Monday, May 23, 2011

Asam Pedas DiRaja Johor




Assalamualaikum semua... menu apakah hari ini? haaa.. hari ni CT nak kongsikan resepi raja-raja gitu. Resepi ni bernama Asam Pedas DiRaja Johor. Sumber dari Rancangan Resipi Istana. Dan dikongsikan dari Kongsi Resipi. Terima kasih buat penyumbang resipi ni ya. Jangan buat main2 resipi istimewa ni. Bukan calang2 orang boleh masak tau.. hahaha. Bergurau aje, tapi memang ini lah resipi yang CT ingin kongsikan hasil pencarian di Gerobok Puan Google. Jika nak cerita pasal Istana Johor ni, sampai berkurun tak akan habis. Kenapa CT cakap macam ni.. sebabnyaaa.. CT memang membesar didalam barrack Istana Pasir Pelangi dan Istana Bukit Serene masa zaman CT kanak-kanak dulu. Arwah ibu bapa CT dulu memang duduk kat situ sebab arwah atok CT bekerja dengan Sultan Johor dari muda hinggalah ke akhir hayatnya. Orang luar memang susah nak masuk, dan akan kena soal macam2. siap kena bagi password lagi okehh hehehe. Tapi bagi kaum keluarga pekerja yg duduk kat dalam tu tak lah susah nak keluar masuk sebab askar timbalan setia yang jaga gate tu dah kenal muka kita yang femes ni hehe. Tapi sekarang dah tak boleh masuk lagi sebab dah tak ada lagi kaum keluarga yang bekerja dan duduk dalam tu. Cuma tinggal seorang je lagi pakcik CT yang masih kekal bekerja dengan Sultan Johor sampai sekarang. Okey..tak nak cerita panjang lebar kang jemu nak membaca kisah2 lama ni. Jom lah kalau ada yang nak cuba resipi Asam Pedas DiRaja Johor ni ya :D


ASAM PEDAS DIRAJA JOHOR
Sumber : Rancangan Resepi Istana
Resipi : Kongsi resipi


Bahan-Bahan: A
1 inci kunyit hidup *
1 inci halia *
Sedikit belacan - dibakar *
2 biji Bawang besar *
4 ulas Bawang putih * (* Kisar Halus)
2 cawan cili kering kisar

Bahan Lain:
Ikan merah - isi ikan 2 keping + kepala ikan
Air panas (ikut kehendak masing2 nak banyak mana air tu utk kuahnya)
2 batang serai - diketuk (CT blend jer)
2 keping asam gelugor (asam keping)
1 ikat daun kesom
2 biji tomato (dipotong 4)
1 batang bunga kantan - dibelah dua

Cara-caranya :
1. Lurutkan daun kesom dari batangnya. Batangnya diramas2 dalam bekas ikan dan rendam seketika. Ini untuk membuangkan bau hanyir ikan.
2. Jerang air untuk memasak asam pedas.
3. Blender bahan A sampai halus.
4. Panaskan kuali, letak minyak sedang-sedang, jangan sikit sangat jangan banyak sangat. agak2 je...
5. Tumiskan Bahan A dan cili kisar sampai naik bau, masukkan serai dan asam gelugor.
6. Masukkan garam dan ajinomoto (jika suka).
7. Gaul sehingga sebati dan tuangkan air panas. Masukkan daun kesom dan biarkan seketika.
8. Masukkan ikan, tomato, dan bunga kantan...tunggu sehingga mendidih..
9. Jangan biarkan terlalu lama mendidih, nanti ikan hancur. Perasakan.
10. Tutup api, angkat. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.



25 comments:

  1. tengok asam pedas akak mengundang kecur di pagi hari. gulpp..!!

    ReplyDelete
  2. salam ct

    Akak memang suka dgn semua jenis masakan asam pedas.tak kira dari negeri mana pun..minta semangkuk.tak payah masak lunch nanti..hehe

    ReplyDelete
  3. akak..pepagi dah tengok asam pedas....
    sedappnya...
    dapat hirup kuah sedapppp tu....suurrpp....

