Tuesday, May 31, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api




Assalamualaikum.... Salam penuh kemesraan buat semua, harap semua sihat2 hendaknya ye. Hari ni dah masuk hari ketiga cuti persekolahan. Seperti biasa jika cuti sekolah, para ibu2 jadi terlebih aktif dan sibuk menguruskan hal2 rumahtangga dan dapur masing2. Maklumlah, anak-anak ni bila dah berkumpul ramai-ramai, pelbagai ragam kerenahnya. Riuh rendah rumah kita dengan suara anak2 kita ni. yang bergaduhnya lain, yang menjeritnya lain, pendek kata memang bingit memanjanglah telinga ni... adoiiii memang mengucap panjang jer lah ibu2 ni kan. Termasuklah CT sendiri, itu yang kadang-kadang terpaksa kita jadi tarzan sekejap. Tapi dah namanya budak-budak, kejap je dia dengar kita, tak sampai 5 minit dia buat lagi dahhhhh.. sabor ajelah.. hehe. Tapi tak apalah, daripada dia orang semua pakat duduk diam-diam tak berbunyi macam batu, haa lagi kita risau ye tak. Apa pun, untuk musim cuti ni CT tak ada rancangan cuti-cuti Malaysia lagi, sebab my Laling tak dapat ambil cuti sekurang-kurangnya hingga bulan September nanti. Ikut kata hubby, lepas bulan September nanti bila project dia dah live, barulah boleh rileks sikit dan ambik cuti panjang. Sementara tu, sabor ajelah kita ni kan. Mungkin untuk cuti kali ni, duduk rumah jer kot layan tengok tv cerita Upin & Ipin... hahaha

Berbalik pada resipi Ketam Masak Lemak Cili Api ni. Haa... memang berapi lah lidah kalau makan... hahaha. Nasib baiklah cili api ni CT letak sikit jer, tapi itu pun dah rasa macam terbakar jer kat tekak dan lidah... huhuhu. Tapikan CT ni kekok lah kalau makan lauk ketam ni bersama nasi. Macam tak pandai nak balance kan yang mana nak dimakan dulu. Selalunya, ketam tu mesti tak disentuh langsung bila CT mula dengan nasi dulu. Tapi kalau dok ralit meratah ketam tu dulu alamatnya nasi tak akan luak langsung ... hehehe. Memang macam tulah dari dulu. Sebab tulah CT kurang gemar nak makan ketam. Dalam famili, yang hantu ketam adalah My laling CM, anak bujang nombor tiga Daniel dan my girl Lily. Okeylah tu, tak payah selalu beli ketam macam ni.. kan jimat tu... sebab ketam kan mahal. jimat... jimatttt duit CT... hahaha. Jom lah intai resipi ya, tapi masakan ni simple aje, rasanya semua dah tahu kan :D


Ketam Masak Lemak Cili Api
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
3 ekor ketam (saiz besar)
1 helai daun kunyit, disiat
400 ml santan cair
300 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
7-8 cili padi * (ikut suka pedas masing2)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup tua*
2 biji buah keras*
1/2 inci belacan*
1 camca besar ikan bilis - rendam sekejap * ( * kisar semua bahan yang bertanda )
2 batang serai - dititik
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara :
1. Siang ketam, buang kulit keras, gunting sedikit kaki2 ketam yang kecil dan ketuk sepit ketam, biar retak. Cuci bersih dan toskan. ( kepala ketam tu jangan buang boleh masukkan sekali masa masak untuk tambah rasa manis2 ketam :D )
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar bersama serai titik, asam gelugor dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan ketam dan masukkan daun kunyit. Bila mendidih, tuang pati santan dan tambah sedikit gula jika suka.
4. Masak hingga mendidih atas api perlahan. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan panas2.




36 comments:

  1. meriah sungguh kak ct. pagi2 lagi dh tayang gmbr ketam ye. tak berkelip mata ketam tu posing. heheh...kt sabah harga ketam ni baru rm3-4 sekilo. tu ponnnnnn malas nk beli lagi sbb malas nk masak sebab malas nk kopek kulitnya yg keras itu!

