Thursday, May 12, 2011

Pulut Seri Serunding




Assalamualaikum kawan2 sekalian. Alhamdulillah... CT rasa sungguh bersemangat kembali untuk update di DDCT. Semakin laju.. laju.. dan lajuuu. Semuanya kerana aura dari teman2 yang juga bersemangat seperti CT dan sudi untuk berkongsi resipi yang semakin hari semakin mengancam dan meletop2 macam bertih jagung kena bakar. Kali ni CT buat pulut seri serunding. Sesekali buat pulut ni untuk sarapan atau minum petang best juga, ikut selera memasinglah ya. Pulut tu CT terpandang dalam blog siapa erk... tak ingat. Tapi versi yang dia buat tu dia letak seri kaya, tapi CT pulak letak serunding. Tu yang namanya bertukar jadi Pulut Seri Serunding. Resipi ni CT olah ikut sesedap rasa CT sendiri sebab senang jer nak pelbagaikan masakan pulut ni. CT rasa bab pulut memulut ni, semuanya dah terer-terer belaka kan. Tapi buat yg rasa-rasa nak tahu camana CT buat, bolehlah semak resepi kat bawah tu ye. Selepas resepi pulut ni nanti, esok CT akan sharekan pula resipi serunding kelapa dari arwah mak CT, memang inilah resipi yang kami adik beradik akan sediakan setiap kali bila tiba hari raya. Rayaaaa...!! ni yang macam nak nangis jer bila cakap pasal raya, rindu pada arwah makkk!! Al-Fatihah buat arwah mak.

Jom lah kita intai2 resipi yang tak seberapa ni ya.. Kalau ada yang terkurang atau terlebih tu kira lebih kurang ajelah ye hehe... :DD


Pulut Seri Serunding
Resipi Che CT

Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut - basuh dan rendam selama 20 minit dan toskan.
2 cawan santan - dari 1/2 biji kelapa
sedikit saje pewarna biru *
sedikit minyak masak *
garam

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan hingga mendidih. Masukkan semua bahan kecuali yang bertanda * dalam loyang dan kukus pulut hingga sebati dengan santan.
2. Alihkan dalam 3 sudu besar pulut yang sudah dimasak dalam mangkuk lain dan gaul dengan sedikit pewarna biru hingga rata. Dan campur semula dengan pulut putih tadi. Gaul lagi sampai semuanya bercampur.
3. Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan, dan masukkan pulut dalam acuan tekan2 hingga padat.
4. Hidangkan dengan serunding kelapa.



25 comments:

  1. Assalamualaikum KC sayang
    sdp tu pulut serunding ..mmg pegemat kuih yg bepulut ni terutama sekali sofea suka pulut....serunding akk npk sdp leee

    ReplyDelete
  2. wahhhhh..cantik la pulut tu kak...
    ku lihat biruuuuu.....

    ReplyDelete
  3. CT ita panggil kuih ni pulut cawan.. sebab dia comel2 dan buh dlm acu kecil2.. Anak ita Dalili suka betul kuih ni...

    tapi yg Ct punya ni mmg berseri2 sesuai sangat dgn namanyer Pulut Seri Serunding.. tak berkelip memandang cantik... CT mmg kreatif.. suka.. :)

    ReplyDelete
  4. Sheila Shafeareen ~

    Wa'salam sheila.. kak ct pun suka, tak kira apa kuih asal yang ada pulut kak ct makan jer.. hihihi

    serunding tu kak ct akan update nanti ya. bila senang cuba lah buat sheila dan bila dah cuba nanti bagi tahu okey :DD

    ReplyDelete
  5. Mas ~

    Biru mata hitam kuuuu.. hihihihi

    ReplyDelete
  6. AZLITA AZIZ ~

    Betul tu Ita kalau orang Johor kata pulut cawan, ada gak yang kata pulut inti macam2 nama lah kan. Kita perbagaikan ikut selera. Oh Dalili boleh join ct makan kalau dia suka.. hihihi

    Thanks Ita, ct pun suka tengok hasil masakkan dari Ita juga :DD

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum K.CT,
    ada lagi ke pulut seri serunding ni....mehlah tukar2 dngn donut inti kastard ni..yatie wat lebih, tu yg nak bagi akak rasa tu....suka tak...hehehehe...berseri2 pulut akak tu...I like....

