Wednesday, March 17, 2010

Muffin Pandan




Lama gak tak buat muffin kat umah ni, rasanya ini yang pertama dalam tahun ni kot hehehe. Saja buat utk anak2 time cuti-cuti sekolah ni. Resepi ni aku amik dari FB RinnChan dan sumbernya dari Cari.com, terima kasih banyak2. Oleh kerana stok paperliners dah abis, aku guna lah papercup yang besor2 tu, hasilnya dapatlah angaran dalam 10 biji. Topping lak guna bahan yang sedia ada kat dapur, aku tabur kismis jer buat bunga atas dia ekekeke. Banyak harum bila bakar muffin ni, harum bau pandan emm...wangi jer :D


Muffin Pandan
Sumber dari Cari.com

Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
1 1/2 susu kecil baking powder
1/2 susu kecil soda bikabonat
1/2 susu kecil garam halus
120 gm gula castor
200 ml santan kelapa (CT guna santan dalam kotak)
100 ml minyak jagung
2 biji telur
*1 susu kecil pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 sudu kecil pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200 ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

4 comments:

  1. sure anak2nya seronok dapat ibu mcm ni...ada je kuih muih yang sedap2 kat rumah...hehe

    ReplyDelete
  2. salam..ermm best nyer nak copy paste resepi ekkk..nak taruk kat blog..nanti umi show lah link blog ni leh ekkk salam

    ReplyDelete
  3. salam kak ct...wah sedapnya tengok muffin pandan tu!!menjadi elok je muffin tu,cantik.kalau ima buat selalunya tak puas hati...bolehlah cuba resepi ni pulak...hehe

    ReplyDelete
  4. salam kak ct nk tnya... klu resepi ni, dpt brapa biji muffin... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...