
Assalamualaikum... Sejak2 ni tekak nak makan macam2 jer. Bukannya apa sangat, sekadar ingin melayan tekak yang teringin nak makan ikan sepat masin. Hari minggu lepas pegi pasar tani danau kota CT belilah 2 ekor. Memang lama sangat CT tak makan ikan sepat ni tau. Kat rumah memang tak ada yang gemar makan ikan sepat masin kecuali CT. Lepas masak terus tak tunggu lama2, nasi dah masak awal2 apa lagi teruslah baca Bismillah... kita makannnn duluuu !! hehehe. Emm... seedappp ! cap jempol kat lauk ikan sepat masin ni sebab ada rasa masam, masin dan manis2 sikit. Resipi ni CT amik dari Ros jintanmanis, terima kasih ya Ros, Kak CT cnp dan letak di Dapur CT ya. BarakAllah... Alhamdulillah ... kenyang sudah :D
Lemak Cili Padi Ikan Sepat + Nenas
Resipi dari Ros Jintanmanis
Bahan-bahan:
3 ekor ikan masin sepat - di potong 2 (CT rendam dulu 10 minit dengan air garam)
1/4 biji nenas - dipotong nipis1 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6 - 8 biji cili padi (CT letak 10 biji cili padi kampung.. pedas wooo :D)
1 cawan santan + 1 cawan air
1 keping asam gelugor
Sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk (CT guna kunyit hidup)
Garam (Jika perlu)
Cara-cara:
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.


assalam kak ct,menu yg menyelerakan...lagi pedas lagi sodap msk lomak ni kak...maunya bertambah2 nasi ni..hehe
ReplyDeleteaduhhhh kak ct ,terus menitik² airliur kat kibod ahahah
ReplyDeleteAssallamualaikum Kak Ct...
ReplyDeleteKak lauk ni, mak Naz di kg suka masak.. Mmg umphhh!! Cili api tu biar lebih2 kasi berasap telinga... Baru best.. Akak makan sorang2 ye.. Len kali ajak Naz kalau lauk mcm ni..hehehe..
kak ct..
ReplyDeletekalau lah lauk nie di depan mata.. ayu boleh tambah nasi panas 2 kali tau..
sedapnya...menyelerakan lah kak CT..
amboiii kak ct sedappp tu, lapor terus perut sy..esok cuti, nak buatlah..
ReplyDeleteNieza ~
ReplyDeleteWa'alaikumusam Nieza.. memang pun masa kak ct makan tu nak tambah gak nasi, tapi kena ingat lah orang2 dibelakang yang masih belum makan nasi tika itu.. hihihi
Jiejah @ Iza ~
ReplyDeleteIza... hahaha. ehh jangan lah macam tu sekali kalau kecur, hujung minggu boleh lah masak tuk menu keluarga ehh :D
Naz ~
ReplyDeleteIngat tak ada yang sudi lauk macam ni, sebab tu lah kak ct makan sorang2 jer.. hehehe
Citarasa Rinduan ~
ReplyDeleteAyu... sememangnya lauk2 macam ni kalau sesekali masak memang membangkit selera. tambah pulak ada ulam2 dengan sambal belacannnnn! perghhh pengsan kalau makan.. hehehe
Sal Saari ~
ReplyDeleteApa lagi Sal..hujung minggu ni masak lah lebih2 sikit, kalau baik hati tapau kan kak ct sikit ehh. Tu hari tak puas lah makan.. hehehe
lauk kampung cam ni mmg sedap..tengok gmbar je dah telan air liur daa kak..mau mkn bertambah2 nie..lamanya tak mkn ikan sepat masin..
ReplyDeleteIza Akma ~
ReplyDeleteSalam akma, memang ya lah. kalau lauk2 kampung ni semestinya memang enak. tak jemu sebab masakkan orang lama semuanya sedap :D
apa kat cuti2 nanti borong ikan sepat masin kat kedai eh.. hihihi
menjengah blog dengan pelbagai menu masakan beri idea untuk memasak, tak adalah jenuh nak fikir nak masak apa dan nak bagi menu pada maid :D...harus cuba menu ini nanti..terimakasih
ReplyDeleteikan masin memang feberet maklong.. cuma, selalu maklong goreng je..
ReplyDeletelepas ni bolehlah pelbagaikan resepinya..
terima kasih CT.. sebab kongsi resepi ni..
sedapnya masak lemak tu...
ReplyDeleteterliur mas tengok....
masak lemak cenggini mmg bertambah pinggan nasi ni, siap hirup kuah..hee, pastu tkut naik scale:D
ReplyDeleteIXORAROXI ~
ReplyDeleteKadang2 memang dah tak tahu nak masak apa rozi, setiap hari kita masak dan setia hari juga lah lauk akan berubah setiap masa. Pening juga kalau nak pikir asal masak ni kan... hihihi Asalkan hidangan yang kita sediakan mendapat keberkataan buat keluarga tersayang :D
Along Maklong ~
ReplyDeleteCT suka ikan ni kalau dimasak macam ni jer maklong, kalau nak goreng cari ikan gelama atau yang lain lah... hihihi
Semoga resipi ni dapat memberi menu baru dalam keluarga maklong ya :D
Mas ~
ReplyDeleteMas suka gak ker. kak ct suka tapi tak bolehlah makan selalu kena jaga kesihatan ni Mas :D
Mamma Olyn ~
ReplyDeleteitu dah semestinya Olyn, tapi masa kak ct makan takut nak tambah nasi, kang orang belakang tak dapat nak makan nasi pulak... hihihi