    ReplyDelete
  2. CT..
    meleleh2 air liur maklong.. sebab dah lama tak beli ketam.. mahe bebenor.. 2kg tak cukup sekali hadap ko.. tu yang jarang2 nak mengetam hehehe..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya KCt....ketam memang kegemaran..teringat dulu2 makan ketam...patah gigi...sekarang ni selalu makan ketam kat Jalan Imbi jer..best...

    ReplyDelete
  4. betul tu kak ct.. kadang2 kalau ratah je, tak reti lak makan nasi kan. kena makan satu satu dulu. lama dah tak makan ketam. last makan ketam, terbeli ketam busuk. terus je tak membeli dah. cantik n kemas presentation akak ni

    ReplyDelete
  5. as-salam kak ct
    emmm...memang sedappp!!!terliur je Ady tngk ketam lemak tu..mkn ratah2 sedap ni kak ct..

    ReplyDelete
  6. nuwairani ismail ~

    Nani, sekilo baru 3-4 ringgit. sangat lah murahnya. kalau kat kl harga macam tu kompom kak ct dah beli berkilo2 dah.. hihihihi

    mata ketam tu memang mcm tu nani, kalau amik gambo memang jarang nak kelip2 mantain lah tu.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Along Maklong ~

    maklonggg..memang betul. sekarang ketam mahal, ct beli 3 ekor rm15 hengget. nasib baik bukan ct yang suka makan, kalau tak haru gak nak membelinya.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    memang sedap Nazrah, kalau masak ketam ni rasa kemanisan kuahnya memang terasa.

    hahaha..macamana sampai boleh patah gigi tu, ni mesti kena kulit ketam yang keras lah tu kot.. hihihi.

    ReplyDelete
  9. izahdaut ~

    Dulu kak ct pun tak pandai nak pilih ketam izah, tapi orang yang menjual tu ajar macamana nak cari ketam yang banyak isi. sangat jujur penjual tu kan, sampai sekarang kalau nk beli mesti tengok bulat ke leper ketam tu untuk tahu banyak isi atau tak :D

    ReplyDelete
  10. Kak ct,amboi pagi2 dah goda ngan ketam nih..Fuhh besarnya..Sedap kan kalo ratah2,nasi tolak tepi dulu,PASTU BARU MKN NASI..

    ReplyDelete
  11. ady ~

    Wa'salam Ady... memang betul, ketam ni kita dok ratah2 macam tu jer yang sedap. dapat nikmati rasa ketam yang sebenar. Tapi kalau dapat beli anak2 ketam lagi sedap ady. kita dok goreng kunyit dgn garam dan ratah pun sedap :D

    ReplyDelete
  12. Zaliedana ~

    hahahaha..CT memang betul, ratah dulu yang sedap baru menjamu nasi kemudian. pandai betul CT ni ehh.. hihihi

    ReplyDelete
  13. Assalam Kak Ct, wahhh ada ketam disini...sedapnya msk lomak ketam tu...lagi pedas lagi sodap tu..kalau mkn ketam ni memang suka ratah gitu jer..hehe

    ReplyDelete
  14. rang memang ketam mahalkan,haritu sy beli yang siap bergoreng 4 ekor rm18
    haahha jimat tak yah masak dah

    ReplyDelete
  15. amboi ketam pulakk..meleleh di buatnyaa...

    uti sekolah biasanya penuh dgn aktiviti memasak kan...budak2 kuat mkn...msk apa pu habis...

    ReplyDelete
  16. Salam CT...amboiii, amboiiii...cuti2 ni duk menyepit pulak eh...tu dia tgk mata ketam....terjojol gitu...seram akak..hehehhehe

    ReplyDelete
  17. Salam CT...
    betul ler mcm kata CT... kalau masak ketam ni memang tak reti nak mkn dgn nasi.. selalunya memang diratah sebelum mkn nasi atau selepas mkn nasi.. hehehe.. sebenarnya kat rumah mmg jarang masak ketam.. sebab anak2 semua jenis tak reti lagi nak mkn sendiri ketam ni.. penyudahnya nnt kita yg kena kopekkan utk dorang.. ha.. baik takyah masak kalau mcm tu.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum akak..
    sedapnya ketam tu akak... terliur sudah.. terus lapar nenguknya tau... sedaaappp

