Saturday, February 27, 2010

Ikan Masak Kicap




Salam mesra untuk semua moga ceria selalu. Hari ni aku update hidangan harian je iaitu lauk ikan masak kicap. Lauk ni aku masak semalam sebenarnya tapi nak masukkan semalam tak berkesempatan. Jadi menu ni kira dah habislah ya, terlewatlah sesapa yg berhajat nak merasa hehehe. Oleh kerana kat rumah ni anak2 bujang tak makan ikan dan yg tak bujang pula tak gemar ikan tenggiri, jadi aku guna ikan tongkol jer lah. Resepi ni dari Mat Gebu, senang dan amat mudah nak menyediakannya. Rasanya minggu ni banyak resepi dari Mat Gebu. Harap Mat tak kisah dan K.CT pun tak kisah hehehe. Aku CnP resepi ni dari dapur Mat ya :D

Ikan Masak Kicap
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-Bahannya:
5 keping potongan ikan ikan tenggiri # (CT guna ikan tongkol)
1/2 camca teh kunyit serbuk #
Secubit garam #
2 biji bawang besar, dipotong bulat
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 biji cili merah, hiris menyerong besar2
1 inci kulit kayu manis*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
3 kelopak bunga lawang*
1 camca besar sos tiram
1 camca teh cuka makan
1 cawan kicap manis
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 biji kentang, potong berbaji dan goreng garing
1 biji tomato, belah 6 (jika suka)
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Kacang Buncis - di potong2 (ct tambah)
(Bahan bertanda # : disatukan dan perap 10 minit)
(Bahan bertanda * : rempah tumis)

Cara-cara:
1. Goreng ikan tenggiri tadi hingga kuning keemasan tetapi tidak garing, masih lembap. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali sama, keluarkan minyak gorengan ikan tadi hingga tinggal 2 camca besar, tumis rempah tumis, bawang putih dan halia hingga harum. Gunakan api sederhana. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan cuka makan, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/2 cawan) dan kicap manis. Biar mendidih baru dimasukkan ikan goreng tadi bersama2 hirisan bawang besar dan cili merah. Biar masak hingga kuah sedikit pekat.
3. Kemudian masukkan kentang goreng dan tomato, gaul rata dan bila tomato lembut sedikit, boleh angkat dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi.


Thursday, February 25, 2010

Bubur Pulut Hitam




Rasanya ramai yang gemar makan bubur pulut hitam. Tapi bagi yang tak gemar, tengok ajer lah ya. Ini pun salah satu dari bubur yang sangat aku gemari. Ni kira macam resepi lama yang sedap dan tak hilang dek zaman. Jangan lupa untuk memberitahu pada anak2 dan cucu2 kita inilah salah satu resepi warisan yang perlu kita kekalkan sampai bila2. Tapi kalau kita tanya pada anak2 kita, pandai tak masak bubur ni, aku rasa anak dara aku mesti pandai ketawa je. Memang nak kenalah kalau macam tu. Resepi ni senang jer dan mesti semua dah tahu. Tapi aku sharekan jugalah resepi ni disini, resepi dari Cik Mat Gebu. Boleh ya Mattttt.... :D


Bubur Pulut Hitam
Resepi dari Cik Mat Gebu

Bahan-Bahan:
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 3 - 4 jam
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

Cara-cara:
1. Rebus pulut hitam dengan air yang banyak hingga betul2 kembang. (mat guna pressure cooker je, ambil masa dalam 20 minit untuk kembang).
2. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Asingkan. Tuang pula 800ml air dan ramas, perah untuk santan cair.
3. Bila pulut hitam tadi kembang, tuang santan cair. Masukkan gula, daun pandan dan garam, masak hingga mendidih sambil terus dikacau hingga masak.
4. UNTUK MENGHIDANG: Ceduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, kemudian tuang satu camca besar pati santan sebelum menghidang.....selamat mencuba!!!


Wednesday, February 24, 2010

Kek Semolina




Semalam aku jalan2 kat dapur kawan2 ternampak ada yang buat kek. Teringin gak nak buat kek sebab lama juga tak membaking ni. Kat dapur Hana dan K.Zai ada kek marble dan dapur K.Ummi pulak ada kek pelangi, cantik jer kek2 diaorang ni. Lepas tu singgah pulak dapur Cik Mat Gebu, ternampak pulak Kek Semolina, first time dengar ni dan nampak moist kek tu. Tak tunggu lama terus jalankan projek membaking hehehe. Bahan2 pun dah ada termasuk tepung suji lebihan kuih talam suji dulu masih elok lagi. Tak lama sangat untuk membuatnya, hasilnya lihatlah sendiri. Memang sedap tak mengecewakan bolelah kawan2 mencuba pulak nanti. Terima kasih pada Cik Mat Gebu dan juga tuan punya resepi A Nyonya's Kitchen juga kerana berkongsi resepi ni. Nak bagi rasa dah tinggal sikit, jadi kenalah kawan2 buat sendiri ya hehehe.


