Sunday, May 22, 2011

Apam Beras - The Third




Assalamualaikum... Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia, dapatlah kita bertemu kembali di hari minggu ini, hari untuk bermalas-malasan. Kalau rajin bolehlah keluar berjalan-jalan, sambil mencuci mata dan sambil-sambil tu bolehlah mencuci dompet sekali hehe. Tapi kalau malas duk ajelah melengkor macam ulor kat depan TV sambil makan apam macam kat atas ni. Bestnya dapat bermalas-malasan kan. Kalaulah setiap hari ialah hari minggu, kan ke best gitu hehehe.

Nampak gayanya ini kali yg ketiga CT mencuba buat apam beras ni. Yang kedua kali sebelum ni apam beras yg CT buat tak nak tersenyum langsung. Tapi yang kali ini, alhamdulillah... senyum juga akhirnya... senyum ada makna tuuu.. hihihi. CT suka makan apam beras ni, masih belum jelak lagi, jadi tak ada masalah untuk CT meng'apam' hehe. Okeylah... tak nak banyak bicara hari ni, nak pegi melengkor bermalas-malasan dulu... huhuhu. Resipi apam beras ni CT ambil dari Azita Kitchen. Resipi asal dari AmFlora.


Apam Beras
Resipi dari Azita Kitchen

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar*
3/4 cwn gula pasir* (*dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam (Tapi yg ni CT tak letak)

Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.



8 comments:

  1. cantik berseri2 la apam beras kak ct ni.......
    ok la tu dah nak senyum...
    lepas ni kalau akak buat lagi....mesti apam ni senyum mekar...

    ReplyDelete
  2. as-salam kak ct
    cantik dan comel2 apam tu kak...apam tu npk malu2 nak senyum...entah bila la ady nak buat apam beras ni..

    ReplyDelete
  3. kombinasi warna yang tepat, cantik jadinya..jeles i tengok :D

    ReplyDelete
  4. lama jugak kene perap ye kak ct.tapi hasilnya tetap berbaloi

    ReplyDelete
  5. gambar cun ler kak ct ,heehhehe sy pun dah lama tak buat apam

    ReplyDelete
  6. cantiknya kejadian apam ct ni..akak angkut 10 ketul.jgn marah hah..bagi sikit2 tak cukup..hehe

    ReplyDelete
  7. salam CT...lebih kurang sama macam apam snow white je kan...color yg cantik...buat berselera nk makan...minta sikit ya...

    ReplyDelete
  8. thnks syare resepi....mmg sdap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...