Thursday, February 25, 2010

Bubur Pulut Hitam




Rasanya ramai yang gemar makan bubur pulut hitam. Tapi bagi yang tak gemar, tengok ajer lah ya. Ini pun salah satu dari bubur yang sangat aku gemari. Ni kira macam resepi lama yang sedap dan tak hilang dek zaman. Jangan lupa untuk memberitahu pada anak2 dan cucu2 kita inilah salah satu resepi warisan yang perlu kita kekalkan sampai bila2. Tapi kalau kita tanya pada anak2 kita, pandai tak masak bubur ni, aku rasa anak dara aku mesti pandai ketawa je. Memang nak kenalah kalau macam tu. Resepi ni senang jer dan mesti semua dah tahu. Tapi aku sharekan jugalah resepi ni disini, resepi dari Cik Mat Gebu. Boleh ya Mattttt.... :D


Bubur Pulut Hitam
Resepi dari Cik Mat Gebu

Bahan-Bahan:
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam 3 - 4 jam
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

Cara-cara:
1. Rebus pulut hitam dengan air yang banyak hingga betul2 kembang. (mat guna pressure cooker je, ambil masa dalam 20 minit untuk kembang).
2. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Asingkan. Tuang pula 800ml air dan ramas, perah untuk santan cair.
3. Bila pulut hitam tadi kembang, tuang santan cair. Masukkan gula, daun pandan dan garam, masak hingga mendidih sambil terus dikacau hingga masak.
4. UNTUK MENGHIDANG: Ceduk bubur pulut hitam dalam mangkuk, kemudian tuang satu camca besar pati santan sebelum menghidang.....selamat mencuba!!!


8 comments:

  1. teringat kat nyeh, suka bubur ni!!huhu

    ReplyDelete
  2. Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

    ReplyDelete
  3. ct ni mmg berseni orgnye...untung cm tau :)

    tepat sekali petua org lama ~ pikat suami dgn masakkan dari air tgn sendiri.tp mesti masakkan yg sedap takan goreng ikan masin jek :p

    *ikan masin takyah siang kan :)

    ReplyDelete
  4. tq kak ct..blog yg byk cgt info tetg mskn, yg blh jd panduan utk sye..tq sbb blog ni sgt2 mbantu saye ^_^ nk try wat bubur ni..nampak menggiurkan..hehe....tq kak ^_^

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. nasib baik ada orang tak kedekut mengongsi resipi. Esok nak masak bubur. Harap2 semua orang suka. TK3

    ReplyDelete
  6. nk tanya ckit...santan dalam kotak tu boleh mkn terus x?nk buat pulut hitam ni guna santan kotak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...