Saturday, April 9, 2011

Kek Gulung Kasih



Assalamulaikum... Sentiasa selitkan senyuman agar masakan yang kita masak itu akan sedap dan memberi keberkatan utk orang yang memakannya...alhamdulillah. Resipi kek gulung kasih ni CT buat petang semalam. Tak pernah buat kek yang bergulung2 ni, ini first time CT buat. Itu lah dah lama nak cuba, tapi macam tak berapa yakin bila nak menggulung tu takut melekat. Haaa... macam kek gulung ni lah, dimana silapnya CT tak tahu. Tapi insyaAllah CT akan cuba lagi sampai berjaya. Bukan sekali kita gagal akan terus gagal sampai bila2 kan. Dimana ada kemahuan pasti disitu akan ada jalan penyelesaiannya, betul tak!.. hihihi. Orang lain dah lama membuatya tapi CT baru nak buat, asik ketinggalan aje. Apa yang penting niat kita nak mencuba, itu yang PENTING kannnn. Jom tengok resipi tapi kalau nak tengok langkah2 buat kek ni bole lihat di blog Dayang Jack ya. Terima kasih pada Dayang kerana berkongsi resipi yang sedap ni :))


Kek Gulung Kasih
Sumber dari Dayang Jack

Bahan-bahan :
70 gm tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 gm gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning (CT guna kale biru, pink dan kuning)
CT letak jem blueberry - nak letak jem lain pun bole juga.

Cara-cara:
1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
9. Gulung kek dengan kemas.
10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

14 comments:

  1. As'salam kak Ct..amboiii seklai muncul bukan main dgn kek gulung yg cantik ni...mmg npk kemas je gulungannya itu....menjadi betul leee..nak sikitttt

    ReplyDelete
  2. sedaapppnyer..resepi lain slain kek ada x?

    ReplyDelete
  3. sedappppyea....dah lah tengah lapa nie...wuahhhhh

    ReplyDelete
  4. salam kak ct..wawawaaaa...cantiknyaaa!!!...

    ReplyDelete
  5. Sheila ~ k.ct tak pasti kek ni digulung kemas atau tidak. mcm tak puas hati lagi ni sbb dapat kecik jer kek ni. biasalah oven comel jer kat rumah ni. apa pun tr kasih ya sheila.

    ReplyDelete
  6. Norul ~ terima kasih ya Norul. apa pun kena berterima kasih jg pada tuan punya resipi DjDayang tu..hihihi

    ReplyDelete
  7. Eynan ~ cubalah mesti akan dapat merasai kesedapan kek ni. ada awak cari kat senarai resipi kek tu ya :D

    ReplyDelete
  8. melati ~ lorrr..siannya. k.ct nak menjamu pun dah habis lah, maaf lah ya..hihihi

    ReplyDelete
  9. Mat Gebu ~ wa'alaikumusalam Mat. alahhh malulah k.ct. k.ct tak berapa pandai lg ni mat. cukup sekadar makan ank beranak lepas lah kot. Tapi senang2 nnt nak kena cuba buat lagi ni Mat, tu hari tak cukup..hehehe.

    baru first time buat masih memerlukan kemahiran lagi bab2 mengulung tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. Cantiknya kek gulung Kak CT ni.. So very colourful.. mcm ala-ala citer Rio lak.. heheh I likeee.. :)

    ReplyDelete
  11. salammmm..
    canteknya.. mcm x sampai ati je nak makan..

    ReplyDelete
  12. waaaaaaaaaaaaaa iLikeee..errkk ada lagi takkkk?? hihi....nak cilok resepi yoo omak! hihi...tnx xoxo.

    ramadan kareem <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...