Assalamualaikum.... salam mesra buat pengunjung setia DDCT. Masa CT buat kek ni, kat rumah black-out, tak ada karen dari pukul 8 pagi sampai petang, Dahlah cuaca panas, ditambah pulak dengan tak ada karen, haa cuba bayangkan. Macam kena panggang duk dalam rumah huhuhu. Dahlah gitu, patutnya duduklah diam2 berkipas tangan ke. Tapi tak reti pulak nak duduk diam, buat pulak kek ni. Kepanasan cuaca ditambah lagi dengan panas mengadap dapur.. huhuhu... paham2 je lah.
Resipi kali ni CT ambil dari seberang M'sia. Dari embak indon, saje nak mencuba kek yang lain kan. Pengunaan tapai ubi dalam kek ni ada rasa kelainan sikit. CT buat pun tak banyak, hanya buat 1/2 adunan dari resipi asal. Maklumlah kalau buat lebih2 takut terbazir pulaksebab kurang laku. CT jugalah yang kena makan bagi habis... huhuhu. Kek ni sebenarnya dibakar, tapi oleh kerana kat rumah tak ada karen masa buat kek ni, jadi CT kukus jer kek ni... hehehe. Cuma kejadian kek ni agak cetek sikitlah, kerana CT gunakan loyang empat segi. Penat jugalah dok memutar guna tangan, sampai lenguh lengan nasib baik tak tercabut tangan.... hahaha. Bijan hitam tu CT letak sikit jer, ada kang anak2 dok kuis2 jer bijan tu menyangkakan itu kotoran melekat. Tapi kerana tak puas hati dengan kejadian kek ni, nanti CT nak buat lagi guna mixer pulak, mesti boleh naik tinggi :DD
Kek Tapai Bijan Hitam
Sumber : Sajian Sedap
Bahan-bahan:
200 gm majerin (CT guna butter)
150 gm gula pasir (CT guna gula kastor)
250 gm tapai ubi - dilecek halus dan buang tulang tengahnya
4 biji telur
200 gm tepung gandum
15 gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
4 sudu teh bijan hitam (CT letak sikit jer)
2 sudu makan kismis hitam (CT tambah)
Cara-cara :
1. Pukul majerin dan gula hingga rata. Tambahkan tapai ubi, pukul sampai lembut.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi.3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder yang diayak. Kacau rata. Masukkan bijan hitam dan kismis hitam gaul sampai sekata.
4. Tuang dalam loyang 22 x 22 x 24 cm yang diglis dan dialas dengan kertas roti.
5. Bakar pada suhu 190C selama 35 minit atau hingga masak.
Salam kak CT situ sana sini :D alaaaaa..kita lemah betulll kalau resepi2 yg guna tapai2 ni lahhh! dah bertahun tak mkn tapai kat sini tak de tapai nak buat pualk sampai skrg tak jumpa ragi huh! sedapnyer!
ReplyDeleteCt,weekend ni mama balik kg kt Sg Besar,nk cari tapai ubi,nanti boleh try kek ni...
ReplyDeleteakak dtg angkut resepi bwk balik ya ct..nampak ada kelainan kat situ..memang akak suka cuba yg pelik2 skang ni..tapi kat sini ct tak citer tntg rasanya..sedap tak?sedap lah tu kan?..sabtu ni nak cari tapai ubi kat pasar tani...hehe
ReplyDeleteijayuji ~
ReplyDeletekesiannnya adik ku sorang nii..nak suruh kak ct anto tapai kesana ker? agak2nya kalau sampai sana masih boleh makan tak tapai tu.. hihihi
akak...gebu la nampak kek tu...
