
(Resepi dari Hana)

Bahan-bahan:
250 gm (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (guna tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 gm (1/2 sudu teh) baking powder
50 gm (4 sudu makan) gula castor
20 gm (1 sudu makan) lemak sayuran
2 gm (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam


Cara-cara:
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin.
  4. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Letak adunan pada suhu yg suam2..
  5. Tumbuk2kan supaya keluar angin. bulatkan kecik2 & masukkan inti pilihan.
  6. Biarkan lagi naik pau tu barulah masukkan ke dalam kukusan. Pastikan air kukusan sudah mendidih. Alaskan tutup periuk dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh.
  7. Kukus lebih kurang 10minit.

Wednesday, March 11, 2009

Apam Ambon



Kuih apam ambon ni aku buat petang tadi kul 6.00 petang tau. Entah kenapa terlebih rajin lah pulak arini hehehe. Agaknya cuaca yang dingin dek hujan tu kot yang buat aku ni rajin sangat2 arini. Lagi pun perut ni sejak baik demam nak makan yang macam2 jer. Bukan ngidam tapi nak kembalikan semula tenaga yang dah hilang 2-3 arini. Tu yang dok nak makan jer tu.. kalau ada orang yang tolong masakkan untuk aku lagi ler syokkk! hahaha. Jom kita layan apam yang tak gebu ni ehh :-)

Apam Ambon
(Resepi dari Kak Ummi)

Bahan-bahan:
4 biji telur
100 gram tepung halus
2 sudu teh baking powder
110 gram gula halus
2 sudu teh ovalette
40 ml susu segar
40 ml minyak masak
2 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah

Cara-cara:
1. Panaskan pengukus.
2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi warnakan dengan pewarna merah.
6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak (loyang bulat 8 in).
7. Tuangkan adunan putih, diikuti adunan merah secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.


Roti Marble



Semalam cuba buat roti marble ni resepi dari Cik Mat Gebu. Ini adalah adunan kedua yang aku buat, yang mula2 tu tak nak naik tau! tension betul! Aku rasa pasal ragi yang aku dah bukak tu kot. Kiranya percubaan kali kedua gak ler membuat roti ni.. alhamdulillah menjadi. Buat sarapan pagi tadi.. aku ni suka mencuba benda2 yang baru, tak kiralah apa pun jenis masakan. Yang penting, minat nak mencuba tu ada. Resepi roti marble ni dah ramai yang membuatnya, tak tahu ler aku orang yang ke berapalah agaknya kan hehehe. Resepi asal adalah dari "Onigiri" dari MyResepi.com


ROTI MARBLE
(Resepi dari Cik Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA:

200 g tepung roti
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk kokok + sedikit air, jadikan pes


CARA MEMBUATNYA:
  1. Bancuh yis dengan sedikit susu (anggaran 50 ml), larutkan dan biar sekejap. Satukan tepung roti, tepung gandum, bread improver, garam dan gula, kacau rata. Tuang bancuhan yis dan gaul sambil dituang baki susu segar sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan uli hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, dan tutup dengan cling film. Biar 40 minit, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 3 bahagian yang sama besar.
  3. Satu bahagian digaul bersama pes koko tadi dan uli hingga warna sekata (jika perlu tambah sedikit tepung roti). Canai doh tadi, biar sama saiz dengan 2 bahagian doh tanpa warna. Balutkan doh coklat hingga tidak kelihatan. Canai sedikit dan potong kepada 3 bahagian.
  4. Buatkan simpulan tocang pada doh tadi, dan alihkan ke dalam tin berukuran (9 x 4 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Biarkan naik 2 x ganda (kurang lebih 1 jam).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing. Sapukan mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong...

Monday, March 9, 2009

RENDANG AYAM KAMPUNG



Salam.. Hari ni baru dapat buat rendang ayam ni, request dari my laling lah. Ingat nak buat semalam, tapi badan aku ni masih tak berapa sihat. Jadi hari ni aku gagahkan juga nak memasak rendang ni. Kesian lak kat anak2 dan suami kang nak merasa rendang ni sampai bila2 tak merasalah pulak hehehe. Nasib baik ler CM menolong kat dapur tumbukkan kelapa kering untuk buat kerisik tu. Nak suh aku menumbuk ada kang anak lesung tu tak gerak2 hahaha. Jom kita menjamu selera rendang ayam kampong ni ngan nasi putih atau pun nasi impit pun boleh.


RENDANG AYAM KAMPUNG

Bahan-bahan:
1 ekor Ayam
2 sudu besar Kerisik
1/2 cawan Minyak Masak (untuk menumis)
1 cawan Santan Cair
1/2 cawan Santan Pekat
3 cawan Air
1 sudu kecil Garam (secukup rasa)
1 sudu besar Gula Pasir
1/4 buku Gula Melaka
1 helai Daun Kunyit (dimayang halus)
Sedikit Rempah Tumis

Bahan Kisar:
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Kunyit
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
15 tangkai Lada Kering
2 batang Serai
5 helai Daun Cekur
2 helai Daun Limau Purut
2 sudu besar Ketumbar
2 sudu besar Jintan Halus

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar bersama rempah tumis dan gula melaka sehingga pecah minyak.
2. Kemudian tambahkan air, kerisik, garam, gula dan kacau rata.
3. Selepas itu masukkan ayam dan tunggu hingga ayam empuk.
4. Masukkan santan cair dan biar seketika hingga mendidih.
5. Tambahkan santan pekat dan daun kunyit.
6. Bila sudah mendidih, kecilkan api sedikit dan kacau sekali-sekala. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Sedia utk dihidangkan.

Saturday, March 7, 2009

Mee Hoon Goreng (versi Dapur CT)



Entri ini ditulis oleh CM:

Menu lunch hari ini ialah Mee Hoon Goreng versi Dapur CT. Biasanya CT suke mencuba resepi baru yg diintai dari dapur2 blogger yg lain. Tapi kali ini, CM nak kongsikan resepi original dapur CT pulak disebabkan resepi ini sudah lama diminta oleh En. Shaizhar. Selepas sahaja CT habis memasak tadi, terus CM minta dia tuliskan resepi tu utk dikongsikan disini. Untuk Shaizhar, Selamat Mencuba!


MEE HOON GORENG (Versi Dapur CT)

Bahan-bahan:
  • 300 gram bihun (rendam hingga lembut)
  • 3 sudu besar minyak masak utk menumis
  • 2 sudu besar tomato Sos
  • 3 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 6 keping Fishcakes
  • 15 biji Fishball
  • 3 keping Tauhu (digoreng)
  • 250 gm Daging (direbus dan simpan airnya)
  • sawi (sedikit)

    Bahan utk dikisar:
  • 10 gm Ikan bilis
  • 10 gm Udang kering
  • 3 biji Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 10 tangkai Lada Kering
  • 1/2 inci Kunyit hidup

    Cara membuatnya:
    1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
    2. Masukkan air rebusan daging berserta tomato sos, cili sos, sos tiram, kicap manis. Kacau hingga mendidih.
    3. Selepas mendidih masukkan pula fishcake, fishball, tauhu, hirisan daging dan sawi. Kacau lagi hingga mendidih.
    4. Kemudian masukkan garam, gula dan gaul rata.
    5. Akhir sekali, masukkan bihun dan kacau rata hingga masak.

  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...