Friday, May 6, 2011

Roti Manis




Assalamulaikum dan selamat pagi utk semua pengunjung tersayang. Alhamdulillah, pagi ni seisi keluarga dapat merasa roti manis MONTOK hasil dari air tangan CT. Ehh.. jap.. jap.. bukan 'bibik melayu' ker yang buat... hihihi. Bolehlah asal BM tu bahagia dan sentiasa sudi berkhidmat untuk CT setiap masa. Sebenarnya mula2 tu CT ingat nak buat sweet potato bread memandangkan kastard yang CT buat semalam masih ada lebihan. Sayang pulak takut rosak kalau simpan lama sangat kan. Tapi bila dok skodeng dalam raga kat dapur, kentang pulak tak ada stok. Aduiii... nak keluar ke kedai, rasa malas pulak tambahan pulak cuaca yang agak panas dua tiga hari ni. Nak tak nak tundakan dululah resipi sweet potato bread tu. Jadi, sebagai gantinya, CT buat jer roti manis ni, sekurang2 nya boleh juga anak2 buat sapu dengan jem strawberry ker, jem blueberry ker, kaya atau peanut butter ke. Haaa... kat rumah ni macam2 ada, ikut selera memasinglah nak sapu apa kat roti tu kan... hihihi. Resipi ni CT amik dari dapur Ros, macam biasa lah dok CnP dan tambah sikit2 jer. Terima kasih buat Ros yang sudi berkongsi resipi ni pada geng masak2 semua. Jomlah semak resipi pulak ya..


Roti Manis
Resipi dari Ros jintanmanis

Bahan-bahan:
300 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter @ marjerin
180 ml susu suam @ air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver
1 camca teh bread softener (yg ini CT tambah)
Beberapa titik pewarna kuning makanan (juga CT tambah)

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air + beberapa titik madu


Cara-cara: (Doh Roti)
1. Kaedah 1: Menggunakan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2: Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.





Pssstt!! Lupa pulak nak bagitau, CT ada satu resepi yg istimewa utk dikongsi. Jika sempat CT akan buat sebelum hujung minggu ni. Sementara tu, bersabar menunggu ye! Sayang Semuanyaaaa :)

28 comments:

  1. Assalamualaikum akak... selamat pagi...
    wah cantik n gebu roti akak tu.. geram diana tgk.. :).. ermmm.. resipi apa tu akak... x sabar nak tau nie.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak...

    Buat ira terliur je pagi2 ni tayang roti, mmg mengoda habis roti akak tu...

    ReplyDelete
  3. amboiiii..montok2nya roti tu.....
    cantikkkk....

    ReplyDelete
  4. amboii kak..pg2 tayang roti..montok2 lak tu..geram tul iza tengok..mmg cantik..

    ReplyDelete
  5. As'salam kak Ct
    wah cantik naik momtok roti tu..suka le buat sebiji2 macam ni..betul tu buat mcm ni boleh sapu macam2 inti kan... cup tu cantik le kak CT...

    ReplyDelete
  6. As'salam K Ct....

    Comelnya gambar roti...dah tu montok montok mcm pipi empunya diri..walawei...cung giler..

    ReplyDelete
  7. as-salam kak ct
    Wow bestnya..gebu2 roti tu..geramlah tengok..kak ct kasi lah ady 4 ketol ...hahhaha..

    ReplyDelete
  8. Diana @ Melley Mey ~

    wa'salam diana.. hehehe gebu kan.. kak ct pun geram tengok. selalunya buat roti payah benor dia nak naik macam ni. ni yang buat nak meroti lagi ni.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Wanieyra ~

    Nak bagi ira dah tinggal seketui jer ni ira. buat malam tadi ngam2 dapat 9 ketui jer cubalah .. :DD

    ReplyDelete
  10. Mas ~

    ni gara2 tak dapat buat roti macam Mas tu, kak ct bantai buat roti manis jer Mas.. makan satu kenyang betul. sebab besar tau roti ni. kak ct timbang 1 biji 70g .. hehehe

