Monday, March 15, 2010

Roti Jala




Siapa suka makan roti jala, meh kita menjala sama2 cepat sikit habis ekekeke. Siapa yang tak suka makan mesti rugi, macam aku lah. Tapi roti jalanya aku makan, cuma kuah kari jer aku tolak tepi. Masih bole makan dengan kuah lain pun kan hehehe. Buat roti jala ni haritu lagi cuma tak kesempatan nak masukkan dalam Dapur CT ni jer. Masa tu dok sibuk dengan anak dara yang nak amik result SPM dia. Jadi sumenya tergendala nak buat, baru ni lah ada masa nak masukkannya. Sori bebanyaklah ya, dah abis pun roti jala ni, tak yah mintaklah erk hehehe.


Roti Jala
Sumber dari MyResipi

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak (CT tambah)
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu teh garam

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
2. Perap dalam 1/2 jam. Sediakan kuali & acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
3. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit. Sedap dimakan bersama kari ayam.


5 comments:

  1. Salam CT

    Nak sepiring roti jala tu boleh tak? Lama tak makan.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. mamazizah:

    mama...rindunya lama x keudara ni.bole jer untuk mama nanti ct buat lagi ya hehehe.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak CT,
    Aish kari tolak tepi? tolak mai pinggan kite pon takpe kak CT...kite rela.hahhaa

    ReplyDelete
  4. Hi KakCT, hru doing???

    Cantik dan kemas je akak menjala eh! nice nice...uiks dah abis yer? hehehe ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...