Sunday, February 20, 2011

Opor Sotong




Pertama kali CT masak Opor Sotong ni sejak bergelar isteri. Pelik tapi benar ... hehehe. Sebelum ni ada gak lah makan opor tapi opor nangka. Tapi bukan CT yang masak, arwah mak yang masak memang sedap. Sesedap macamana pun kita masak, hasil air tangan ibu lagi sedap dari kita kan. Yang CT tahu lah kan, bila dah masak lauk opor ni kalau makan esoknya baru sedap. Sebab dah serap rempah2 kat lauk tu. Lauk opor ni selalunya memang banyak guna rempah2 dan bahan2 yang lain. Agak cerewet juga lah kalau nak masak. Tapi yang CT cuba masak opor sotong resipi dari Yatie, memang senang dan sedap. Sampai my laling CM dah tengah2 malam masih cari lagi lauk ni dan makan lagi... hehehe. Alhamdulillah dan terima kasih buat Yatie kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Lain kali CT nak cuba guna udang atau ayam pulak, cubalah dulu mana tahu sedap juga kannn.


OPOR SOTONG
Resipi dari Yatie

Bahan-bahan:
1 kg sotong - di cuci, rebus sekejap dan toskan
2 sudu besar serbuk besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang putih - di kisar
1 biji bawang besar - di kisar
1 inci kunyit hidup - di kisar
1 inci halia - di kisar
15 tangkai cili kering (5 sudu besar cili kisar)
1 inci lengkuas - di titik 1 batang serai - di titik
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak untuk menumis

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
3. Masukkan lengkuas, serai, kerisik dan daun limau purut, masak hingga wangi.
4. Tuangkan santan dan masak hingga mendidih.
5. Biarkan pekat dan akhir sekali masukkan sotong.
6. Gaul sebati dan matikan api. Bolehlah di hidangkan.


6 comments:

  1. sotong tu cam lauk lemak ker cuma dia cam cair jer sket :-/

    ReplyDelete
  2. Salam Ct,
    Tadi baru nampak sotong opor kat rumah Cik Mat Gebu, ni kat rumah CT lak......waaaaa kena cuba la nanti..

    ReplyDelete
  3. CT...nmpknya akak boleh tgk je sb anak akak tak boleh makan sotong selain di goreng tepung dan masak hitam. Tunggu dia bujang kot...hehe..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sy selalu gak masak macam neh tapi taktau plak namernyer opor sotong..hiks..tapi sedap gak kan masak macam nehh...hermmmmm..

    ReplyDelete
  6. sungguh menyelerakan tak pernah msk sotong opor.. must try to do it one day.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...