    ReplyDelete
  11. Iza Akma ~

    akma... layan jer lah roti montok ni ya. sesekali naik geram pulak tengok.. hihihi

    ReplyDelete
  12. Salam kunjungan.. mcm roti boi.. sedapnya.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  13. Sheila Shafeareen ~

    wa'salam sheila.. betul tu kalau buat satu2 macam ni roti tu bebas nak membesar bagai kan. cup tu kak ct shopping masa kat Johor. lama dah beli cuma tak guna jer :DD

    ReplyDelete
  14. Nazrah Bakery & Dunia Kuih ~

    Wa'salam Nazrah... hahaha.. kak ct keding jer. kalau kak ct montok naik keta mesti senget sebelah kang nazrah.. hahaha

    ReplyDelete
  15. Ady ~

    wa'salam ady... nak bagi ngam2 tinggal seketui. apa kata seketui tu potong lapan semua bole rasa... hahaha

    ReplyDelete
  16. Zuwairi Aiman ~

    Salam juga zuwairi.. tr kasih singgah Dapur CT. :DD

    ReplyDelete
  17. good morning ct,
    ada roti kat sini nak minta 10 ketul nak buat breakfast..
    gebu dan cantik roti ct ni..kita nak meroti pun tak tahu bila..

    ReplyDelete
  18. Ayu ~

    Morning my dear ayu... hehehe. Jangan lah mintak 10 ketui, ct buat baru dapat 9 ketul tau, segan jer terkurang satu.. hahaha

    hujung minggu ni meh lah kita meroti ayu, gerakkan BM tu kalau ada kasi dia kerja sikit.. hihihi

    ReplyDelete
  19. salam kak CT - ya allah montok nya roti....macam mana boleh berkilat nampak sgt menyelerakan tu ye....kak ct lina ambil ye gold card tu cantik...terima kasih ye

    ReplyDelete
  20. Salam Kak CT yang cunnn,
    Kite semalam dok kira2 nk buat roti. keluarkan yis semua pastu dok melangut...melangut melangut smpai simpan balik yis dalam fridge hehehe... mintak kak CT punye je lah ye.. maybe boleh dpt aura cikit... kikiki...

    I loiike ur pic kat sebelah tu..Anyine can cook :D

    ReplyDelete
  21. lina ~

    wa'salam lina.. hehehe montok dan gebusss! keajiban yang tak disanga2 lah kat roti ni lina.. hihihi

    Ya silakan amik jika sudi, kalau ada lori kontena bawak sekali takut berat sangat tu, lupa2...bawak bodyguard sekali takut kena rompak kang..hihih

    ReplyDelete
  22. NaDia CoMaNeCi ~

    Dulu kak ct masa tak ada 'bibik melayu'(BM)malas juga nak buat roti nadia. Tapi bila dah ada ni pun jarang jak buat roti... hihihi. tapi syukurlah kan dah ada pembantu ni kurang sikit lah lenguh2 lengan nak menguli.. :DD

    Nadia, tak payah tunggu kak ct cakap, amik lah jika sudi dan pada sesiapa yang menjadi folower DDCT tu pun silakan ya :DD

    ReplyDelete
  23. Ijan ~

    maceh ijan masih ingat kat kak ct... hehehe. Kak ct ni pun ada mood gak, kdg2 malas juga ijan. gambo pakai tudung merah mak ngah tu ker... hahaha.


    Ijan kalau suid meh amik award GOLD KAD tu sekali ya :DD

    ReplyDelete
  24. alahaiii gebu sungguh roti k.ct:), pos seketui ble...heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  25. emmmm..yum yum,...sedapnya tengok roti akak yang montok tu...Lepas ni saya nak try buat pelbagai jenis roti lah pulak..nanti nak follow resepi kak ct ni k...

    ReplyDelete
  26. dah sarapan tp rasa lapo lak balik bila tengok roti yg gebus n montoks nih!

    ReplyDelete
  27. salam kak ct.....kat FB dah kenal(masitah)....saya bloger baru bertatih.....

    ReplyDelete
  28. Salamualaikum sya dah test resipi roti manis tu ,jadi puas hati terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...