Tuesday, September 29, 2009

Biskut Raya CT




Haaaa.. yang kat bawah ni plak biskut2 raya yg aku buat tapi tak berkesempatan nak update entrinya masa bulan puasa hari tu. Walaupun tak dapat nak mengupdate resepinya, dapat mengupdate gambarnya pun jadilah ye tak. Boleh jugak buat cuci2 mata hehe. Selamat menjamu mata yer. Kalau nak merasa, jemputlah beraya ke rumah ngeh ngeh..


Tart Nenas Gulung


Tart Blueberry Gulung


Biskut Cornflakes


Almond London


Biskut Green Lace


Biskut Mazola

Marble Chocolate Cheese Cake




Dalam satu hari ni tekak nak makan yang macam2 jerrrrr... bukan apa, selepas berposa ni badan turun dalam 2kg. Jadi nak naikkan balik kenalah makan menda2 yang boleh menaikkan badan ni semula hehehe. Ada2 je kan. Ada tu yang nak kurus, ada pulak yang nak ber'isi', bukan berisi ada baby ya hua... hua... hua... Yang sebenarnya buat cheesecake ni sebab nak elakkan cream cheese yang akan expired 30hb ni. Sebelum ke TONG sampah lebih baik ke mulut dia masuk kan? Cream cheese ni mahal oiii... rugiii kalau masuk tong sampah hahaha. Ni tengah mood rajin nak memasak ni, manalah tau ada tetamu yang akan datang secara mengejut jer kat rumah malam ni, dapatlah juga dia orang merasa kek ni selain biskut2 raya. Jom masak2 lagi di Dapur CT yokkkk....


Marble Chocolate Cheese Cake
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
(A)
180 gm mentega 20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170 gm gula castor 3 biji telur

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung + baking powder + serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.


Bahan-bahan: (B)
250 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.


Cara menyediakan kek:
1. Tuang satu bahagian bahan A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang adunan cream cheese (bahan B) di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165C selama 50 - 60 minit ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.

Rendang Ayam




SELAMAT HARI RAYA ...... Ini resepi pertama yang dapat di update kan di Dapur CT setelah lama bercuti. Lagi pun masih ada mood raya lagi ni, tu yang merajinkan diri buat rendang ayam ni. Masa balik beraya di kampung my laling tak berkesempatan nak makan rendang. Kebetulan MIL tak buat rendang, my sis pun tak buat gak. Pegi mana2 pun my laling tak jumpa rendang. Kesian pulak kalau dah mengidam ni kan hehehe.... tak apa isteri terchenta dia ni kan rajin nak 'memasak' jadi nya kena lah kerah tulang temulang ni yang lama dah dok rehat hehehe. Aku memang beli ayam lebih sikit dari biasa hari tu. Lagipun anak memang gemar makan ayam berbanding daging atau ikan. Sonang cerita beli ayam dan udang jer lah minggu ni. Resepi dari Cik Mat Gebu, tapi Mat punya rendang kering, aku pulak buat berkuah sedikit. Senang nak makan ngan ketupat segera NONA atau makan dengan nasi. Jomlah masak2 bersama di Dapur CT yea.....


Rendang Ayam
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-bahan:
1 ekor ayam, dipotong sederhana besar
600 ml santan cair
300 ml santan pekat
3 camca besar kerisik
3 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca besar gula melaka
1 keping asam gelugor
1/2 cawan cili kisar
2 camca besar rempah kari
Garam secukup rasa
10 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
20 biji cili padi*
1/2 inci kunyit hidup*
5 batang serai, dihiris*
4 biji bawang merah, dihiris #
2 biji bawang putih, dihiris #
1 batang kayu manis #
1 kuntum bunga lawang #
4 kuntum bunga cengkih #
3 biji buah pelaga #
(bahan bertanda* - dikisar halus)
(bahan bertanda# - ditumis)

Cara-cara:
1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari. Panas minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar+rempah kari tadi. Kacau rata dan tambah cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut dan tuang santan cair. Bila mendidih tambah santan pekat. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan masak hingga kuah pekat.
3. Tambah kerisik, asam gelugor dan gula melaka. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala sehingga rendang kering. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api, alih ke dalam bekas sesuai.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak sedap, masak guna ayam tua (ayam pencen)... cuma masa memasak lebih lama dan perlu ditambah air panas jika ayam masih belum lembut (kecuali memasak menggunakan periuk tekanan)... nak lagi sedap, guna ayam kampung....

Friday, September 11, 2009

Biskut Marble




Salam semua.... Pejam celik.. pejam celik.. dah tinggal berapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya kan. Jadi aku tambahlah resepi biskut kat Dapur CT ni. Kali ni buat biskut marble dari Suejoshua. Biskut ni banyak gunakan tepung gandum. Tapi aku gunakan separuh jer dari sukatan di bawah. Masa nak menguli tu pandai2 lah letak tepung gandum tu sedikit2 sambil diuli hingga jadi doh. Dan biskut ni juga tak banyak gunakan gula dan tak berapa manis, okeylah bagi aku yang memang tak suka manis2 sangat ni kan. Kalau ada yang nak cuba resepi biskut marble ni, mehlah cuba ya :-)


Biskut Marble
Resepi dari SueJoshua

Bahan-bahan:
300 gm butter
100 gm gula halus
400 gm tepung gandum - diayak
200 gm tepung jagung - diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar perasa dan pewarna coklat (emulco) **CT ganti dgn pewarna pink
Gula manik - sebagai hiasan

