Friday, May 20, 2011

Daging Masak Kicap Berempah




Assalamulaikum... Salam dipagi hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Semoga hari ini dan hari2 seterusnya memberi kita keberkatan dengan segala apa yang kita kerjakan pada setiap ketika dan waktu. Pohon juga supaya diberikan kesihatan yang terbaik setiap masa.... Aminnn Ya-Allah.

Menu yang akan CT kongsikan di DDCT hari ini ialah Daging Masak Kicap Berempah. Resipi yang acapkali CT gunakan bila masak kicap ayam atau daging. Rempah2 yg digunakan dalam resepi ni seeloknya kita sangar dulu atas kuali, jadi dengan itu akan menaikkan keharumannya dan menambahkan lagi rasa sedapnya. Sebab dulu masa baru kawin dengan My laling CM, CT selalu perhatikan MIL masak lauk kicap ni. Jadi sekarang CT mempraktikkan pekara yang sama juga. Dengan cara menyangar rempah ratus itu jugalah yang menambahkan perisa istimewa pada lauk kicap ni. Cuma berbeza sedikit dari resepi asal MIL, CT tambahkan sedikit sos tiram dan sos cili untuk menambah kepekatan pada kuah kicap ni. Jika ada yang ingin mencuba, silakan ye :D


Daging Masak Kicap Berempah
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
500 gm daging
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia * (* dikisar halus)
1 sudu besar ketumbar biji **
1/2 sudu teh jintan halus **
1/2 sudu teh jintan kasar **
1 sudu teh lada hitam ** (** disangar atas kuali tanpa minyak sebentar dan dikisar kering)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat
2 cawan air
1 batang cili merah - hiris serong (ikut suka)
1 biji bawang besar - hiris bulat (ikut suka)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Daging di hiris nipis, cuci dan toskan
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bahan kisar halus dan kisar kering bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, kacau rata hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar kacau sampai garing. Masukkan sos tiram, sos cili. Kacau sebentar. Masukkan daging kacau rata dan biarkan sehingga daging mengecut.
4. Masukkan air dan kicap pekat kacau lagi. kecilkan api sedikit dan tutup kuali dengan tutup periuk. Sesekali kacau daging dan biar daging empuk. Masukkan lada hiris, dan kacau sebentar.
5. Akhir sekali, masukkan bawang yang dipotong bulat dan biar sehingga kuah jadi pekat sedikit. Perasakan, dan tambah sedikit garam dan gula mengikut citarasa. kacau rata dan matikan api.
6. Hidangkan mengikut citarasa masing2.




26 comments:

  1. fa kalau masak kicap, suka letak sikittt rempah beriani. buat wangi. sedap jg.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak ct..
    waduhh sedap nampak daging gitu. mcm hidangan santapan raja sehari pekat gitu kan. kalau buat kat hati ayam ke paru ke elok juga kan kak?

    presentation akak simple tapi terserlah gitu. suke

    ReplyDelete
  3. sedappnya daging tu kak ct.....
    makan ngan nasi panas sedapp ni...

    akak..pasal muffin cup tu...memang tak de kat bagus......mas pun selalu beli barang2 kat bagus....
    merata2 gak mas mencari maffin cup macam tu..last2 jumpa kat pasaraya jaya grocer kat empire shopping gallery kat subang jaya....
    baru2 ni ada ternampak kat hero bakery....cuba la akak cari...

    ReplyDelete
  4. as-salam kak ct
    ady tengok je dah berselera
    daging masak kicap berempah tu...kalau lauk macam ni ady suka yg pedas2..suka letakkan cili padi..

    ReplyDelete
  5. Shafa ~

    Hai Fa...kena cuba jugalah nak letak rempah beriani, mesti ada rasa kelainan nya kan. Tr kasih memberi sedikit info ya Fa :D

    ReplyDelete
  6. izahdaut ~

    Wa'salam Izah.. memang buat pekat, jadi kena rajin lah masak sayur lain sebagai penambah lauk... hehehe

    Tr kasih Izah.. sering kali singgah DDCT tampa jemu2 ..muahhh!

    ReplyDelete
  7. Mas ~

    Lauk2 macam ni tak jemu makan Mas, cuma jangan hari2 makan daging lah. kena jaga juga kesihatan tu kasi seimbang kan dengan masakkan lain.

    Terima kasih Mas..kena cari jugalah tempat tu. Jauh nuuuuu..ada ker driver yang nak anto k.ct kesana tu erk.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Ady ~

    Wa'salam Ady..boleh jer nak letak cili padi tu. tapi ketuk2 jer cili tu buat rasa2. K.ct bukan tak nak masak pedas2, kang bujang2 kecik kat rumah ni tak tahan pedas. sian pulak kannn.. hihihi

    ReplyDelete
  9. kakct..

    aduh... sedapnya daging kicap versi kak ct...
    sangat2 menyelerakan...
    tang tomato tu... nyami.. ratah sambil pandang daging kicap perlahan2.. heheheh

    ReplyDelete
  10. adoiiii... lapar CT tgk lauk ni... boleh cuba ni kalau guna ayam pun ok jugak kan..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum K.CT,
    waduh berkeroncong terus perutku ini...terliur betul tngk lauk daging yg menyelerakan ni...apa nak buat mampu tengok jek...telan air liur jek...gulppp...

    ReplyDelete
  12. Assalam ct,
    ce kecur aje kita tengok daging kicap ct nilah..makan lauk ni aduhaii... dah berkepul2 air liur ha..kita telan..

    ReplyDelete
  13. salam kak...
    bila tgk menu ni, teringat le pulak masa mula2 kahwin, pandai masak daging kicap je

    ReplyDelete
  14. Salam CT>>>>Menu dah tentu sedap, gambar2 memamng meletop!..saya suka tengok

    ReplyDelete
  15. okay.. menyalin.. menyalin.. hehe.. hasben tun suruh masak daging kicap, nnti wat style akak pulak ^^

    ReplyDelete
  16. Citarasa Rinduan ~

    wa'salam ayu, tak yang jeling2 daging tu, amik jer lah k.ct kasi merasa sorang sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  17. AZLITA AZIZ ~

    Dah lapar ker..? gi masuk dapur cepat2 sikit masak ayam tu. kang ct datang bawak periuk lak.. hahahah

    ReplyDelete
  18. Yatie ~

    Wa'salam yatie.. jap..k.ct tolong makan sikit untuk yatie eh, sian sampai telan2 air liur ... hehehe

    ReplyDelete
  19. Ayu ~

    Hai ayu.. hehehe. awat sampai jadi lagu tu, baik2 kang jejes lak air liur depan laptop tu.. haha

    ReplyDelete
  20. Wanieyra ~

    Wa'salam Ira... kannn. k.ct dulu masa baru kawen segan nak masak maklum lah masih mentah bab2 nak masak time tu. jadi dok tengok jer lah MIL masak skodeng2 kiranya.. hihihi

    ReplyDelete
  21. IXORAROXI ~

    Wa'salam Rozi.. masak menu yang simple jer ni roxi. tr kasih sebab rozi masih setia datang ke DDCT :D

    ReplyDelete
  22. MamaFaMi ~

    mama... ratah tak jadi lauk lah jawabnya... hihihi

    ReplyDelete
  23. tun_telani ~

    dah salin belum tu... jatuh no berapa lah list ni ya tun.. hihihi

    ReplyDelete
  24. Assalam kak kalau masak kicap kat rumah saya memang laku,sedap namapk daging kicap akak tu

    ReplyDelete
  25. assalam kak ct..sy berkenan betol piring petak ni..ntah bila la nk dpt piring corelle ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...