Monday, April 25, 2011

Kuih Lopes




Assalamulaikum.... Salam mesra dan salam penuh keceriaan buat semua pengunjung2 Dapur CT. Hari ni dengan rajinnya CT buat kuih lopes untuk hidangan seisi keluarga. Kalau kat kampung ni MIL CT mesti buat lopes dengan membungkus dalam daun pisang dan merebus nya. Kita yang duduk di Kota ni kalau nak buat cara tu pun boleh ajer. Cuma bagi kita2 ni semuanya nak cepat dan express kan... hehehe. Oleh itu, CT tidak menggunakan daun pisang untuk membuat lopes ni, main kukus jer beras pulut tu dalam loyang, cepat dan tak perlu banyak2 kerja. Resipi ni sumber dari Tulip77 dari MyResipi. Terima kasih pada yang memberi resipi yang mudah dan simple nak menyediakannnya ni. CT memang suka kuih lopes ni makan 2-3 keping belum tentu kenyang... hehehe.


Kuih Lopes
Resipi dari MyResipi

Bahan-bahan: ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 sudu teht garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam (CT kukus sekejap kelapa parut tu)

Air gula:
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
1 helai daun pandan - simpul (CT tambah)

Cara-cara:
1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Lepas tu, masukkan santan dan air pandan kukus lagi selama 30 minit.
2. Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik / daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar boleh kurangkan gula.


11 comments:

  1. Assalamualaikum CT, waaaaaaaahh kuih fav akak niiihhhh....sekarang gak akak datang ke rumah eh....hehe...(*psst, mmg nak pi KL jagpi nak hantar Najiha ke Shah Alam..hehe)

    ReplyDelete
  2. Assalam CT...ni pun akak suka gak..selalu kalau makan tak payah letak gula..sakit gigi..

    ReplyDelete
  3. akakkkkkk.. kuih ni zura suka sgt2.. nak nak nak...

    Pssttt.. br perasan profile picture akak pegang senduk tu.. ekeke.. serius kiut giler.. leh jadik model lah kak.. =)

    ReplyDelete
  4. Waaa...kuih peberet kak cek ni...sedapnya...kak cek nak seketul...ada lagi ke....nyum..nyum....

    ReplyDelete
  5. akak ct.. saya sayang akak ct.. hehehe.. nak nyanyi lak..

    akak.. anak saya nampak gambo ni kat lappy terus kata nak ni ummi nak ni.. saya pun cakap la, nah makan gambbo ni. sedap tak? hehee..bagus punya ummi.. adehh sedapnya..saya suke kuih ni!!

    ReplyDelete
  6. Kak Ummi ~

    Wa'alaikumusalam kak ummi..ya ni pun fav ct juga kak. pantang nampak mesti suka nak makan.. hehe.


    Oh nak gi KL ker..? kalau dapat jumpa mesti best ni borak2 sakan.. hihihi. Semoga urusannya dipermudahkan ya kak ummi :D

    ReplyDelete
  7. Nazrah ~

    Wa'alaikumusalam kak nazrah. oh.. tak bole makan benda2 yang manis lah ni, kalau tak ada sirap tak kaw lah kak bila makan... hihihi.



    Zura ~

    sorilah dah pinis lah zura k.ct yang perabis kan tadi... huhuhu. kak CT cuma boleh jadi 'model' pada Che Mat jer.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Cik Cek ~

    kuih2 lama ni kak Cek mana yang tak sedapnya, semuanya sedap lagi2 kalau mak2 kita yang buat, berebutlah kita nak makan kan zaman kita kecik2 dulu.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Izah ~

    Tadi nyanyi lagu apa izah, kak ct lupa nak pasang speker lah kat laptop, tu yang tak dengar sangat... hehehe.

    Lor macam tu sekali ker, abis dah buat kan tak untuk anak yang nak makan tu..sianya dia :D

    ReplyDelete
  10. nyumm sedappp, suka letak air gula byk2...haha,

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah..favourite saya tu..kalau emak saya pun dia bungkus dengan daun pisang, punyalah lamanya dia masak pulut tu, sampaikan dah tak nampak butir2 pulut tu, jadi licin, kuahnya juga pekat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...