Assalamualaikum. Alhamdulillah... kerana masih dipanjangkan usia CT untuk terus menikmati keindahan bumi Allah ni, syukur sangat2. Dan CT panjangkan doa ini kepada kita semua ye. Di pagi hari Jumaat yang indah ni, diam tak diam dah hampir sampai kehujung bulan rupanya. Berulit-ulit dengan my daughter selama 3 minggu dia bercuti semester tapi macam baru seminggu aje rasanya. Cepat sungguh rasanya sekarang ni masa berlalu. Awal pagi esok dah nak hantar dia balik semula ke kampus Uitm Jengka.
Syukran... keputusan exam semester yang lepas agak membanggakan CT sebab dia dapat anugerah dekan. CT percaya itu adalah berkat segala usaha yang telah dilakukannya dan doa yang tak pernah putus2 dari seorang ibu yang telah dimakbulkan Allah... Alhamdulillah. Tahniah buat my baby girl LILY kerana kejayaan beliau :D
Berbalik kepada resipi CT hari ni, keinginan nak buat Chicken Floss Bun akhirnya terlaksana sudah. Memang suka makan roti yang ada chicken floss ni. Lebih lagi kalau yang spicy fuhhhh... yummy ! Kalau beli kat Breadtalk mahal juga regenya kan. Kalau buat sendiri, haa nah kau.. banyak juga dapatnya hehe. Dah kira banyak jimatnya kan, dan yang lebih penting lagi terjamin akan kebersihannya. Untuk doh roti CT guna resipi dari Yani, Hot Dog Bread. Puas hati, dan sangat sedap. Chicken floss pulak, beli kat BAGUS Shah Alam... nun jauhnya gi mencari, akhirnya kat situ yang ada. Tapi bukan CT yang beli, kirim kat my sister masa dia ke Shah Alam tempoh hari. Memang sesuailah kalau ada yang suka makan chicken floss bun ni untuk mencuba. Jom kita semak resepinya.. :D
Chicken Floss Bun
Sumber Bun : Yani MyResipi
Bahan-bahan :
160 ml air
250 gm tepung roti
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar lemak sayur
3/4 sudu kecil yis
3 sudu besar susu tepung
Chicken floss secukupnya (CT tambah yang ini)
Sedikit mayonis dan susu pekat (untuk sapu atas bun nanti)
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker (BM). On kan. tunggu siap.
2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang lebih kurang 13 cm4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Sapukan sedikit telur + susu segar + sedikit madu atas pemukaan roti.
6. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.
7. Bila sejuk sapukan sedikit mayonise yang telah di campur rata dengan sedikit susu pekat manis. Tabur dan tekap-tekapkan dengan Chicken Floss. (CT tambah yang ini).
wat bfast .. i like tapi kita dah lama tak meroti..malas ler KCt...
ReplyDeletesalam dek ct...
ReplyDeletetahniah buat nak dara mu dek..
anak sulung kak baru habis 3thn ijazah sains komputer di UMP PAHANG.. tapi masih di U ada bebrapa pojek dia kena buat.. yg best nya dia punye pojek akhir dapat A. harap2 result pelajaran lain pun akan dpt mcm tuuu..kak yg naik takut...
salam ct,
ReplyDeleteTahniah pada anak mu lily...semoga terus cemerlang di dunia mahupun di akhirat. wah roti tu menarik la...lama juga tak meroti ni
Assalam kak ct,uii sedapnya roti nih..I likeeee..Igt tadi chicken floss akak wat sendrik juga,baru nak mnta rcp,huhu..Rupa beli kat bagus..Mmg nmpk sedap sgt kak..
ReplyDeleteSalam kak CT!!! alalaaaaaaaaaaaa...itu hari masa balik mesia beli roti yg ada chicken floss ni tp spicy lerrrr SEDAPPPPPPPPPPPPPPP sgt!!!! mana nak carik kat sini! uuuwaaaaa...bestnyerrr! mmg sedap roti2 yg ada floss2 gini! nak mintak seketul ya kak floss lebih2 tauu! hihihi
ReplyDeleteNazrah Bakery & Dunia Kuih ~
ReplyDeleteNazrah..ikutkan k.ct pun malas gak nak meroti ni. Tapi bila tengok chicken floss ni dah nak sampai tarik luput. kena rajin lah meroti.. hihihi
ilahjy ~
ReplyDeleteWa'salam kak ilah.. tr kasih kak untuk ucapan bt anak ct. betul tu anak2 yang exam kita pulak yang rasa takut kan kak. semoga anak2 kita ni berjaya dan akan mendapat apa yang diimpikan kan kak ilah..aminnnn
lina ~
ReplyDeletewa'salam lina. tr kasih atas doa2 lina tu ya. begitulah yang diharapkan pada anak2 ni kan.
jom lah meroti lina..guna jer 'bibik melayu' tu.. hehehe
Zaliedana ~
ReplyDeletewa'asalam CT... kak ct mana rajin nak buat chicken floss ni. kalau beli cuma tinggal nak tabur jer, senang.. hihihi
kalau nak resipi chicken floss, kak ct rasa kat blog mamafahmi ada kot. cuba cari eh CT :DD
ijayuji ~
ReplyDeleteIka... ni kak ct beli banyak sangat lebihnya. kalau nak buat biz okey kot. kalau kita2 yang duk kat rumah ni setakat makan sendiri, memang banyak lebihnya. Oh kat sana tak ada ehh.. okey2 tungguuuuuu!!