Kek Semolina
Resepi dari Cik Mat Gebu

Bahan-bahan:
250 gm mentega berkualiti tinggi
170 gm gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 gm semolina @ suji
Secubit garam

Cara-cara:
1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina @ suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu.
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.


Sunday, February 21, 2010

Prune Muffin




Salam untuk semua... apa agaknya yang dihidangkan untuk insan2 tersayang dirumah hari ni ya. Dah berapa hari yg lepas aku buat kuih-muih untuk anak2 dan suami, tapi hari ni nak ubah selera buat muffin jer. Dah lama rasanya aku tak buat muffin, tu yang terjadinya muffin prune ni. Resepi asalnya ialah muffin strawberi, tapi aku olah jadi muffin prune, pandai2 jer aku kan hehehe. Maaf ya cik mat, K.CT ubah nama jer, tapi masih kekal bahan2 yang asal cuma ganti buahnya jer. Dah Mat kata resepi ni mudah, ringkas dan bole dipelbagaikan... jadi buat ler muffin prune ni. Cuma buah prune nya dok sembunyi lak dalam tu, macam takut jerr nak tenggek kat luar hehehe. Resepi diambil di MyResepi.com dari Cik Mat Gebu, terima kasih ya. Macam biasa lah CnP jer ya hehehe.


Prune Muffin
Sumber dari MyResepi.Com

Bahan-bahan: (12 biji muffin)
85 gm mentega
85 gm gula halus
2 biji telur Gred A
175 gm tepung gandum*
10 gm baking powder* (CT letak 1/2 sudu teh)
80 ml susu segar
5 biji strawberry, dicincang halus (CT ganti dgn buah prune)
1/2 camca teh strawberry emulco (letak sedikit pewarna kuning)
(Bahan bertanda* - digaul dan diayak)

Bahan untuk hiasan:
6 biji strawberry, dibelah dua (CT gantikan dengan buah prune)
Krim putar secukupnya


Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Masukkan strawberry emulco. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Dengan menggunakan spatula masukkan cincangan strawberry dan gaul hingga rata.
2. Masukkan kesemua adunan ke dalam piping beg (atau gunakan plastik yg bersih dan tidak bocor).
3. Gunting bucu plastik (jangan terlalu besar), paipkan ke dalam acuan muffin berlubang 12 yg telah dilapik dengan paper cup. Isikan 3/4 penuh.
4. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak sejukkan muffin diatas redai. Hiaskan dengan krim putar dan belahan strawberry. (ct hias dengan buah prune jer).

Saturday, February 20, 2010

Kuih Lapis Hijau Kuning




Salam ceria untuk kawan2 semua, semoga diberikan kesihatan yang baik2 selalu. Menu kali ni kuih lapis hijau kuning (dah macam jersi bola negeri Kedah lah pulak hehehe). Sejak seminggu ni, setiap hari ada jerrr kuih kat atas meja rumah ni, sebab tengah angin rajin buat kuih. Kalau tak sempat buat kuih aku buat ler cekodok ke atau apa2 jer yang bole buat makan sambil2 sekeluarga. Kebetulan suami masih bercuti2 CNY, tu yang buat kuih setiap petang. Kesian lak kalau duduk kat rumah rehat2 hanya hidang air kosong jer kan hehehe. Lagipun air tangan isteri sendiri yg menyediakan hidangan untuk suami lebih baik, banyak pahalanya tu ye tak. Kalau bibik yang sediakan, bibiklah nanti yang dapat pahalanya hehehe. Resepi kuih lapis ni rasanya semua orang dah tahukan. Tapi utk memudahkan rujukan, aku kongsikan lagi disini untuk kawan2 semuanya. Dapat pahala juga tu kalau berkongsi sama ya tak :D


Kuih Lapis Hijau Kuning
Sumber dari buku masakan

Bahan-bahan:
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard / jagung
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning & hijau

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan berserta acuan / loyang yang disapu sedikit minyak.
2. Gaulkan semua bahan (kecuali pewarna) hingga rata. Tapiskan. Bahagikan adunan kepada dua. (CT blender semua bahan tersebut dan tapis).
3. Masukkan warna kuning dalam satu bahagian dan warna hijau satu bahagian. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan satu senduk adunan hijau dalam acuan / loyang. Kukus selama 5 minit.
5. Tuang satu senduk adunan warna kuning keatas lapisan hijau tersebut dan kukus semula selama 5 minit.
6. Ulang proses 4 & 5 berselang seli sehingga adunan habis. Akhir sekali kukus selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kuih ini sebelum di potong. Selamat mencuba.

