Assalamulaikum... Dah lama betul CT tak makan rendang daging. Bila dapat masak dan makan tadi macam dapat intan berlian jer seronoknya... hehehe. Maklum ler nak masak rendang ni kena sabar, tu yg kadang2 fikir dua tiga kali bila nak masak. lauk rendang ni kita boleh pelbagaikan dgn banyak jenis makanan. Makan dengan nasi impit boleh, pulut kuning boleh, nasi lemak boleh, pendek kata macam2 lah kan. Lagi satu, bila masak rendang ni baunya boleh merebak satu taman dengan keharuman daun kunyit dan daun limau purutnya ... wangiii jer. CT masak pun tak lah banyak mana sekadar masak untuk makan tengahari dan malam sekali. Beli daging pun tak banyak pun, cukup untuk hidangan keluarga jer. CT ni asik cakap jer sampai lupa pulak, resipi kali ni ada kelainannya. Rendang ni tak mengunakan rempah kari malah mengunakan rempah kurma. Dan CT juga tambah rempah 4 beradik dalam bahan ni. Memang lainlah sikit resipi ni, sedap pun ya juga. Lain kali boleh lah masak lagi resipi dari Melati dari MyResipi simple dan senang. Terima kasih buat tuan punya resipi ni.
Rendang Daging
Resipi dari MyResipi
Bahan-bahan: ( 5-6 orang )
1 kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik ( CT letak 2 sudu besar dan kerisik dibuat sendiri, lebih wangi dari yg dibeli segera di kedai)
1 biji kelapa - ambik santannyaGaram
Gula melaka / gula pasir
Sedikit air asam jawa
Rempah tumis 4 beradik (CT tambah)
Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 - 1/2 cm halia
1 - 1/2 cm lengkuas
15 - 20 biji cili kering
Bahan mayang:
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Cara-cara:
1. Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
hmmm....saya suka rendang...macam hari raya jer...
ReplyDeletesalam ct..
ReplyDeletewah.. dapat satu lagi resepi rendang yang lain dari yg biasa buat.. unik penggunaan rempah kurma tu.. nampak sedaplah ct.. bolehlah cuba resepi ni nanti. kena masuk list dululah ni sbb baru mlm tadi masak daging.. resepi ulangan aje.. asam kari daging resepi mat gebu.. hehehe..
re: betul tu ct.. kalau dlm rumah kita sorang je yg suka makan.. memang malas nak masak sbb tak berbaloi kan? tp rugilah sapa tak suka mkn rebungkan? dulu anak sy yg sulung pun tak suka rebung.. tp bila dipaksa suruh rasa dulu.. skrg baru dia tau kesedapan rebung.. hehe..
lauk evergreen dalam pinggan yang nostalgia.. terbaikkkk
ReplyDeleteWaaaaaaa CT merendang....semerbak setaman eh...mmg baupun sampai ke Kuantan nih...nak datang tumpang lunch la dgn cik abg kita...boleh kot...cukup x? hehhehe
ReplyDeleteMakan dgn pulut kuning ni.. layannn
ReplyDeleteNazrah Bakery ~
ReplyDeleteMacam nak raya ker Nazrah... hehehe. Tak semestinya masak rendang nak raya jer, hari2 biasa pun bole jer kan :D
MaDiHaA a.k.a Ratna ~
Ya boleh cuba ni ratna, ct pun first time cuba lain sikit lah rasa rendang ni dari yang biasa kita masak tu. resipi baru ni harus cuba untuk merasai kelainannya :D
izahdaut ~
ReplyDeleteya lah tu...hihihi. piring lama ni memang kena jaga digilap dan disimpan kerana dah menjadi satu khazanah warisan turun temurun ni izah... hihihi.
kalau pecah harus menjerit satu taman bole dengor... hahaha
Ummi ~
ReplyDeleteKak ummi, bisa dehhh.. wahhh omong indon lah pulak..hahaha. masih ke KL lagi ke kak ummi. Tapi kan daging rendang tu terlebih minyak lah pulak, puas dok membuang minyak tu.. hehehe
Zalina Basir ~
ReplyDeleteMama..kalau makan dengan pulut kuning memang lawan dia tu Mama. Ni yang macam gatai tangan jer nak buat pulut kuning pulak.. hehehe
lawo pinggan..kalau pandai masak macam CT memang boleh divariasikan resepi macam CT buat ni..nampak sedap, boleh cuba :)
ReplyDeletect kak ilah pun dtg bawa ikan masak cili ijaoo kita makan sama2 yaaa.. sedapnya lama tak makan rendang daging... sejak pening pusing 360 darjah kak ilah dah berhenti makan..cuma pantang jumpa mesti rasa..hahahaha..
ReplyDeleteIXORAROXI ~
ReplyDeletePinggan tu peninggalan arwah mak ct. Dulu tak tahu pun akan menjadi rebutan macam sekarang. Bila tahu jer ramai yang tercari2 pinggan dan piring lama ni, CT dok selongkar gobok dapur mak. Terjumpa masih ada lagi yang elok2.
CT pun masih belajar merangkak2 dari bawah juga, alhamdulillah kwn2 semua rajin memberi resipi yang mudah dan senang nak buat :D
ilahjy ~
ReplyDeleteLor..kenapa tak bole makan daging ker kak ilah, kenapa erk ? kalau tak bole makan daging tukar lah dengan ayam same jer rasanya kan :D
wahhh.. CT pun masak daging juga rupanya.. cuma lain2 resepinya.. maklong pun kena cuba juga wat rendang ni.. lain dari yang selalu maklong buat rendang..
ReplyDeleteAlong Maklong ~
ReplyDeletecubalah maklong, resipi ni ct rasa bole tahan juga sedapnya. sesekali kita ubah pulak guna rmpah kurma ya :D
Untuk pemesanan rendang online boleh dibuka http://rendangconnection.com lezat, cepat dan ringkas.. terimakasih!
ReplyDelete