Assalamualaikum... salam ceria buat semua. Alhamdulillah pagi ni dapat bersiaran tanpa ada gangguan. Mata segar, badan pun tak sakit2 sebab semalam tidur awal sebab tak ada yang 'mengganggu' hehehe. Ni CT nak bagi tau sesuatu ni. Harap teman2 jangan lupa untuk pasang alarm tepat pukul 9.00 pagi ni ya. Jom pakat ramai2 dengar radio Era, kita dengar bual bicara CMG @ Adnan Ibrahim bersama pengacara terkenal Hj Aznil Hj Nawawi @ Pak Nil di radio ERA FM. Kalau nak masak tu, tunggu lepas rancangan tu habis baru bergerak okehhh... hehehe. CT memang peminat setia Radio ERA setiap pagi jadi memang sentiasa ON jer radio tu, jadi CT tak ada alasan lain utk tidak mendengar ERA, terlebih-lebih lagi jika CMG ada waktu tu kan. Mintak2 masa tu takde black out ker, kalau tidak, kena dengar kat hp lah jawabnya... hahaha. Kita doakan mudah2an siaran temu-bual Mat Gebu tu nanti berjalan dengan baik ya... InsyaAllah.
Pagi ni CT nak share resipi yang simple dan sihat. Kalau terasa macam berat sangat roti tu, boleh tukar pada roti biasa jer. CT tak buat pun roti kismis ni, tapi beli yang ready made kat kedai roti jer senang dan cepat. Sambil nak menunggu CMG ditemu bual, sempat lah kalau nak sediakan roti ni untuk dikunyah2 kan. Okey kita terus ke resipi yang simple dan senang nak disediakan ni ya.
Bread Raisin + Chocolate Banana
Resipi Che CT
Bahan-bahan:
Beberapa keping roti Kismis / roti putih - Yang 4 segi tu ya
2 biji pisang montel - hiris serong dan nipis
Jem Nutella (atau sebarang jem coklat kegemaran masing2)
Sedikit butter - untuk panggang roti
Cara-cara :
1. Sapu jem nutella pada kedua2 keping roti.
2. Lapiskan pisang hiris diatas roti dan lapikkan roti yg sekeping lagi.
3. Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti tadi. Tekan sedikit roti dengan jari semasa memanggang. Lebih-kurang 10 saat, terbalikkan sebelah pula. Panggang lagi 10 saat dan bolehlah diangkat.
4. Potong dua dan hidangkan untuk sarapan atau minum petang. Mudah dan cepat, senang kan :D
pagi2 singgah sini terus lapar perut...
ReplyDeleteawalnyer CT breakfast.. ni tuk anak2 gi sekolah pun sesuai ni.. mudah disediakan yg ptg kenyang... hihi
pagi kak...sedap ni kalo panas-panas makan kan..lapar lak..hehe
ReplyDeleteakak..sedapp la tengok roti tu....
ReplyDeletegambar sangat cantik!!!
ReplyDeletewahhhh~~ sangat senang! gambar pun cantik~ :)
ReplyDeleteAZLITA AZIZ ~
ReplyDeleteCT memang awal bf ita, lepas anak2 semua gi skolah. terus bf dengan Hb. Pastu baru boleh buat keja2 rumah :)
Memang bolehhh..amat sesuai :D
Good morning ct,
ReplyDeletekita tengok gamabr 2 ct ni macam terpegun gitu tau....tenung tanpa berkelip tau..cantik lah ct..i loikee..
Anna Qawina ~
ReplyDeleteSelamat pg anna....bila makan panas2 coklat tu cair memang sedap.
Mas ~
ReplyDeleteCuba lah Mas..kalau guna roti kismis ni dia tebal dan berat, makan sebelah tu jer dah kenyang :D
izahdaut ~
ReplyDeleteterima kasih Izah :DD
Sunah Mohammad ~
ReplyDeleteSalam Sunah..tr kasih sudi datang ke DDCT. memang senang + sedap boleh cuba :DD
Ayu ~
ReplyDeletemorning dear Ayu :D alahai...ct ni baru belajar2 dari Hb cara2 amik gambar ni Ayu. kalau dulu main snap jer tak tahu apa kebaikkan dan keburukkan pada gambar2 yang kita ambil dulu tu. Tapi sekarang Hb dah ajar senanglah sikit :)
menu yg simple..
ReplyDeleteakak...menarik tul breakfast pagi nih yer...menu yang seimbang dan berkhasiat...!
ReplyDeleteSal Saari ~
ReplyDeleteHai Sal..terima kasih singgah DDCT. semoga dapat berkunjung lagi kesini :D
chikadakbiru ~
ReplyDeleteCB..betul tu mana yang nak berdiet tu boleh cuba menu ni :D
ala kak,xsempat nk dgr sebb kt russia ni pkul 5 pagi time tu.isk isk.sedihnye xdpt dgr suare cikmat.:(
ReplyDeleteeh!satu kelainan ni.buat untuk minum ptg pun boleh gak kan t?..nak try lah nanti.
ReplyDeleteboleh buat untuk minum petang nnt..alamak sekejap sangat pak nil bg peluang kat Cmg bercakap..tak puas hehe
ReplyDeletemiszlullaby ~
ReplyDeleteHai ML..tak apalah nak buat macamana tak ada rezeki tu namanya. Kalau nak dgr sangat, tunggu ML balik M'sia boleh jumpa dgn cikmat tu ya :DD
p/s tak sihat ehh, makan ubat n take care ya ML.
anymz ~
ReplyDeleteBoleh jer kak anim..sesuai dimakan pada bila2 masa..cuba kak jangan tak cuba ..hihihi
cikmanggis ~
ReplyDeleteA'ah lah CM, rasanya tak sampai pun 5 minit CMG keudara kat radio ERA tadi.. hehehe. Tak apa ct dah biasa dengar suara 'manja' mat tu. kalau CM nak dengar jom lah gi sedenak jumpa dgn Mat...hehehe
Assalamualaikum...susah betul nak tinggalkan komen..lembab jer pc kita..kenyang sangat kot..sebab kat sini bnyak makanan..Tengok roti ni pun dah mengancam
ReplyDeleteNazrah Bakery & Dunia Kuih ~
ReplyDeletehahaha..samalah dgn tenet kat rumah ni Nazrah, dah macam siput berjalan sangat slow. dah habis kot limit dia tu..hehehe.
Oh kenyang tengok gambar jer dah cukup ker, meh lah cuba :DD
menu simple & sihat ni..boleh buat bawak bekal :D
ReplyDeleteMenu akak simple jer tp nampak sedap...
ReplyDelete