Friday, June 17, 2011

Ayam Seri Harum




Assalamualaikum.... Sebenarnya entah dah berapa kali CT dok belek2 resipi dari Nor ni. Bila ada antara teman2 yang dah mencubanya, CT pun teringin juga nak mencuba sama. Alhamdulilllah.. memang sedap rupanya resepi ni. Tambah2 lagi kerana ini resepi ayam, sebab kalau kat rumah CT ni memang tak payah nak bising2 suruh anak2 ni makan. Laju aje dorang sebab ayam memang menu kegemaran dorang. Cuma CT tambah satu je bahan lagi dalam tu iaitu CT blendkan sekali dengan buah keras. Kemudian CT tambah air tu lebih sikit, supaya rempah lebih serap dalam ayam. Kemudian CT tak masak hingga kuahnya jadi pekat sangat sebab CT lebih suka dia lebih berkuah. Tapi daun limau purut cuma ada 2 lembar jer, jadi nampak macam kurang berseri lah sikit masakan CT ni bila dihidang... hihihi. Apapun terima kasih pada Nor@SecubitGaram kerana berkongsi resipi yang sedap ini dan pastinya akan diulang masak lagi di lain kali. Jika ada yang belum mencuba, silalah cuba ye. Memang sedap, jujur CT cakap ni.


Ayam Seri Harum
Sumber Nor @ Secubit Garam

Bahan-bahan :
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1inci halia *
2 biji buah keras * (CT tambah)
1 inci kunyit hidup * ( * dikisar halus)
2 batang serai - diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut - dicarik
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
2. Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
3. Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
4. Masukkan santan, air dan asam keping.
5. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
6. Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.



31 comments:

  1. Pagi2 singah sini dah nampak ayam..
    kalau anak ita yg bujang dorang tu pun mmg takkan tolak klu maknya masak ayam2 apa2 lauk klu masak ayam mmg dorang suka... cuma yg kecik tu aje anak ayah.. tak suka sangat makan ayam.. dia lagi suka ikan.. kdg2 pening kepala jugak nak fikirkan bila nak memasak ni... layankan aje lah..

    ReplyDelete
  2. memang sedap ayam seri harum ni..rasanya hari ni nak buat lagi tapi ada pulak yang kata ayam mayonis nor tu lagi sedap..akak tengah dok pikir2 lagi nak masak apa..hehe

    ReplyDelete
  3. Kak CT,ayam nih mmg sedap,kalomkn ngan nasi mnyak bagai lagi lah bertambah sedap..Sy pon dh prnh try..Pstt akak,slalu tgk akak post tepat kul7,akak wat auto ke..

    ReplyDelete
  4. Azlita Aziz ~

    Betul tu ita, anak2 bujang ct semuanya memang hantu dengan ayam ni. tak kita masak apa, goreng pun anak2 suka. Kalau ikan abang2 nya tak amkan yang bongsu tu masih boleh lagi terima. payah betul kalau nak suruh makan ikan ni...hihihi

    p/s : Mak dah sihat ker ita, semoga mak cepat sembuh ya :)

    ReplyDelete
  5. anymz ~

    Memang sedap kak anim, semalam makan macam tak cukup pulak. padahal dah masak 1/2 ekor dah semalam..hihihi. rasanya ada masam2 sikit tu yang sedap. ct lawan pulak dengan sambal belacan ada sikit lagi dan pucuk paku masak lemak..pengsannn tau tido malam semalam.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Zaliedana ~

    CT nanti kak ct nak buat lagi, anak2 pun suka jadi menu ayam jerlah minggu ni ya.. hihihi. Oh pasal tu ya, semalam petang masak jadi kena tayang esok pagilah. selalunya macam tulah CT. cuma kalau masak lewat kak ct akan post lambat sikitlah. tengok cuaca masa nak amik gambar tu.

    ReplyDelete
  7. assalam ct,
    terpikat pulak amie dgn ayam seri harum nie...ada masa nanti nak try jugak...

    ReplyDelete
  8. wah....banyaknya dapur yang memasak ayan seri harum nih.... nak cuba jugak la nanti

    ReplyDelete
  9. tngk je dah th... sedap ni..ada masa nnt nk cuba la..

    ReplyDelete
  10. tengok rupa dh mcm ayam percik.tp bila dh letak daun limau purut tu, mmg konfem la seri harumnya..heheh... mesti harum~~

    ReplyDelete
  11. sampai jugak ayam seri harum ke dapur cik CT delima ya.. heheheh. .mekasih ct sudi try resipi tak seberapa ni :)

    ReplyDelete
  12. ayam oh ayam...rata2 dh nmpk ayam seri harum kt dapur kwn2 ni..hari ni dapur k'CT pulak..jap2 nk check respi..bukan apa nk tgk mana bhn yg ada dan tak der kat sini...ohh satu jer buah keras tak der...tapi kalau tak letak pun ok gak kan

