Sunday, April 24, 2011

Masak Lemak Pucuk Manis




Assalamulaikum... salam hujung minggu buat semua. Alhamdulillah... my laling CM dah beransur sihat, terima kasih pada semua kawan2 yang sudi mendoakan buat suami CT. Berbalik pada menu dihari minggu ni, CT masak lemak pucuk manis + keledek. Dah lama tak masak dan makan pucuk manis ni. Kebetulan semalam CT dan suami berbelanja barang dapur di Giant Batu Caves, kami berdua makan tengahari sekali kat situ. Masa tu lah CT ternampak lauk ni, emm.. tu yang tergerak nak masak sebab dah lama sangat tak makan... hehehe. Nak masak lauk ni tidak lah susah mana pun, memang simple saje nak menyediakan nya. CT lawan kan lauk lemak ni dengan ayam goreng kicap dan goreng ikan kerisi sekali untuk my laling CM... hihhi. Tak mengapalah CT letak jugalah resipi yang CT amik dari Blog Mat Gebu untuk di kongsikan bersama di Dapur CT ni. Terima kasih Mat untuk resipi ni, K. CT mintak dihalalkan C&P untuk menu ini di letak di Dapur CT ya.


Pucuk Manis Masak Lemak
Resipi dari Mat Gebu

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk manis, asingkan tangkai dan daun
2 biji keledek kawen, kaler oren, siang dan potong berbaji (CT guna keledek kuning)
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
200 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 batang cili merah- hiris (CT tambah)

Cara-cara:
1. Satukan santan cair, bawang merah, bawang putih, keledek dan udang kering, masak hingga mendidih. Masukkan pucuk manis, tapi sebelum tu, cuci, toskan dan ramas pucuk manis tadi sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Biar mendidih.
2. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kalau nak guna serbuk perasa pun ok.. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga keledek empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat sambal belacan dan ikan masin...


6 comments:

  1. hai kak CT
    saya mmg suke masak lemak ni...lemak2 kat badan pon menari2 dah ni...ekekkeke

    ReplyDelete
  2. wah......
    layan dgn ikan kering dan nasi panas2 ngam ko...

    kak CT, ayu pun suka boh dgn keledek... sedap ko

    ReplyDelete
  3. sedapnye lemak pucuk manis tu..ada keledek lagi..

    thanks so much kak ct sudi singgah blog nadia n follow..nadia baru jer berjinak dgn masak-masakan ni..baru bak aktif esp[ecially baking n dessert..byk nak belajar dgn kak ct ni..bole ker?..hehe salam perkenalan kak... :)

    ReplyDelete
  4. Hani ~

    Yalah kalau hari2 makan yang berlemak dah tentu lemak akan penuh satu badan.. hahaha.

    ReplyDelete
  5. Citarasa Rinduan~

    ayu.. k.ct pun suka makan lauk2 sebegini dengan ikan kering atau ikan goreng kunyit jer. pembangkit selera letaklah sambal belacan atau pun kerabu mangga..perghh sedappp!

    ReplyDelete
  6. Nadia ~

    Sama2 kasih diterima... hihihi. K.ct pun tak lah sehebat sifu2 yang dah handal tu Nadia. Kak ct pun masih merangkak2 lagi dalam bidang memasak ni. kita sama2 belajar dan dapat ilmu pun sama2 juga ya :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...