Friday, February 19, 2010

Kuih Bakar Jagung




Buat kuih2 bakar ni memang kesukaan aku. Sebabnya anak2 dan my laling kat rumah semuanya suka kuih bakar. Sebenarnya memang suka makan apa2 aje lah hehe. Memang tak akan membazir punyalah kalau masak apa2 pun, tu yang kena sentiasa ada makanan jer kat atas meja. Tapi kalau dah mood malas terbit jangan kata nak bakar, nak pegang senduk pun malas hahaha. Berbalik pada kuih bakar jagung ni, aku buat malam tadi. Ada lebihan jagung krim masa buat apam balik kemarin. Buat pun taklah banyak mana, untuk sarapan anak2 dan my laling je. Resepi amik dari Zana08 @MyResepi.com, terima kasih ya. Memang sedap tak manis sangat sesuailah dengan tekak aku ni yang tak gemar manis2 sangat. Meh cuba try test hehehe.


Kuih Bakar Jagung
sumber dari MyResepi

Bahan-bahan: ( cukup utk sefamily 5-6 orang )
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka (CT tak letak)
1/2 sudu teh garam (CT tambah)
sedikit esen vanila (CT tambah)

Cara-cara:
1. "Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam (CT bakar lebih sikit sebab nak garing atas dia).

Thursday, February 18, 2010

Bubur Som Som




Salam untuk semua teman2 yang jauh mahu pun dekat. Sekarang ni kat mana2 pun cuaca panas berbahang semacam aje kan. Tapi itu semua ada hikmahnya, jangan merungut, tak baikkan. Oleh kerana cuaca yg macam ni, jadi kenalah buat dessert untuk sejukkan tekak. Buat bubur som som ni request dari my laling CM, teringin nak makan bubur som som katanya. Rasanya memang dah lama juga tak buat bubur som som ni. Tapi kalau buat pun memang tak bole sikit2 kat rumah ni, madang tak cukup aje, sebab semuanya suka makan hehehe. Bila makan sejuk2 perghhh.... syok jer masuk kat tekak. Ni pun buat dua loyang sebab nak bagi kat adik satu loyang. Bila makan teringat arwah mak, dulu pun arwah memang suka makan bubur som som ni. Rasanya yg lemak2 campur manis sikit, lembut memang sedap. Resepi ni aku ambil dari dapur RinnChan, terima kasih ya Rinn. Selalu juga intai ke dapur Rinn kalau nak cari resepi yang sedap2 hehehe. Jom kita layan tekak dengan dessert pulak ya. Kita makan duluuuuu...!


Bubur Som Som
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee (Tepung pulut pun ok, kalau tak ada.. guna semua tepung beras)
1 camca teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula:
2 ketul gula kabong atau 150 gm gula merah
250 ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah untuk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti.


Thursday, February 11, 2010

Donat Simple




Buat donut lagi untuk kesekian kali nya. Kali ni buat untuk anak bujang aku, Haqim. Dia request nak makan pizza, tapi mama dia terbuat donut jer hehehe. Permintaan tu terpaksa di tolak sementara sebab bahan2 topping tuk pizza lom beli lagi. Bila dah buat donut ni, cakap kat Haqim lain kali mama buat pizza besar pulak ya hehehe. Kesian lak bila anak2 nak makan ni kita tak dapat nak memenuhinya kan? Mulanya nak buat donat yang pintal2, tapi mood malas dah melanda. Jadi main terap jer guna cutter donat senanggg. Resepi donut ni aku amik di MyResepi.com dari Yani. Lembut jer donut ni, malas nak bubuh topping cekelat atau apa2. Main tabur gula jer cukup ringkas dan senang hehehe. Jom ler tengok resepi yang ni pulak ya. Kalau nak lihat step2 nya bole lah layari di MyResepi. Dah macam minggu donat lak Dapur CT ni ya :D


Donut Simple
sumber dari MyResepi

Bahan-bahan: (Utk 8 biji Donut )
200 gm tepung roti
20 gm gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140 ml susu segar
20 gm butter
minyak masak untuk menggoreng
sugar powder

Cara-cara:
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3. Masukkan pula butter
4. Kacau sehingga sekata
5. Bila dah jadi begini. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
6. Uli sehingga tak melekat ditangan
7. Buatkan bentuk bulat
8. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik dua kali ganda
9. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
10. Canaikan biar jadi bentuk seperti dalam gambar lebih kurang 15cm
11. Bahagikan kepada bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
12. Uli biar jadi bentuk panjang
13. Kemudian pulaskan seperti dalam gambar
14. Rapatkan kedua-dua hujung. Doh akan jadi berpintal seperti dalam gambar. Lekat kuat-kuat antara hujung supaya tak terbuka semasa menggoreng. Biarkan lagi sehingga naik 1.5 kali ganda.
15. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.