    ReplyDelete
  8. Salam CT....

    Comelnya pulut serunding CT...warna bunga telang lagi....sedapnya....:)

    ReplyDelete
  9. Assalam ct,
    cantiknya kejadian pulut serunding ni..very the vogue you!!..
    macam kat kedai bengawan solo kat sini tau..ada class you!!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum CT..
    cantiknya pulut CT.. rasa sayang nak masuk mulut.. hehehe..
    telaten betullah adik maklong yang sorang ni.. syabas..!!

    ReplyDelete
  11. Cantikkkkknyaaaaaa!saya ni sebut je namanya pulut..memang irresistable!

    ReplyDelete
  12. Warna biru pulut akak.. Nampak berseri.. Tentu sedap buat mkn petsng

    ReplyDelete
  13. as-salam kak ct
    sedapnya pulut serunding,comel2 ..tak penah buatpun sbelum ni...bila la nk buat ni.

    ReplyDelete
  14. Yatie ~

    wa'salam yatie..meh dtg bawak sekali donat kastard tu sekali, kak ct tunggu depan pintu eh :DD

    ReplyDelete
  15. cik cek ~

    Wa'salam kak cek.. ct nak buat nasi kerabu tak reti jadi ct buatlah pulut ni kasi kaler biru, same jer macam nasi kerabu gak.. hehe

    ReplyDelete
  16. Ayu ~

    Wa'salam ayu.. oh ya ker.. hehehe. ct tak tahu pun kat S'pore ada pulut serunding macam ni. ya lah kalau dah namanya kuih muih seluruh Asean mesti ada kan, betul tak :DD

    ReplyDelete
  17. Along Maklong ~

    Wa'salam maklong.. telaten tu bahasa jawa eh.. hihihi. saje jer nak mendeko pulut tu, buat dalam acuan kecik2 kalau masuk dalam loyang malas pulak ct nak potong2.. :DD

    ReplyDelete
  18. IXORAROXI ~

    Roxi.. kalau dah tak tertahan tu, apa kata petang ni dok rendam pulut pas tu rajinkan diri gi buat :DD

    ReplyDelete
  19. hani ~

    Haniiii... comel macam siapa..?? cam kak ct gak ker.. hahahaha

    ReplyDelete
  20. Juwita Jamaludin ~

    Ita.. kaler tu saje jer letak, sebab ada ternampak geng masak2 buat. kak ct dapat lah idea ni nak buat n terus buat serunding letak atas dia lagi sedap. rasa lemak pulut makan dengan serunding yang ada rasa pedas sikit, masam dan manis semuanya ada :DD

    ReplyDelete
  21. Ady ~

    Wa'salam ady.. apalagi tunggu, terjun masuk dapur cepat gi rendam pulut, kukus dan dah siap. sernding tu beli jer kalau malas nak buat.. hahaha

    ReplyDelete
  22. rajin betul CT niii...mmg berseri2 pulut tu mcm tuan yg buatnye jugak...

    ReplyDelete
  23. sedap je nampk.... terliur lah pulak... nak beli maklumlah..takde pulak kedai sempang kat bumi melben ni... last year pernh gak 2,3 kali buat hehehe..now, cam tak rajin je...

    tgk lah pulut kuning jumee ni...heheh..
    http://jumeezaila.blogspot.com/2010/08/birthday-suami-aku.html

    ReplyDelete
  24. sedapnya... macam pulut tai tai, kak rose pun separuh dari tu makan dengan serunding daging...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...