Thursday, April 22, 2010

Kuih Lapis Pisang




Aaacuuuhhhh..!! Adehhh.... terus selsema bila masuk dapur Che CT ni. Berhabuk dan bersawang dah, maklum ler lama sangat tak masuk dapur ni... hehehe. Apa tak nya Che CT bz dengan berkebun di farmville dan cafe world jer.... hahaha. Bukan lupa nak jengah dan nak update di Dapur CT, ingatttt. Cuma malas nak letak masakkan yang sama jer setiap kali. Semua resepi dah ada disenarai Dapur CT. Rindu juga nak bersembang dengan kawan2 semua, rindu dengan resepi2 baru dari kawan2 juga. Ada juga singgah dan menjengah ke blog masakan kawan2 cuma tak tinggal jejak jer.... hehehe. Lagi pun 3 ari lepas laptop tak bole nak on9, jadinya tertangguh lah lagi nak masukkan resepi. Okey... untuk sekian kali ni aku cuba resepi kuih lapis pisang amik dari buku masakkan Talam & Kuih Lapis. Ada kelainan sikit dalam resepi kuih lapis ni, ada campuran pisang dalam tu. Kali ni mencuba resepi lain sikit, pasti sedap tak salah kalau mencuba kan. Kali ni kena taip lah sebab amik dari buku kannn... jenuh nak menaip ni hehehe.


Kuih Lapis Pisang
Sumber dari Talam & Kuih lapis

Bahan A:
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard/jagung (CT guna tepung jagung)
1 sudu teh garam

Bahan B:
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek halus
1/4 cawan air

Bahan C:
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah dan kuning

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada loyang. (CT letak plastik supaya senang nak keluarkan kuih nanti).
2. Gaulkan bahan A sehingga sebati. Tapiskan (CT blender dan tapis). Bahagikan kepada dua bahagian.
3. Campurkan bahan B dalam bahagian pertama dan kacau rata.
4. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan setengah cawan air. Gaulkan dengan sebati.
5. Panaskan loyang sekejap dan tuangkan satu senduk adunan B dan kukus selama 10 minit.
6. Lapiskan pula satu senduk adunan C dan kukus selama 8 minit.
7. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis.
8. Biarkan betul2 sejuk dahulu baru lah boleh dipotong.
* adunan yang dicampur dengan pisang CT letak sedikit perwarna kuning.


Saturday, April 3, 2010

Cendol




Perghhhh..... rasa nyaman dan sejukkkkk jer bila cendol ni masuk kat tekak. Tambah2 lagi kat KL ni cuaca panas membahang . Dok dalam rumah pun bole berpeluh2, lagi ler kalau jalan2 kat luar. Tu yang tergerak nak buat air cendol ni haaa.... Jom ler merasa sorang 2-3 sudu ehh.. . aku buat pun sikit jer hehehe. Sila... sila... jangan teragak2 nak merasa, gerenti dijamin halal ekekeke. Resepi cendol senang jer nak sediakan, tapi tak per aku carikan dan kongsikan di Dapur CT ni jugalah ya. Terima kasih dan mintak izin letak resepi cendol di sini ya Noreen.


Cendol
Resepi dari Noreen-homecooking

Bahan-bahan:
Cendol
kacang merah dalam tin #
Jagung #
Cincau #
Santan dicampurkan sedikit garam
Ais kiub
(Bahan bertanda#, yang ni CT tambah)

Bahan air gula:
300 gm gula melaka - dicincang
100 gm gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
1. untuk membuat air gula, jerang semua bahan hingga gula larut. biar sejuk.
2. untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, kacang merah, jagung krim, cincau dan tambah kiub ais.
3. tuangkan santan bercampur garam dan air gula dah boleh ler minum.


Thursday, April 1, 2010

Ayam Ungkep




Hari2 asik masak lauk ayam, ayam dan ayammm jer hehehe. Dah malas nak pikir2 nak masak apa dah. Kalau masak lauk ikan anak2 bujang tak akan pandang ekor mata pun. Tapi kalau ayam gerenti licin walau masak 1 ekor ekekeke. Kali ni nak mencuba resepi ayam ungkep dari Fida Daud di Myresepi. Nak kenakan dengan nasi beringin tu. Walau pun lom pernah makan dan masak, tak salah kalau kita mencuba kan. Kalau tak cuba tak tau akan kesedapannya. Jadi bila dah cuba baru lah tau sedap gak lauk ayam ungkep ni. Nom.... nom... nom... nommm macam kat cafe worlds lak erk hehehe.


Ayam Ungkep
Sumber dari Fida Daud di MyResepi.com

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 8,10 atau 12 (CT potong kecik2 jer)
30 - 40 gm ketumbar - dikisar halus (CT letak 2 sudu besar rata)
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit (CT tambah yg ni)
3 sudu makan gula- saya guna 1 1/2 sudu
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
2.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih serai dan daun kunyit.
3.Apabila tumisan telah betul-betul kering / garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
4.Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
5.Masukkan air. Gaul lagi.
6.Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
7. AKhir sekali masukkan kentang yg telah siap digoreng. Siap.


Nasi Beringin




Ewahhhhh.... nasi beringin ni dah sampai keDapur CT nampaknya. Memang lama dah nak cuba buat nasi ni. Tercapai gak hajat dihati dan ini adalah first time aku makan nasi beringin ni (macam jakun lak aku ni erk hehehe). Bole tahan sama jer macam nasi2 yang lain. Masa masak nasi ni anak dara aku tengah berpuasa, tak leh tahan bau aroma nasi masuk dalam lobang hidung hehehe. Memang harum tambah lapor pun ada time tu. Resepi aku amik dari dapur Ayu Singapura, terima kasih daun keladi ya Ayu memang sedap nasi ni. Kali ni aku panjangkan pula resepi dari Ayu, nasi beringin ni di Dapur CT pulak ya.


Nasi Beringin
Resepi dari Ayu
Sources: From warisan nenek@mesra.net

Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmathi
41/2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 batang serai (mayang bulat nipis2) #
5 ulas bawang merah (mayang nipis2)
ulas bawng putih (mayang nipis) #
3 cm halia (ditumbuk lumat) #
4 helai daun pandan
2 cm kulit manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
5 butis biji halba
garam secukupnya
(Bahan bertanda#, CT tumbuk halus)

Cara-cara:
1. Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi.
3. Masukkan halia, rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras sengan santan dan masak seperti biasa.
5. Karih @ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari & sambal udang/sotong kering.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...