Thursday, February 18, 2010

Bubur Som Som




Salam untuk semua teman2 yang jauh mahu pun dekat. Sekarang ni kat mana2 pun cuaca panas berbahang semacam aje kan. Tapi itu semua ada hikmahnya, jangan merungut, tak baikkan. Oleh kerana cuaca yg macam ni, jadi kenalah buat dessert untuk sejukkan tekak. Buat bubur som som ni request dari my laling CM, teringin nak makan bubur som som katanya. Rasanya memang dah lama juga tak buat bubur som som ni. Tapi kalau buat pun memang tak bole sikit2 kat rumah ni, madang tak cukup aje, sebab semuanya suka makan hehehe. Bila makan sejuk2 perghhh.... syok jer masuk kat tekak. Ni pun buat dua loyang sebab nak bagi kat adik satu loyang. Bila makan teringat arwah mak, dulu pun arwah memang suka makan bubur som som ni. Rasanya yg lemak2 campur manis sikit, lembut memang sedap. Resepi ni aku ambil dari dapur RinnChan, terima kasih ya Rinn. Selalu juga intai ke dapur Rinn kalau nak cari resepi yang sedap2 hehehe. Jom kita layan tekak dengan dessert pulak ya. Kita makan duluuuuu...!


Bubur Som Som
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee (Tepung pulut pun ok, kalau tak ada.. guna semua tepung beras)
1 camca teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula:
2 ketul gula kabong atau 150 gm gula merah
250 ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah untuk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti.


12 comments:

  1. CT, sedapnyaaa...lama x makan, selalu kalau buatpun bila bulan pose jek..hehee..ada lg x...nak bedal 2 mgkuk boleh?

    ReplyDelete
  2. teringat bulan posa suke la membuatnya....boleh gak senang2 ni kacau je kan...

    ReplyDelete
  3. Kita sangatlah suka makanan ni cik CT oooiii... tapi sudah agak lama....errr, memang lama tak buat..

    ReplyDelete
  4. Terliurlah pulak tgk bubur cik ct ni...bentuk hati plak tu...nak semangkuk...

    ReplyDelete
  5. Ummi :
    k.ummi...ada tinggal sikitttt jer kak. meh cepat kalau lambat kang CM dah bedal kasi abis hehehe.

    ReplyDelete
  6. Sonata anak kancil :
    ya lah..bulan pose jer yang selalu buat macam ni kan. Lor ni musim panas sangat tu yang kita buat :D

    ReplyDelete
  7. geraugebang :
    gerau pun suka gak ker bubur som2 ni. ingat ct jer hehehe. tapi memang sedap makan time panas2 macam sekarang kan. cuba lah sedap ni gerau.

    ReplyDelete
  8. azian :
    hati melambang kan kasih sayang pada keluarga ni azian, tu yang ct buat hehehe. saje buat sebab hubby teringin nak makan kata nya.

    ReplyDelete
  9. hehehe

    Orang Johor memang takleh lari dari kueh tradisional ini kannns...

    Pembuka selera di cuaca yang panas terik ini .

    Kak ct, kebetulan.. semalam pun saya buat. Masukkan dlm esbox, pastu makan masa sejuk . fuhhhh.... lega !

    ReplyDelete
  10. Linda :
    ya lah linda manisss... makan masa keluar dr esbok lagi powerrrr! hehehe. kat rumah ni tak cukup tau linda.kalau linda ada lagi bak kat k.ct sikit :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...