Assalamualaikum kawan2 sekalian. Alhamdulillah... CT rasa sungguh bersemangat kembali untuk update di DDCT. Semakin laju.. laju.. dan lajuuu. Semuanya kerana aura dari teman2 yang juga bersemangat seperti CT dan sudi untuk berkongsi resipi yang semakin hari semakin mengancam dan meletop2 macam bertih jagung kena bakar. Kali ni CT buat pulut seri serunding. Sesekali buat pulut ni untuk sarapan atau minum petang best juga, ikut selera memasinglah ya. Pulut tu CT terpandang dalam blog siapa erk... tak ingat. Tapi versi yang dia buat tu dia letak seri kaya, tapi CT pulak letak serunding. Tu yang namanya bertukar jadi Pulut Seri Serunding. Resipi ni CT olah ikut sesedap rasa CT sendiri sebab senang jer nak pelbagaikan masakan pulut ni. CT rasa bab pulut memulut ni, semuanya dah terer-terer belaka kan. Tapi buat yg rasa-rasa nak tahu camana CT buat, bolehlah semak resepi kat bawah tu ye. Selepas resepi pulut ni nanti, esok CT akan sharekan pula resipi serunding kelapa dari arwah mak CT, memang inilah resipi yang kami adik beradik akan sediakan setiap kali bila tiba hari raya. Rayaaaa...!! ni yang macam nak nangis jer bila cakap pasal raya, rindu pada arwah makkk!! Al-Fatihah buat arwah mak.
Jom lah kita intai2 resipi yang tak seberapa ni ya.. Kalau ada yang terkurang atau terlebih tu kira lebih kurang ajelah ye hehe... :DD
Pulut Seri Serunding
Resipi Che CT
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut - basuh dan rendam selama 20 minit dan toskan.
2 cawan santan - dari 1/2 biji kelapasedikit saje pewarna biru *
sedikit minyak masak *
garam
Cara-cara :
1. Panaskan kukusan hingga mendidih. Masukkan semua bahan kecuali yang bertanda * dalam loyang dan kukus pulut hingga sebati dengan santan.
2. Alihkan dalam 3 sudu besar pulut yang sudah dimasak dalam mangkuk lain dan gaul dengan sedikit pewarna biru hingga rata. Dan campur semula dengan pulut putih tadi. Gaul lagi sampai semuanya bercampur.
3. Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan, dan masukkan pulut dalam acuan tekan2 hingga padat.
4. Hidangkan dengan serunding kelapa.
Assalamualaikum KC sayang
ReplyDeletesdp tu pulut serunding ..mmg pegemat kuih yg bepulut ni terutama sekali sofea suka pulut....serunding akk npk sdp leee
wahhhhh..cantik la pulut tu kak...
ReplyDeleteku lihat biruuuuu.....
CT ita panggil kuih ni pulut cawan.. sebab dia comel2 dan buh dlm acu kecil2.. Anak ita Dalili suka betul kuih ni...
ReplyDeletetapi yg Ct punya ni mmg berseri2 sesuai sangat dgn namanyer Pulut Seri Serunding.. tak berkelip memandang cantik... CT mmg kreatif.. suka.. :)
Sheila Shafeareen ~
ReplyDeleteWa'salam sheila.. kak ct pun suka, tak kira apa kuih asal yang ada pulut kak ct makan jer.. hihihi
serunding tu kak ct akan update nanti ya. bila senang cuba lah buat sheila dan bila dah cuba nanti bagi tahu okey :DD
Mas ~
ReplyDeleteBiru mata hitam kuuuu.. hihihihi
AZLITA AZIZ ~
ReplyDeleteBetul tu Ita kalau orang Johor kata pulut cawan, ada gak yang kata pulut inti macam2 nama lah kan. Kita perbagaikan ikut selera. Oh Dalili boleh join ct makan kalau dia suka.. hihihi
Thanks Ita, ct pun suka tengok hasil masakkan dari Ita juga :DD
Assalamualaikum K.CT,
ReplyDeleteada lagi ke pulut seri serunding ni....mehlah tukar2 dngn donut inti kastard ni..yatie wat lebih, tu yg nak bagi akak rasa tu....suka tak...hehehehe...berseri2 pulut akak tu...I like....
Salam CT....
ReplyDeleteComelnya pulut serunding CT...warna bunga telang lagi....sedapnya....:)
Assalam ct,
ReplyDeletecantiknya kejadian pulut serunding ni..very the vogue you!!..
macam kat kedai bengawan solo kat sini tau..ada class you!!
Assalamualaikum CT..
ReplyDeletecantiknya pulut CT.. rasa sayang nak masuk mulut.. hehehe..
telaten betullah adik maklong yang sorang ni.. syabas..!!
Cantikkkkknyaaaaaa!saya ni sebut je namanya pulut..memang irresistable!
ReplyDeletekak ct,
ReplyDeletecomel sgt...sukeeee
Warna biru pulut akak.. Nampak berseri.. Tentu sedap buat mkn petsng
ReplyDeleteas-salam kak ct
ReplyDeletesedapnya pulut serunding,comel2 ..tak penah buatpun sbelum ni...bila la nk buat ni.
Yatie ~
ReplyDeletewa'salam yatie..meh dtg bawak sekali donat kastard tu sekali, kak ct tunggu depan pintu eh :DD
cik cek ~
ReplyDeleteWa'salam kak cek.. ct nak buat nasi kerabu tak reti jadi ct buatlah pulut ni kasi kaler biru, same jer macam nasi kerabu gak.. hehe
Ayu ~
ReplyDeleteWa'salam ayu.. oh ya ker.. hehehe. ct tak tahu pun kat S'pore ada pulut serunding macam ni. ya lah kalau dah namanya kuih muih seluruh Asean mesti ada kan, betul tak :DD
Along Maklong ~
ReplyDeleteWa'salam maklong.. telaten tu bahasa jawa eh.. hihihi. saje jer nak mendeko pulut tu, buat dalam acuan kecik2 kalau masuk dalam loyang malas pulak ct nak potong2.. :DD
IXORAROXI ~
ReplyDeleteRoxi.. kalau dah tak tertahan tu, apa kata petang ni dok rendam pulut pas tu rajinkan diri gi buat :DD
hani ~
ReplyDeleteHaniiii... comel macam siapa..?? cam kak ct gak ker.. hahahaha
Juwita Jamaludin ~
ReplyDeleteIta.. kaler tu saje jer letak, sebab ada ternampak geng masak2 buat. kak ct dapat lah idea ni nak buat n terus buat serunding letak atas dia lagi sedap. rasa lemak pulut makan dengan serunding yang ada rasa pedas sikit, masam dan manis semuanya ada :DD
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam ady.. apalagi tunggu, terjun masuk dapur cepat gi rendam pulut, kukus dan dah siap. sernding tu beli jer kalau malas nak buat.. hahaha
rajin betul CT niii...mmg berseri2 pulut tu mcm tuan yg buatnye jugak...
ReplyDeletesedap je nampk.... terliur lah pulak... nak beli maklumlah..takde pulak kedai sempang kat bumi melben ni... last year pernh gak 2,3 kali buat hehehe..now, cam tak rajin je...
ReplyDeletetgk lah pulut kuning jumee ni...heheh..
http://jumeezaila.blogspot.com/2010/08/birthday-suami-aku.html
sedapnya... macam pulut tai tai, kak rose pun separuh dari tu makan dengan serunding daging...
ReplyDelete