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak ct..
    ala.. kak ct tak aci tayang asam pedas pagi2 ni.. kriuk kriuk perut saya melihatkan keenakan dan kemewahan warne asam pedas tu.. huwaaa.. lapoorrr.kalau dapat slurpp sikit ni sedap ni

    ReplyDelete
  5. ingatkan asam pedas istana kaler kuning.. hihihi... cantik aa kaler asam pedas kak ct. jeles rasa..

    ReplyDelete
  6. Fazlinil Irma ~

    Salam Irma..menduga iman ni kiranya lah..hehehe. boleh lah masak kat rumah nanti asam pedas ni ya :D

    ReplyDelete
  7. anymz ~

    Wa'salam kak anim.. boleh jer kak. cuma takut tak sama selera kak anim dgn ct jer... hehehe

    ReplyDelete
  8. Mas ~

    Betul mas...dok hirup baik2 tau kang tersedak kelam kabut nak cari air.. hahahaha. cecah dengan roti kosong pun sodap ni Mas :DD

    ReplyDelete
  9. izahdaut ~


    Wa'salam Izah... tak apalah kak ct tolong hirup kan lah wakil tuk izah ya.. hehehe. kalau kak ct kenyang sorang jgn marah lak.. hehehe

    ReplyDelete
  10. tun_telani ~

    Betul tu tun,kannn.. kalau diRaja jer mesti kuning.. hihihi. Yang ni kerabat kaler merah tun. Memang merah pun warna asam pedas ni, rasa pedas pulak lada kering kali ni..berpeluh gak masa makan :DD

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak ct.kene beli ikan lagi la jawabnya.nk try resepi istana johor pulak.tak sangka batang daun kesom tu boleh hilangkan hanyir ikan ye.

    ReplyDelete
  12. gambar2 di blog CT ni memang terbaik!saya suka nengok, tu yg selalu buat kecur je tu :D

    ReplyDelete
  13. Menariknya kaler asam pedas akak, nak kena cuba juga nanti.

    ReplyDelete
  14. suka lauk asam pedas,tak masak seminggu pasti kena tanya..hehehehe akak selalu tambah sket sos tomato atau boleh gak letak tomato puri..walaaaa lagi sodappppp.....
    ct masa akak kecik dulu duk jb akak ada kwn sekolah juga dik kat kuarters istana..lupo lak nama dia..hehehe ntah ntah ct kenal..

    ReplyDelete
  15. adoiiii...x tahan tgk gmbr asam pedas ni,t'liur sgt. :)

    ReplyDelete
  16. nuwairani ismail ~

    Hani..kak ct pun baru tahu batang daun kesum ni banyak gunnnya.. hehehe. kalau tak cuba tak tahu kan :D

    ReplyDelete
  17. IXORAROXI ~

    Roxi.kekadang gambar boleh buat makanan tu nampak sangat sedap. Tapi asam pedas ni memang POWER. power tang pedas dan pijor lada tu.. hehehe. berasap telinga.. hahaha

    ReplyDelete
  18. hazila ~

    Zila..kalau kena lada kering yang elok, nampak cantik kalau masak. kena cubalah mana tahu dapat masuk istana nanti.. hihihi

    ReplyDelete
  19. KakAsma ~

    Oh ya ker kak asma. boleh lah cuba resipi dari akak tu nnt. kasi lain sikit kan :D

    Ramai juga kak yang duduk kat sana masa tu. kalau tanya nama maybe tak ingat lah. tapi kalau jumpa dan bertanya harus kenal kot :D

    ReplyDelete
  20. Kak CT

    berselera Yat tgk asam pedas ni kak!! kita peberet cicah kuah dia ngan roti perancis.. ishhh apa akak tayang..sumer sedap2 arr...

    ReplyDelete
  21. as-salam kak ct
    sedapnye...my,my favourite....

    ReplyDelete
  22. xpayah bubuh air asam jawa ke?

    ReplyDelete
  23. terima ct, akak dah cuba asam pedas ct ni....eeemmmm...dap..dap..dap

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...