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga putih, kemudian masukkan kuning telur, pukul hingga sebati.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak terlebih dahulu tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan butter tadi sambil digaul rata dan diuli hingga menjadi doh yang tidak keras dan tidak melekit.
3. Bahagikan adunan pada dua bahagian dan satu bahagian lagi diletakkan warna coklat dan satu bahagian lagi biarkan pada warna asal.
4. Uli doh warna coklat hingga betul2 rata.
5. Campurkan pula kedua-dua adunan warna asal dan warna coklat, uli campur-campurkan kedua-dua warna hingga menjadi marble.
6. Canaikan dan terap gunakan acuan yang disukai.
7. Letakkan gula manik ditengah-tengah biskut dan bakar didalam oven pada suhu 170c selama 10 minit atau hingga masak.
8. Sejukkan dijaringan sebelum dimasuk kedalam bekas kedap udara.

Monday, September 7, 2009

Biskut Oat




Assalamualaikum..... minta maaf lah ya, lama gak tak update di Dapur CT. Inipun entri yg tertunggak. Dah seminggu tenet kat rumah ni semput mengalahkan siput.... nyampasss! Tu yang malas nak duk depan tenet tu, tah apa nasiblah hari ni dah okey sikit. Berbalik pada resepi biskut oat ni aku amik dari Myresepi. Sedap gak biskut ni. Nanti nak buat lagi, sebab dah tinggal sikit hari tu dijamu pada tetamu yang datang kerumah. Oleh kerana tak ada apa nak dihidangkan pada tetamu yang datang kerumah malam tu, aku hidanglah biskut raya ni hehehe. Dah memang rezeki dia oranglah kan. Jom kita kongsi bersama resepi dari RRozie17 ni ya.


Biskut Oat
Sumber dari Myresepi.com

Bahan-bahan:
200 gm oat (kisar halus)
100 gm gula halus
200 gm tepung gandum
200 gm minyak sapi (dicairkan)
Secubit garam
Kuning telur - Untuk hiasan atas biskut
Kepingan oat sebagai hiasan (jika suka)

Cara-cara:
1. Gaul sebati semua bahan kering.
2. Masukkan minyak sapi sedikit2 hingga boleh di uli menjadi doh..."awas" tidak perlu dihabiskan kesemua minyak sapi sekiranya doh sudah lembut dan boleh di canai.
3. Terap adunan dan sapu kuning telur di atas biskut tadi, taburkan kepingan oat jika suka.
4. Bakar dengan api 180c selama 20 minit atau hingga masak.

Thursday, September 3, 2009

Fancy Ice-Cream Cookies




Selamat hari rayaaaa... hurayyyyy !! dah nak raya!!... dah nak raya!! hehehe. Ni gara2 masuk blog kawan2 lah ni, tu yang teruja gak nak buat sekut raya ni. Sebenarnya satu hari ni dapat buat 2 jenis sekut jer. Tapi aku tunjuk satu2 lah dulu ya. Esok pun akan buat 2 jenis sekut gak hehehe. Resepi ni amik dari blog Maklang, sumber resepi ni dari Zubaidah dan diana meh lah cuba. Haqim siap dah rasmikan dulu, kata nya "sedaplah mama" hehehe. Aku pun nyaris2 termasuk dalam mulot tau tadi huhuhu. Jom kita layan resepi sekut lak ya :-)


Fancy Ice-Cream
Resepi dari MakLangAzie

Bahan-bahan:
130 gm mentega
60 gm gula aising
160 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20 gm serbuk badam

Topping coklat dan butiran permata sebagai hiasan

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
2. Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim. Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak.
3. Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.

Nota maklang : maklang campurkan strawberry emulco dan pink colour utk dapatkan rasa yg berbeza dan maklang buat 2 adunan...resepi kat atas tu skit sangat...

Wednesday, September 2, 2009

Kuih Tepung Gomak




Assalamulaikummm.... Aku nak minta maaflah ya tak sempat nak masukkan menu berbuka setiap hari kat Dapur CT ni. Masa dan keadaan yang tak mengizinkan, jadi aku cuba buat yang termampu jer lah. Jangan sampai nanti ada yg kata Dapur CT ni sunyi tak bertuan lak nanti ngeh ngeh.... So, ini lah kuih berbuka untuk hari ni. Tepung gomak atau orang belah utara panggil kuih habuk. Agaknya tepung tu berhabuk kot masuk dalam mulut hehehe... macam2 jer. Resepi dari tulip77 di MyResepi. Memang sedap kuih ni.. buat pun comel2 gitu, senang sikit nak makan. Sekali masuk jer dalam mulut tak yah nak dua tiga kali gigit. PERINGATAN... jangan berbual masa nak gigit kuih ni okey, kang menyembur habuk tu kat muka orang hahaha


Kuih Tepung Gomak
Sumber dari tulip77 MyResepi

Bahan-bahan:
300 gm tepung pulut
300 gm tepung kacang hijau

Bahan untuk inti:
150 gm gula merah
1/2 cawan gula putih
1 biji kelapa parut (putih)
1/2 sudu teh tepung gandum
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-cara:
1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
2. Masukkan kelapa parut, 1/2 sudu teh tepung gandum dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
6. Masak air hingga mendidih dan masukkan adunan yang telah siap tadi.
7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka).
8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...