Assalamulaikum... Salam penuh keceriaan buat teman2 semua. Sebelum tu CT nak mintak maaf dulu sbb dah masuk hari kedua masih dok menayang nasi ambang tu. Saje jer nak bagi kecur pada penggemar2 nasi ambang.. hihihi. Okeylah berbalik kita pada resipi hari ni, CT dengan rajinnya dok membuat kuih putri ayu untuk keluarga tersayang dirumah pagi ni. Nak panggil kuih ker apam ni erk..?? hihihi. Tak kisahlah nak panggil kuih atau apam. Yang pasti ia memang sedap dan mendapat sambutan hangat di rumah CT, Alhamdulillahhh. Resipi kuih putri ayu ni CT cuba search kat En Google. Terus keluar Blog Sinar Kehidupanku dari Yatie. Lama juga lah CT tak buat kuih ni, pernah sekali jer CT buat kuih ni dulu. Salah seorang dari anak CT memang gemar makan kuih ni. Jadi memang tak bole nak parking lama sket kuih ni atas meja, mesti cepat jer hilang kena kebas... hihihi. Ucapan terima kasih banyak2 pada Yatie yang sudi berkongsi resipi yang sedap dan mantoppp ni...
Kuih Putri Ayu
Resipi dari Yatie
Bahan-bahan:
4 biji telor
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
perisa pandan, atau perisa kegemaran
Bahan Inti Kelapa:
2 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
Cara Cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
2. Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Inti Kelapa dan cara memasak:
1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
4. Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.
ini peberet mak Lin...huhuhu sedappppp!
ReplyDeletep/s: kak Ct..tiap kali masuk blog kak Ct mesti keluar gambo sekerat..apsal ek? huhuhuhu
akak..sedappnya putri ayu..
ReplyDeletelama dah mas tak makan...
cantik2 kuih tu...
meh sebiji...
Sis-Lin ~
ReplyDeletefevret kami sekluarga juga nak2 Lily memang dia suka kuih ni Lin.. hihi
Gambo kuar sekerat?? nape lak. Orang lain tak der komen apa2 pun. Tak per nanti kita tanya kawan2 yang masuk sini gambo tu keluar habis ker tak ehh Lin :D
Mas ~
ReplyDeleteMas..meh datang umah bawak mee jawa tu sekali. kita makan2 kat balkoni ehh.. hehehe
Slmt pagi K.CT,
ReplyDeletePepagi nampak kuih putri ayu yg sungguh ayu ni, buat terliur je..kuih kegemaran Yatie ni...selera akak lebih kurang samalah dngn Yatie...tq kak mencuba resepi ni..
salam kak ct - wah sedap kuih puteri ayu tu :)buat makan pagi ni...
ReplyDeleteYatie ~
ReplyDeleteselamat pagi yatie..kita sama2 suka kuih ni. kak ct akan masuk setiap hari blog Yatie untuk cari resipi yang sedap2. terima ksih Yatie atas resipi ni ya, sangat sedap serius :D
Lina ~
ReplyDeleteWa'salam Lina, kuih ni memang sedap tak jemu makan. anak2 kak ct pun suka.. ya kak ct buat bf pagi ni untuk keluarga tersayang. cubalah senang jer nak buat :D
Assalam kak Ct,sy pong sama gak,kalo masuk blog akak mesti da 1 pic keluar sekerat,sy igt sy jer yg jadi lagu tuh..Btw,putri ayu akak nmpak sedap sgt kak..Resepi dari kak yatie mmg semua sedap..
ReplyDeleteZaliedana ~
ReplyDeleteOh lagu tu ker.. tapi dah tanya pada kwn2 yang lain. diaorg kata okey jer..maybe line ada masalah sikit lah tu tak clear kot... hihihi
okey bole cuba resipi ni, senang jer nak buat. kak ct buat pun macam tak mencukupi mulut nak masuk. sebab pengemar kuih ni makan mesti banyak sebab dia suka, nanti nak buat lagi... hihihi.
Salam Ct...secantik namanya..sesedap rasanya...cantik macam tuanpunya kuih..meh sikit..buat minum pagi...
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeletecantik nye kuih ni...pernah nampak tapi tak tahu nama kuih ni kuih putri ayu....
izan suka kuih ni...selalu beli kat gerai dpn ofis ni..... tp, mahal lor... nak buat mcm susah jer... semangat belum kuat kot... kak ct tiup2 skit angin rajin dkat saya...hehehe...
ReplyDeleteKak Ct...oooooo....Kak Ct.... Ayu2 nya putri ayu mu itu...bak mai 3-4 ketul haaaa.. Nk rasa keayuan kuih tu..ahakssss..
ReplyDeleteRasanya dah lama tak makan kuih ni....
ReplyDeletewarna2 ceria.. seceria tukang buat kuih ni.. hehe..
ReplyDeletekak, nak sebakul kuih tu...saya teringin nk mkn jeee...hihiii
ReplyDeletenoorsafone ~
ReplyDeleteMamanoor.. hehehe. cute miut macam tuan dia gak eh mama..tr kasih. tapi tuan dia dan tak berapa cute lah.. hehehe
ady ~
ReplyDeletewa'salam ady.. biasalah kalau tanya pada yang gemar makan mesti dia tahu. Dan kadang2 yang suka makan pun tak tahu apa nama kuih ni kan.. hihihi. Kat S'pore ada jual kuih ni gak ker..?
Cik Puan Izan ~
ReplyDeletehehehe... Izan kalau kak ct tiup agak2nya esok bole datang tak angin rajin nak buat ni.. hehehe
Naz ~
ReplyDeletekalau masuk dah petang, mintak maaflah ya Naz. Udah pinis semuanya.. hihihi
Wanieyra ~
ReplyDeleteKak ct pun lama tak makan, ni lah tetiba mood nak membuatnya. sangat sedap tambah2 lagi buat sendiri kan.. huhuhu
Along Maklong ~
ReplyDeleteterima kasih maklong..kalau datang sini mesti ada kepujian. suka sangat dengan maklong.. hehehe. Nak bodek sikit esok maklong leh anto lauk tak kat rumah ct.. hahahaha
hani ~
ReplyDeleteNak sebakul ker ?? seketui pun dah tak ada, habis lah hani..hehehe
ayu sungguh putri ayu k.ct niiii:D lama xmkn, tringinnn nye!
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletecomelnya kuih putri ayu nie... kemas tersusun rapi kat pinggan tu...nmpk ayu gitu.. hehehe... dah lama x buat kuih nie.. acuannya pun ntah ke mana dah.. huhuu.. teringin juga nak buat nie nnt..
Mamma Olyn ♥ ~
ReplyDeletemama olyn.. senang tu nak buat, kalau agak2 nampak macam banyak kurangkan jer sukatan resipi tu. memang sedap anak2 pun suka makan, memang tak cukup ni mama olyn :D
Diana @ Melley Mey ~
ReplyDeletewa'salam Diana. kak ct pun baru gak beli acuan ni. Tu yang tergerak nak buat, lagi pun memang lama dah tak buat kuih ni. Beli jer baru, mana tahu acuan tu tikus dah bawak lari kot.. hahaha
bahan2 nih kan untuk bpe biji kuih ni ye?
ReplyDeletekalau tk guna ovelette jd tk
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTmpt saya xada jual ovalette..kalau xguna ovalette tapi asingkan putih telur n kuning telur then buat mcm chiffon cake tu boleh x(batter lightening)?