ReplyDeletemas pun tak pernah lagi buat kek guna tapai ni......
noorsafone ~
ReplyDeleteMeh cuba mama, memang lain sikit rasa kek tapai ni. rasanya pun boleh tahan. tapi ikut pada selera masing2 lah kan. CT memang suka makan tapai ubi dari tapai pulut, jadi tak ada masalah lah nak makan, memang suka :)
anymz ~
ReplyDeleteKak anim kek ni ct kata sedap, sebab ct suka makan tapai, so tak jadi hal kalau nak kata tak sedap. Kalau dapat guna mixer lagi lembut kek ni. sebab ct buat guna tanagan jer ni kak anim, semalam tak ada karen lenguh memutar. cuba lah kak :D
Assalam ct,
ReplyDeletewah sempat dia menggodek kek time tak ada karen???..kalau kitalah memang siap mengipas ajelah...heheh..
satu kelainan bila tengok bahan2nya tu ct..kita pun suka cuba satu recipe tu lain dari yang lain..
Mas ~
ReplyDeleteKurang gebu lah mas, kak ct pukul guna tangan jer semalam. nnt nak buat lagi guna stand mixer lagi gebu kot dia naik.. huhuhuhu
nilah kalau tak ada karen, semua benda kena guna manual jer.. hahaha
Ayu ~
ReplyDeletehahaha... memang betul ayu, semalam 1/2 hari tak ada karen, nak buat roti semuanya terbantut. last2 buat kek ni jer..alhamdulillah jadi gak. walau tak segebu guna mixer kan.
berkipas tetap berkipas ayu, mahu berpeluh celah2 semua sebab panas.. hahaha
x pernah plk liza mkn kek yg gne tapai tp nmpk best ni..t'liur sudah..
ReplyDeletekek tapai pun ada..ish ish... kak ct ni rajin betul...dlm xde letrik pun nak juga buat kek tu...
ReplyDeletela.. sedapnya nampak kek gini... suke la nengoknya.. gambar dah tentu tentu menambat hati...
ReplyDeleteYa Allah rajinnya CT ni, situasi macam tu pun masih boleh dok lelama kat dapur..tabik spring!
ReplyDeletekak ct wah macam bestnya nak blik kmpg ni nak carik tapai ubi la nak try rcp ni mcm best ler kak
ReplyDeleteAmboiii CT...rajinnya memutar dgn tangan...mst naik muscle sume..hehehe...kek pun elok jek tuh...ok sangat dah akak tgk...nampak gebusss jeekkk... Karen dah ada ke blm tu..hehe
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeletekak ct resepi ni npk something new, sebabnye kek ni ada tapai npk sedap dan gebu kek ni..i must this kek...
btw kak ct thank you so much for your birthday wishes...
Assalamualaikum K.CT,
ReplyDeletemenariklah resepi kek ni..tak pernah guna tapai...mcmana rasanya ya.yatie mmng suka mkn tapai..mesti sedapkan...
Ummi Alesya Sofea ~
ReplyDeletekalau tak pernah buat, haa.. kenalah cuba ni ummi. satu kelainan tau kek tapai ni.
Cik Puan Izan ~
enapa tak percaya ker..?? hehehe. betul memang ada kek tapai ni. kita jer yang tak tahu.. hihihi
izahdaut ~
hai izah, tak kan nak tengok jer, meh lah cuba sekali :DD
IXORAROXI ~
ReplyDeletehehehe... ituah roxi, panas2 pun kena gak bekerja dah berpeluh celah2 pun masih nak gak membaking.. hehehe dimana ada usaha disitu ada jalan kan :DD
Chik Mimi ~
Jom CM cuba buat kek ni, kalau tak cuba tak tahu apa rasanya kan :)
Ummi ~
ReplyDeletehahaha... tak lah sampai naik muscel kak, cuma lenguh2 tu adalah... hehehe
dah ada kak ummi, kalau 2 hari tak ada karen mahu pengsan kat rumah ni.. hahaha
CT..
ReplyDeletemaklong rasa kan CT ni rajin betul buat kuih kuih kan.. maklong lebih suka masak lauk.. kuih ni fail lah..
nak curi kerajinan CT sikitlah.. hehe..