Assalamualaikum K.CT,
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah atas kejayaan anak akak, tahniah juga buat akak kerana berjaya mendidik anak hingga keperingkat ini...semoga lebih berjaya di masa akan dtng..Aminn.
= chiken floss bun tu ada lagi tak..mailah antor kat JB...Yatie tunggu eehhh..
Kak.. Nak roti tu.. Sedapnya.. Tahniah atas kejayaan Lily.. Mesti sejuk hati ibunya :)
ReplyDeleteTAHNIAH.. buat anak CT dan buat CT juga.. semuga terus berjaya dunia dan akhirat..
ReplyDeletewahhh.. seksi roti tu.. :)
Yatie ~
ReplyDeletewa'salam yatie.. tr kasih ya. ada lagi tinggal 2 ketui ni. tunggu depan pagar umah eh, jap lagi sampai hihihi
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteIta..tr kasih ya. memang sedap roti bila letak chicken floss ni ita. kak ct kalau makan asik kurang jer memanjang.. hihihi
Along Maklong ~
ReplyDeletetr kasih maklong..nak ikut jejak maklong didik anak sampai bejaya..insyaAllah.aminnnn..
alahhh..ct tak seksi ker maklong.. hahaha
wahhhhhh...cantiknya roti tu...
ReplyDeletedah macam dijual.....
akak boleh buka kedai roti lepas ni...
TAHNIAH buat Lily..semoga semakin cemerlang di masa akan dtg..
ReplyDeletekemain lagik cun roti akak nih..rajin lak kak ct ni meroti..jeles kite taw..mana nak cari ciken floss kat sini agaknya..hehe..
buat roti pun malas,ada hati nak buat serunding sendiri..huh?<-ckp kat diri sendiri
salam kak.
ReplyDeletedah lama teringin nak buat roti ni. kat Bake dia org jual dlm kuantiti tang byk. akak beli kat mana chicken floss tu?
kak,tgk bun tu rasa mcm nk 10 biji! blm mkn tghari la kata kan :)
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletewah akak.. nie fav daughter diana nie akak... diana x reti nak buat.. sedaaapnya roti tu akak...
wohoooo kakkkk... grand banget roti akak tu... geram tgkkkk!!... hhehehe...
ReplyDeleteTahniah buat anak akak...semoga bertambah cemerlang lagi nanti..amin kak ct, bun ni memang my fav tau...dah lama mengidam nk buat tapi nak buat chicken floss tu tak reti pula..tak ada jual la kat sini kak...kena tunggu blk Msia la mkn ni...hehe
ReplyDeleteMas ~
ReplyDeletehahaha..Mas, kita bukak kedai sebelah2 tau. Donat & Bread sdn bhd.. hahaha
HaSue ~
tr kasih sue wish untuk Lily... aminnnn. mula2 tu buat bentuk lonjong pas tu jadi bolat pulak. tu yang sexi .. hihihi
Wanieyra ~
ReplyDeleteIra.. kak ct beli chicken floss tu kat BAGUS Shah Alam. A'ah memang banyak sekali dia jual. Entah bilalah nak habis chicken floss tu tak tahulah.. hihihi
Deliah's Deli ~
Terlewat sampai lah Del, dah habis pun roti tu..soriiii :DD
waduh kakk.... kiter nih suker tgk mknn sedap2... tp tak larat lg nak menggodeh2.. telan air liur berbakul2 dulu lah! hihi,,,
ReplyDeletetahniah buat lily.. kim salam dier kak... teruskan usaha... sejukkkk perut ibu....
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeleteWa'salam Diana..oh memang sesuailah tu. ada juga makanan yang anak Diana suka kak ct pun suka gak. Tapi tak ingat tu hari ada komen kat blog Diana. secara kebetulan lah kot.. hihihi
Anawahid ~
Ana..sapai juga akhirnya kesini yek. ingat dah tak jumpa jalan dah.. hahahaha. Meh lah meroti ana, nanti suruh Hb present kan BM baru eh... hahaha
Nieza ~ tr kasih Nieza. Bila nak balik M'sia tu. kompom kak ct nak datang rumah Nieza, nk tumpang makan jugak.. hehehe.
Nanti kak ct cuba cari resipi tu, ada ternampak masa jalan2 cari resipi ni semalam :D
Assalam CT,
ReplyDeletetahniah lily dah berjaya ya..ibu mana pun rasa bangga dengan kejayaan anak2nya kan..
ct kita tengok roti ni sunnguhlah selera dan cantik..dah malam2 ni baru dapat jalan2 rumah teman..rasa laparlah pulak..kalau breadtalk dikl tu halal, kat sini tak halal ler..
then chicken floss kat sini pun tak ada yang halal..so akhir kata telan air liur ajelah..hehe
Ayu ~
ReplyDeletetr kasih ayu untuk Lily. setiap ibu memang nak anak2 nya jadi yang terbaik kan. kalau dah usaha tapi tak berjaya nak buat macamana.
Kat kl ni tengok2 gak lah tempatnya ayu. kadang2 tu bila ada rasa was2 tu ct tak beli pun. tapi kalau rasa boleh dipercayai, baru beli.. hihi