Sunday, February 20, 2011

Donut Lembut




Kalau selalu makan donat agak2 nya bole naik tak badan CT ni...hahaha. Ya ampunnn...dah kecik tu jangan perasan lah nak gebus macam donut pulak.. hahaha. Ini lah hasil kerja tangan CT semasa anak2 cuti kat rumah. Donat ni memang selalu CT buat guna resipi dari HaSue. Senang, ringkas dan mudah nak menyediakan nya. Siapa nak kerja susah2 kan, semua tak mahu. Tapi kalau ada yang mahu... eloklah tu rajin namanya. CT tak lah serajin mana pun, sekadar buat suka2 tu okey lah ..hihihi. Donat ni memang lembut kalau setakat makan 3 ketul lah memang tak cukup kot rasanya. Kalau CT 5 ketul tu dah cukup lah... hehehe. Okey lah resipi dah ada kat senarai Dapur CT tu, tapi hari ni rajin CT c&p jer dari blog HaSue. Terima kasih daun keladi, kalau resipi yang sedap ni berulang kali nak buat lagi...ngeeeee.


Donut Lembut
Resipi dari HaSue

Bahan-bahan:
500 gm Tepung gandum berprotein tinggi (guna tepung biasa pun ok)
1 Peket yis segera -11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
50 gm Marjerin
1 Sudu makan (penuh) Shortening (lelemak adunan) - Letak lebih sikit pun takpe
2 Sudu makan (penuh) gula pasir
2 Sudu makan susu pekat / 2 sudu makan susu tepung (ikut citarasa) - Letak kedua2 lagi sedap
1 Biji telur - dipukul sekejap
1/2 Sudu teh garam
Gula halus atau topping kegemaran anda
190 ml - 200 ml air suam2 kuku (bergantung pada kualiti tepung)

Cara-cara:
1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi 2.

6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je) Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

7. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jangan terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng (sebab adunan mengandungi telur).

8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.


4 comments:

  1. gebusnya nampak donut akak tuu..comel sangat laaa..
    sue dah lama x mendonut kak...pas bersalin aritu x pernah lg wat donut..bila laa nak mendonut nih..anak2 dah tanya haa
    suka bila akak ada update blog nih..hehe

    ReplyDelete
  2. HaSue:

    Baby dan Sue sihatlah hendaknya ya. K.ct mmg suka buat donat gun resipi dari Sue ni. senang dan cepat nak siap. Terima kasihlah sudi singgah Dapur CT ni walau pun dah hampir nak bersawang dah Sue...hihi

    ReplyDelete
  3. hi there, boleh tanya, agak2 brapa banyak donut yg dihasilkan ye?
    hehe tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...