Saturday, May 28, 2011

Banana Whoopie Pies + Peanut Butter Cream




Assalamualaikum... salam ceria hari Sabtu buat pengunjung setia Dapur CT. Kejap je dah hari Sabtu kan. Rasanya macam baru hari tu Senin, ni dah Sabtu semula. Pagi ni CT agak kelam kabut sikit nak uruskan banyak benda sebab sekejap lagi CT dan suami akan ke Uitm Jengka untuk hantar my girl LILY balik ke kampusnya. Jadi seawal subuh lagi dah menyibukkan diri di dapur untuk siapkan sarapan dan makanan tengahari untuk anak2 bujang yang tidak dibawa bersama. Maklumlah, banyak barang yang nak dibawa, kereta tak cukup ruang jadinya. Kerana nak ditinggalkan di rumah, itu yang CT kena siapkan bekalan makanan siap-siap untuk diaorang semua.Hahaha macam nak tinggalkan dua tiga hari je lagaknya. Apa pun, segala pesanan yang penting dah ditinggalkan pada si bujang yang paling besar supaya dia faham dan tahu untuk menguruskan dua adiknya tu sepanjang ketiadaan mama dan ayahnya di rumah.

Berbalik kepada resipi ni, hari ni CT nak sharekan resipi BANANA WHOOPIE PIES. Setahu CT makanan ni berasal dan terkenal di negara Itali. Tak tahulah betul atau tidak, kena search kat En Google lah kalau nak tahu lebih lanjut ye. Dan resipi ni CT dapat dari tukang masak minah saleh terkenal iaitu Martha Stewart. Sebelum publish entri ni mulanya CT bercadang nak alih bahasakan resepi beliau kepada bahasa melayu tapi tak sempat pulak sebab kelam kabut hari ni. Jadi CT tepek aje dalam bahasa inggeris ye. CT letak sedikit chocolat emulco untuk pewarna banana whoopie pies ni. Dan buat bentuk bulat2 ikut masing2 lah nak besar atau kecik kat baking sheets tu agar sekata. Kiranya macam nak buat macaron lah senang cerita. Untuk filling intinya pula ikut kitalah nak letak apa, semuanya boleh. Kalau ikut resepi asal, letak cream cheese yang dipukul dengan gula dan esen vanilla tapi kerana CT mengejar masa, CT bubuh peanut butter jer.

Okeylah, CT berundur diri dulu. Mohon doakan disepanjang perjalanan CT serta My laling CM dan my girl selamat sampai kesana dan kembali semula kerumah ye. sampai jumpa lagi. Daaaaaa...........


Banana Whoopie Pies + Peanut Butter Cream
Sumber : Martha Stewart

Ingredients
2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1/2 cup mashed banana (from 1 large ripe banana)
1/2 cup sour cream
4 ounces (1 stick) unsalted butter, softened
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup packed light-brown sugar
1 large egg
1 teaspoon pure vanilla extract
16 ounces cream cheese, softened
1 cup confectioners' sugar, plus more for dusting
11/2 tbsp chocolate emulco (CT tambah)

Directions
1. Preheat oven to 350 degrees (175C). Line 2 baking sheets with parchment. Sift flour, baking powder, baking soda, and salt into a bowl. Combine banana and sour cream in another bowl.

2. Beat butter and granulated and brown sugars with a mixer on medium-high speed, until pale and creamy, about 3 minutes. Add egg and 1/2 teaspoon vanilla, beating until incorporated. Add banana mixture in 2 additions, alternating with flour mixture. (masukkan sekali coklat emulco dan kacau rata).

3. Transfer batter to a pastry bag fitted with a 1/4-inch plain tip. Pipe batter into 1 1/4-inch rounds on baking sheets, spacing rounds 1 1/2 inches apart.

4. Bake until edges are golden, about 12 minutes. Slide parchment, with cookies, onto wire racks. Let cool. (Unfilled cookies can be stored for up to 1 day.)

5. Beat cream cheese, confectioners' sugar, and remaining 1/2 teaspoon vanilla with a mixer on medium speed until smooth, about 2 minutes.

6. Pipe or spoon 1 tablespoon cream cheese mixture onto the flat sides of half the cookies. Sandwich with remaining cookies. Dust with confectioners' sugar, and serve immediately.



7 comments:

  1. kak ct... canner ni, sama la kite.. saya tengah usha coklat whoopie nak buat. mcm best je.. hehehe.. cantik la... kak ct sendukkan bater tu dengan scoop apa ye. kalau dengan sudu je jadi jugak ke kak?

    ReplyDelete
  2. Salam Pg kak ct! Tak Thn betul tgk peanut butter dia tu! Sedap ni lemak2 gitu kn :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum K.CT,
    waduh tergoda di buatnya tngk banana whoopie pies ni...mcm jual kat kedai jek....mcm ni nak order dngn akak jelah...kemas jek...

    ReplyDelete
  4. Assalam kak,moga akak,Cm n lily selamat hendaknya dlm perjalanan nnti..MOga slamat pulang juga,blh update resepi2 best lagi,hehe..Akak nmpak sedap lah whoopie pies nih,huhu nih 1st time tgk,mkn lagi lah xpernah,amik 2 3 ketui yg akak jerla wat rasa..hihi..

    ReplyDelete
  5. wahh..sedappnya tengokkk....
    nak sikitttt...

    ReplyDelete
  6. Salam kak.. Nampak menarik dan sedap kak... First time nampak kuih ni.. :)

    ReplyDelete
  7. wow!kalau CT buka restoran, mau kopitiam2 tak halal tu tutup kedai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...