Saturday, February 27, 2010

Ikan Masak Kicap




Salam mesra untuk semua moga ceria selalu. Hari ni aku update hidangan harian je iaitu lauk ikan masak kicap. Lauk ni aku masak semalam sebenarnya tapi nak masukkan semalam tak berkesempatan. Jadi menu ni kira dah habislah ya, terlewatlah sesapa yg berhajat nak merasa hehehe. Oleh kerana kat rumah ni anak2 bujang tak makan ikan dan yg tak bujang pula tak gemar ikan tenggiri, jadi aku guna ikan tongkol jer lah. Resepi ni dari Mat Gebu, senang dan amat mudah nak menyediakannya. Rasanya minggu ni banyak resepi dari Mat Gebu. Harap Mat tak kisah dan K.CT pun tak kisah hehehe. Aku CnP resepi ni dari dapur Mat ya :D

Ikan Masak Kicap
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-Bahannya:
5 keping potongan ikan ikan tenggiri # (CT guna ikan tongkol)
1/2 camca teh kunyit serbuk #
Secubit garam #
2 biji bawang besar, dipotong bulat
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 biji cili merah, hiris menyerong besar2
1 inci kulit kayu manis*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
3 kelopak bunga lawang*
1 camca besar sos tiram
1 camca teh cuka makan
1 cawan kicap manis
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 biji kentang, potong berbaji dan goreng garing
1 biji tomato, belah 6 (jika suka)
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Kacang Buncis - di potong2 (ct tambah)
(Bahan bertanda # : disatukan dan perap 10 minit)
(Bahan bertanda * : rempah tumis)

Cara-cara:
1. Goreng ikan tenggiri tadi hingga kuning keemasan tetapi tidak garing, masih lembap. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali sama, keluarkan minyak gorengan ikan tadi hingga tinggal 2 camca besar, tumis rempah tumis, bawang putih dan halia hingga harum. Gunakan api sederhana. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan cuka makan, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/2 cawan) dan kicap manis. Biar mendidih baru dimasukkan ikan goreng tadi bersama2 hirisan bawang besar dan cili merah. Biar masak hingga kuah sedikit pekat.
3. Kemudian masukkan kentang goreng dan tomato, gaul rata dan bila tomato lembut sedikit, boleh angkat dan hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat atau pun bubur nasi.


3 comments:

  1. tak pernah msk ikan kicap letak tomato and buncis. mesti lg sedap kan. nak kena cuba resipi kak CT ni nanti!!!

    ReplyDelete
  2. ain :
    Ini salah satu lauk kegemaran CM ni ain :) Kalau letak tahu goreng pun sedap gak.

    ReplyDelete
  3. bolehlah buat dah lama tak buat ikan masak kicap ni hehehhe budak2 sure suka tak pedas :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...