    ReplyDelete
  13. Salam kak CT sayang!!! kita tak nak ayam kita nak daging tauuu! hihihi... buatkan kita daging tak pun udang ke asyik ayam jer nii dah kenyang dgn ayam dlm bdn kita :D

    ReplyDelete
  14. kak ct
    saya panggil masakan ni gulai siam ..resepinya mmg sama tp saya suka buat berkuah sikit ..mkn dgn nasi impit lagiiii sedap kak ;-))

    ReplyDelete
  15. salam Ct..

    samalah dengan anak2 kat rumah tu semua sukakan ayam.. lebih2 anak no. 2 tu.. kalau masak ikan kdg2 sanggup dia tak sentuh langsung lauk tu.. dah simpan resepi ni.. tp entah bila nak cuba.. dok berkira2 kena tunggu time cik abang tak mkn kat rumah baru boleh masak lauk ni sbb lauk ni guna daun limau purut tu.. abg kita seteru sgt dgn daun limau tu.. entah apa silap daun tu yg dia tak suka sgt.. hehee..

    re: tergelak ratna baca komen ct pasal ayam yg 'senyap' tu.. ada2 je ct ni tau.. hehe.. itu mat gebu yg tulis.. i follow jekk.. hahaha.. tp masa masak tu i tak follow pun.. belasah goreng mcm bias aje.. tak kuasa nak angkat goreng, angkat goreng.. hihi...

    ReplyDelete
  16. Amie ~

    Wa'salam Amie, ct syorkan amie cubalah memang sedap. lain kali ct akan buat lagi sebab anak2 pun suka tang kuah tu :D

    ReplyDelete
  17. Sue ~

    Harusssss.. sue cubalah bila kak ct kata sedap memang sedap lah tu. kawan2 pun kata sedap kan :D

    ReplyDelete
  18. ijan ~

    Haaa.. ijan bila free tu petang ni gi beli ayam, sok pagi masak dan cuba rasa, kompom sedap okey :D

    ReplyDelete
  19. nuwairani ismail ~

    Nani, memang harum, daun limau purut tu yang buat aroma ayam ni wangi tau. masa buat tak banyak macam tak cukup jer nak meratah...hihihi

    ReplyDelete
  20. K.Nor ~

    Alahmdulillah..memang sedap kena dengan selera ct resipi ayam seri harum ni. tr kasih banyak2 nor sebab berkongsi resipi yang senang dan sedap ni. lain kali boleh masak lagi dan lagi.. :D

    ReplyDelete
  21. Ida,Japan ~

    Ida, dah jemu ker makan ayam. kalau jemu agak2 nya boleh kot tukar dengan telur.. hihihi memandai pulak dah kak ct ni erk... hihihi. boleh aje kalau tak nak letak buah keras tu.

    ReplyDelete
  22. ijayuji ~

    Wa'salam Ika, boleh2...esok lusa kak ct pi cari daging eh. kita masak banyak2 pi pos kat umah ika. jangan sampai sana dah basi lak... hehehe

    p/s: jangan majuk2 tau, nanti ada garis2 kat tepi mata... hihihi

    ReplyDelete
  23. Jiejah @ Iza ~

    Iza, kak ct tak pernah makan gulai siam, kot2 iza pernah rasa betul lah tu. a'ah kan kalau buat berkuah lagi boleh gak makan dengan nasi impit. good idea tu.. hihihi macehhhh iza :D

    ReplyDelete
  24. MaDiHaA a.k.a Ratna ~

    Wa'salam Ratna, yalah kan kadang2 sesetengah orang ni ada alah atau memang tak suka pada sesuatu daun atau apa jer dalam masakkan. tak apalah bila ratna nak sanagt merasa tu masaklah sikit untuk anak2 juga. memang sedap lah ratna, ct memang suka :D

    hehehe..ketawa pulak kali ni. adoiii..mat tu memang suka buat lawak lah kan... hehehe

    ReplyDelete
  25. Assalam Kak CT, saya ni selalu lambat sokmo sampai sini..sure ayam pun dah abis kan...sedap nengok ayam tu kak bau harum sampai ke Finland dah ni..hehe

    ReplyDelete
  26. salam kak Ct.. malam buta baru leh jalan2.. tambah nampak ayam lapar jadi perut.. BW sambil tunggu subuh ni...

    ReplyDelete
  27. kak ct...sedappkan ayam ni..
    anak2 mas pun suka sangat...

    ReplyDelete
  28. akak... sedapkan ayam nie akak... mcm mas kata.. anak2 pun suka makan.. sama ngan anak2 diana.. ianya x pedas kan akak.. mmg best

    ReplyDelete
  29. harumnya smpai rumah sy la kak..yg kepak tu sy cop ye :)))

    ReplyDelete
  30. waduh akak dah buat gak ya ayam seri harum ni...gerenti sedapkan..yatie nak buat gaklah....menyelerakan sungguh..

    ReplyDelete
  31. Salam..Sedap nampak, cicah dengan roti pun sedap tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...