    ReplyDelete
  19. kak...
    ini feveret muaz...kl mkn ni...mmmm....mcm nak berperang sbb dia suh kita bg dia isi ketam tuh...dah la nak ngambiknya payah....hehehehe

    ReplyDelete
  20. Nieza ~

    wa'salam nieza, memang kalau siapa yang suka makan ketam ni amat sesuailah kalau meratah jer. bary tahu kesedapan ketam itu yang sebenarnya.. hihihi

    ReplyDelete
  21. Chik Mimi ~

    betul tu Chik mimi, ketam mahal. tu yang Hb kata beli 2 ekor jer. Tapi kak ct sambar 3 ekor rm15 .. hihihi

    ReplyDelete
  22. Cik Puan Izan ~

    Izan..cuti2 sekolah ni xtvt memang berjalan seperti biasa jer, masak tetap masak. anak2 kalau nk makan kak ct siapkan jer macam biasa.. :D

    ReplyDelete
  23. Ummi ~

    Wa'salam Kak Ummi..hahahaha. kak mata ketam tu nak kenyit dengan kak ummi sebenarnya. tu yang berjegil jer mata ketam tu nak memandang kak ummi.. hahaha

    ReplyDelete
  24. MaDiHaA a.k.a Ratna ~

    Wa'salam Ratna..ya lah. kalau kita jer nak tukang kopek ketam tu, bila masa lak kita nak makan pulak kan.. hahaha. Nasib baiklah anak bujang kecik ct tu tak suka makan ketam. kalau tidak ct suruh Hb jer yang tolong kolek kan untuk isi ketam tu buat dia.. hihihi

    ReplyDelete
  25. Diana @ Melley Mey ~

    Wa'salam Diana. Kat rumah diana memang suka makan ketam ker? haa..bolehlah masak sambal esok..hihihi. kak ct datang eh, tungguuuuu..

    ReplyDelete
  26. azian ~

    hahaha... yan kalau rasanya nak makan ketam tu, lebih baik yang dah siap kopek kot. Tak pun beli yang ketam lembut tu. haaa.. kat mana erk, lupa pulak nama tempat tu. lagi senang yan, tak yah sibuk2 nak kopek kulit dia. bila anak2 nak makan ni, kita kenalah bekorban sikit kan..tapi dalam terpaksa.. :D

    ReplyDelete
  27. fuhhh...tgk gmbr pun nmpk cam sedap je kannn,klu blh mkn lg sedap kannn. :)

    ReplyDelete
  28. Salam kak CT!!!! encik crab ada lagi tak kak>??? kita dtg lmbt ni traffic jam kat sepital hihihi.... kalau abis nak kuah pun jadilah! hihihi...

    ReplyDelete
  29. tengok gambar, baca entry sambil telan air liur tengok gulai ketam CT tu

    ReplyDelete
  30. Love the picture.. just so tempting..

    New to ur space and so Happy to follow u :)

    Do visit me as time permits
    http://comeletseat.blogspot.com

    ReplyDelete
  31. Kak CT

    akak!!! ni menda peberet kita ni..style apa pun..pasti kita balun arr...tgk sepit dia cam melambai2 kat kita...

    ReplyDelete
  32. Ummi Alesya Sofea ~

    Ummi ketam ni memang sedap kalau masak apa pun. goreng dengan garam kunyit pun sedap gak.wangi jerrr :D

    ReplyDelete
  33. ijayuji ~

    wa'salam Ika cayanggg..dah habis lah. kuah2 pun dah licin. periuk pun dah basuh dah.. hihihi

    ReplyDelete
  34. IXORAROXI ~

    Roxi...sian pulak sampai telan2 air liur..hihihi. kat rumah ada yang alah dengan seafood tak. kalau tak ada gi beli ketam masak tuk makan malam nanti :DD

    ReplyDelete
  35. Mehjabeen Arif ~

    Thank you for visiting the DDCT and I will visit your blog as well later. thanks :D

    ReplyDelete
  36. Yat Maria ~

    hahaha...Yatt sepit tu bukan melambai lagi, dah suruh gi beli kat pasar n masak untuk dinner nanti..hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...