Assalamulaikum dan salam penuh keceriaan dari CT untuk semua. Dua tiga menjak ni dah mula balik cuaca sekejap hujan sekejap panas kan. Tapi walaupun cuaca dah mula tak menentu, ia tak membantutkan hasrat CT buat puding susu koktel ni, sebab dah lama dendam dan mengidam. Tapi bila dah siap masak puding tu, haihhhh nak kena tunggu sejuk pulakkkkk... adehhh rasa tak sabar pulak nak makan. Tapi bila dah nak makan, kena tunggu lagiiii, sebab belum amik gambar... hahahaha. Banyaknya halangan bila orang dah mengidam ni erk... hehehe.
Kalau bab2 memuding puding atau memagar agar-agar kat rumah CT ni semuanya suka. Tak mungkin ada yang akan kata "Tak Naklah.." bila dah dihidangkan. Tambah2 lagi kalau ada puding berkuah lagilah laju masing2 makan. Seronok jer bila masakan kita buat ni mendapat perhatian dari anak2 dan suami kan. Berbalik kepada resipi Puding Susu Koktel ni, CT ikut resipi dari Kak Ummi yang resipi asalnya dari Jun. Walau pun sebelum2 ni ada juga buat, tapi kali ni nak juga buat mengikut resipi ni. Senang, cepat dan sekejap jer dah siap. Harap Kak Ummi tak kisahlah kita dok selongkar2 dapur dia time waktu malam buta... hehehe. Dah kemas balik pun tu yang kak ummi buat dekkk jer... hahaha. Terima kasih daun keladi, esok lusa nak selongkar lagi :D
Puding Susu Koktel
Resipi dari Ummi Kuantan
Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-Cara:
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
2. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
3. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.
samalah CT kat rumah ita pun semua suka makan puding lagi2 puding berkuah mmg laju aje...
ReplyDeleteAssalammualaikum Kak Ct
ReplyDeletesdp tu deseert cam ni kat rmh sy pun laku..sdp letak buah campurkan...ada lg ke
adoi kak ct...pepagi lagi dh memuding...xleh jadi ni...nk kene memuding jugak la nmpk gaya...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak CT,
ReplyDeletesedapnyer puding ni...dah lama tak memuding ni...kena start enjin blk..hihi
Salam Kak..
ReplyDeletehehe betul tu kak..bila kita dah teringin nak ngaappp jer kan...kok baru tringat eh..lom amik gambar..samala cam kita..tapi nasib sempat ek kak..kalo tak amik gambar piring je..heheh...
CT cayang..waaah sejak dua menjak ni, gambor pun cantik n cun bangaattt...! Nanti akak gi KL nak nuntut free cara amik gambar dgn CT eh..bagi pengeras 99 sen boleh la kot eh?? Hehe.. Memang sedap puding buah resepi Jun ni kan...tp kita olah2 ikut tekak n bahan yg ada, mcm baru ni akak kisar stoberi kasi campur...sume leh jadi...hahahha..
ReplyDeleteAzlita Aziz ~
ReplyDeletebetul.. betul..betulll. tanpa ada paksaan kalau nak suruh makan puding ni kam ita. semouanya gerenti suka makan :D
sedappnya tengok puding tu......
ReplyDeletemas pun dah lama tak memuding...
bila nak sampai seru ni...
kak ct dok kat mana yerk...
Sheila Shafeareen ~
ReplyDeletewa'salam sheila...memang sedap tanpa ragu2 nak makan. tambah2 lagi kalau ada kuah susu tu gerenti laku 1 hari dah bersih... hihihi
nuwairani ismail ~
ReplyDeletehahaha..memuding nya semalam nani, jadi hari ni dok tayang lah pulak.. ekekeke
Norul Mas Hana ~
ReplyDeleteWa'salam norul..mari kita memuding. kasi gegar blog masak2 hari ni.. hahaha. memang sedap puding dari kak ummi ni cubalah..sedappp
Yat Maria ~
ReplyDeleteWa'salam yat..hahaha. nasib baik tinggal piring. kalau dah kebuluq sgt dengan piring2 macam nak jilat kannn.. hahahaha. sabar jer lah
Ummi ~
ReplyDeleteBoleh jer kak..tak ada salahnya. bab2 petik2 gambar ni ct boleh ajar. tapi kalau bab2 nak tanya setting2 tu kena tanya Hb lah. ct tak handal sgt lagi... hihihi sebagai pengerasnya kena buatkan ct puding stoberi kak ummi tu..ct tengok terpikat sangat.tambah acuan tu sangat cunnnnn ! :DD
Mas ~
ReplyDeletejom mas...kita memuding hari sabtu ni. kot2 terlebih buat tu hantar lagi separauh rumah k.ct.. hahaha. alah dekat jer..langkah setapak dah sampai... hehehehe
Assalam kak ct..Sedapnyer puding akak..Jom tukar2 puding kak..Hehe..
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeletesungguh menyelerakan puding susu tu kak ct..mkn sejuk2 ni sedap..
salam kak ct..cantiknyer pudng n...mintak sepiring blh? heheh
ReplyDeleteakaaaakkk... cantiiiknya puding tuuu akak.... kalau dapat sepotong puding tu... bestnya!!!
ReplyDeleteZaliedana ~
ReplyDeleteWa'salam CT..mari2 kita tukar suka sama suka ehh.. sedap puding yang ct buat tu. k.ct pun suka :D
ady ~
ReplyDeleteWa'salam ady..memang betul kan ady. puding ni sesuai dimakan dengan apa jer :DD Masak apa hari ni ady..? nnt k.ct datang eh :D
nOOrsha ~
wa'salam Sha..bukan sepiring jer satu bekas tu k.ct kasih... hihihi
Diana~
Oleh kerana Diana sangat cantik, k.ct kasi lebih dari sepotong.. hehehe
Aslmkm.
ReplyDeleteTQ kerana follow Kak G ya. So Kak G follow U balik di sini.
Dessert cenggini favorite my hubby. Tapi now, beliau pula minta jangan buat selalu!
Baru teringat untuk beringat! :)
cuti sek ni sy nk buat..sy suke sy suke hehe...
ReplyDeleteAssalammualaikum...nak tahu cocktail itu nak masukkan sirap nya sekali atau buah2 saja....terima kaseh
ReplyDelete