Wednesday, February 3, 2010

Donat Pesona




Salam mesra dan ceria khas untuk semuaaaa... Impian dah hampir jadi kenyataan, walau pun rupanya taklah seindah yang kawan2 pernah buat hehehe. Buat donat hasil tangan sendiri adalah lebih bermakna dari kita membelinya kan. Memanglah donat ku ini tak secantik J.CO atau Big Apple Donut tapi aku puas hati dapat mengenyangkan anak2 dan hubby tersayang kat rumah ni. Donut ni hasil dari MyResepi.Com tapi aku CnP jer dari dapur RinnChan. Apa pun terima kasih banyak2 pada empunya resepi dan RinnChan juga. Tanpa resepi2 ni mana lah aku nak pandaikan. Okeylah masa amat mencemburui aku nak duduk lama2 kat depan laptop ni. Jom ler layan resepi ni ya.


Donut Pesona
Sumber dari MyResepi

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cawan susu cair ( Rinn guna susu segar )
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut BIOSTAN ( Rinn gantikan dengan bread improver)

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian. (Rinn putar dengan mixer letrik jer.. )
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.


Muffin Coklat Kukus



Kali ni aku cuba buat lagi muffin coklat kukus guna resepi dari Maklang Azie. Yang sebelum ni guna resepi dari RinnChan. Adunan lebih kurang sama jer, cuma kali ni aku tak guna butter tapi guna minyak masak. Buat petang tadi merangkap ke esok hari untuk sarapan pagi hehehe. Hasilnya kali ni pun sama jer..lembut dan sedap jer masuk mulut. Meh... meh.. kita layan resepi ni dulu ya. Maklang, CT mintak izin CnP ya. Kita berkongsi resepi dengan kawan2 apa salahnya kan :D

Muffin Coklat Kukus
Resepi dari Maklang Azie

Bahan A:
2 cwn susu cair
1 cwn minyak atau 250g butter cair
1 3/4 cwn gula castor
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250gm tepung superfine atau tepung gandum
50gm serbuk koko
1 sudu teh bpowder
1 sudu teh sodium bikarbonat
1 sudu besar emulco

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisk saje
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin
3. Kukus selama 10 minit

Tips :
Utk dptkan muffin pecah 4 ni, air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dgn elok.

Tuesday, February 2, 2010

Pizza




Hoyehhhh..... Pizza sudah mariii. Kat rumah ni memang hantu pizza. Cuma my laling CM jer yang kurenggg sikit dengan pizza ni. First time ni aku cuba buat pizza, agak2 nya okey tak ni hehehe. Tapi hasilnya amat memuaskan kerana sedap dan adunan tu pun begitu lembuttt sangat.... Resepi ni sebenarnya untuk donat dari Hasue. Tapi setengah adunan aku buat pizza dan setengan adunan buat donat. Memang tak menghampakan anak2 pun suka, aku pun suka kerana menjadi juga akhir nya yehhhhhh!!! Topping tu aku bubuh ler apa2 jer yang ada kat dalam petisejuk tu. Janji siap dan sedap dan disukai anak2. Resepi di cilok dari dapur Hana sebab dah terbiasa dok skodeng dapur Hana malam2 hihihi. Terima Kasih Hasue dan juga Hana. Jom merasa sorang sikit ya, buat pun tak banyak guna dulang pizza 10 inci jer :D


Pizza
Resepi dari Hasue

Bahan-bahan:
500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tepung biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) -11gm
50 gm Marjerin
1 Sudu makan (penuh) Shortening (lelemak adunan)
2 Sudu makan (penuh) gula pasir
2 Sudu makan Tepung Susu (kalau tak ada, boleh gantikan dengan 2 sudu susu pekat)
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190 ml - 200 ml Air Suam2 kuku (bergantung pada kualiti tepung)

Cara-cara:
1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).
4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan.
6. Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je) Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan.
7. Setelah minyak agak panas (jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sebab adunan mengandungi telur).
8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...